Saturday 31 July 2010

SELAMAT MENEMPUH PERCUBAAN PMR

PESAN IBU



Untuk anak-anak didik ibu

Selamat Menempuh Peperiksaan Percubaan PMR
( 2hb Ogos - 9hb Ogos)

Ibu sentiasa merestui dan mendoakan kalian semua
Pelajar Tingkatan 3 SMKRLNR
Moga kejayaan mengiringi kalian
Terutama Kelas 3R1, 3R2, 3R4, 3R6, 3R7 dan 3R8
Ingat segala pesanan ibu dan semua guru-guru kalian
Jangan hampakan harapan ibubapa dan guru-guru

Kita jumpa lagi untuk pecutan PMR selepas percubaan


IBU GURU MASIH DI SINI................................... MOGA KEJAYAAN MENGIRINGI ANAK-ANAK DIDIK


Tuesday 27 July 2010

CIKGU RISAU.................


Dalam ajarku ada harapan
Dalam tegurku ada doa
Dalam marah ku ada sayang
....................
...........
......
..
Hai anak-anak didik ku
Yang ku sayangi
Bagaimana dengan harapanku
Teguranku bagai angin lalu
Akan hilangkah sayangku nanti
.......................
................
........
Bilalah kalian semua ni nak serius
Exam dah semakin hampir
Masih dok main-main lagi
Wahai anak-anak didikku
Bukan semua dikalangan kalian mampu
Buat last minute study
Hanya segelintir yang mampu
Ayuh
Jangan bermimpi lagi
Fokus
Dalam P&P dikelas
Fokus
Semasa ulangkaji di rumah
........................
...................
...........
..


IBU GURU MASIH DI SINI.................... KEPADA SEMUA ANAK-ANAK DIDIKKU.......... SELAMAT MENEMPUH PERCUBAAN PMR MINGGU DEPAN .............

Wednesday 21 July 2010

AL-FATIHAH UNTUK YANG PERGI......................



PERGI TAK KEMBALI

Tiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Sebagai pengajaran buat kita terutama diri aku sendiri. Hidup ini umpama roda. Kadangkala kita megah di singgah sana. Ada masanya kita akan ke bawah juga akhirnya. Kesenangan di dunia hanya sementara. Di sana jua lah yang kekal akhirnya. Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Marilah kita banyakkan amal ibadah kita sebelum ajal datang menjemput.

Di kuburan Tn. Ahmad bin Hj. Sulaiman sedang membacakan talkin
untuk arwah adiknya

IBU GURU MASIH DI SINI............................ HARI INI GENAPLAH SEBULAN IBU MERTUAKU KEMBALI RAHMATULLAH................... MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG SOLEH......... AL FATIHAH ............. PALING TERASA TENTUNYA BAPA MERTUA........... 12 TAHUN MENJAGA ISTERINYA YANG SAKIT........... DAN SEMALAM BAPA MERTUAKU SEKALI LAGI DIDUGA DENGAN PERGINYA ADIK KESAYANGANNYA MENURUTI JEJAK ISTERINYA................ DALAM SEBULAN DUA INSAN YANG HAMPIR DENGANNYA PERGI MENYAHUT PANGGILAN ILAHI. WALAUPUN IA KELIHATAN CERIA TAPI TIADA SIAPA DAPAT MENELAH PERASAAN SEBENARNYA.............. DIIMAMNYA SOLAT JENAZAH ADIKNYA..... SEMASA DI KUBURAN SEMALAM , KETIKA BELIAU MEMBACA TALKIN UNTUK ADIKNYA, KU LIHAT TITISAN JERNIH ........... SEKALI SEKALA MENITIS MEMBASAHI PIPINYA ...................... MOGA BAPA MERTUAKU TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI. ALFATIHAH UNTUK ALLAHYAHAM PAK LANG TUAN HJ. ABD. AZIZ BIN HJ. SULAIMAN.......... MOGA BAHAGIA DI SANA DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH .........................AMIN

Saturday 17 July 2010

CERITA -CERITA APC

APC adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diberikan kepada pekerja-pekerja @ pegawai kerajaan yang mana telah menunjukkan perkhidmatan dan prestasi yang cemerlang pada tahun tertentu. Ianya diberikan kepada pegawai yang memenuhi kriteria -kriteria seperti dapat melaksanakan tugas yg diberikan dengan jayanya, memberikan sumbangan kepada masyarakat atau orang lain dan sebagainya.

Soalnya adakah APC ini boleh dikatakan "Aku Pilih Cikgu"? Yang memberinya adalah orang atasan (pengetua @ guru besar @ PPD). Bila bercakap dengan kawan-kawan pasal APC ni, banyaklah kedengaran suara-suara dari belakang......

" eh ye ke dia yg dapat....keje tak seberapa pun..."

"....kalau nak banding si A dengan si B, bagus si B yg dapat ..."
" selalu dok lepak je time keje..."

"....kaki bodek bos tu,,keje sendiri tak buat, keje orang lain buat..."

".... cikgu baru , tak kan dah dapat ... apa dia buat "

" .... si A, si B, si C dah lama nape tak dapat .... "

Bagi mereka yang mendapat APC adakah kita termasuk dalam golongan di atas?

Moga di jauhi Allah

Tahniah untuk kawan2 ibu yang mendapat APC
  1. Cik gu Hasmalinda ( 2x tahniah - dapat baby girl)
  2. Cik gu Halimah
  3. Cik gu Suhaiza
  4. Cik gu Noraini
  5. Cik gu Halim (2x tahniah - pengantin baru)
  6. Cik gu Rosli
  7. Cik gu Zaiton
  8. PT Sardanah
  9. PT Suhana
IBU GURU MASIH DI SINI........................ ADA AKU KESAH ....................DAH DAPAT APC ENAM TAHUN LALU......... DOK DIAM2

Tuesday 13 July 2010

BUAH AMRA

BUAH KEDONDONG/AMRA


Ahad lepas balik ke rumah mak bonda. Selepas makan buah rambutan
(malas nak petik .......banyak semut tapi makan sedap)
teringat nak ambil buah amra, lebat juga...............
buahnya tak pernah putus, sentiasa ada.
Pokoknya yang agak rendang dan rendah senang untuk dipetik buahnya.

Pelbagai juadah boleh dibuat dari buah amra ini
seperti rojak, paceri, pengganti asam dalam sambal belacan,
kerabu, jeruk, jem atau jus

Inilah setelah sipetik dari pokok.......... banyak lah juga.
Nak makan tak terhabis rasanya.
Hari ini bawa ke sekolah dapat kawan-kawan merasa sama.
Sebenarnya en3 kali ini nak buat jus amra.
Jom cuba buat jus amra


JUS AMRA


Bahannya:

1. Buah kedondong (ikut suka banyaknya) kulitnya dikupas dan dipotong
dan diblend bersama air dan ditapis

2. Asam boi (serbuk atau yang berbiji)

3 Pewarna hijau kalau suka (sikit saja untuk mencantikkan jus kalau tak mahu takpe)

4. Ketulan ais

5. Sirap gula ( ikut manis yang dikehendaki)

Caranya: Campur kesemua bahan tu dan kacau

NIKMATILAH SEPUAS-PUASNYA JUS AMRA



IBU GURU MASIH DI SINI .................... SUKA MAKAN BUAH AMRA/KEDONDONG CECAH DENGAN KUAH ROJAK ...............SEDAP ........... ORANG LALU KAT BELAKANG PUN TAK NAMPAK




Monday 12 July 2010

KELEBIHAN BULAN SYAABAN



KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Hari nie adalah hari terakhir dalam bulan rejab..
esok dah masuk bulan syaaban...
sungguh cepat masa berlalu..
dengan begitu pantas,mungkin ada yang tidak menyedari ia berlalu...
masa yang telah pergi tidak akan dapat diulang kembali..
bersediakah kita untuk menghadapi sesuatu yang tidak kita duga?

Syaaban

Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, " Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak"

Antara kelebihan di bulan Syaaban :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

carilah keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini...


IBU GURU MASIH DISINI"....................................... Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepadaNya
. Ya Allah, Engkau-lah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa - dosaku. Kerana itu aku mengakui dosa - dosaku. Kerana itu aku memohon keampunanMu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau, Ya Allah. "

Sunday 11 July 2010

MINGGU VOTEK

Minggu lepas Jabatan Teknik Dan Vokasional mengadakan
Minggu Votek peringkat sekolah
Semua panitia di bawah Jabatan Teknik dan Vokasional terlibat
Berbagai pertandingan diadakan

Antaranya:


Menggubah Sirih Junjung

Jom layan pic kat bawah ni rehatkan minda dan cuci mata

Berbakat juga anak-anak didik ibu ni........... ada juga pelajar lelaki
yang mengambil bahagian



Menghias Tudung Saji

Jom tengok ni pulak
menarik juga


Kreatif nya mereka


Cantik .......... hasil kerja pelajar tingkatan 1

Boleh tahan juga bakat anak-anak ni
dapt siapkan dalam masa yang ditetapkan


IBU GURU MASIH DI SINI...................... BERBANGGA DENGAN HASIL KERJA PELAJAR.........

Saturday 10 July 2010

KHASIAT BELIMBING BULUH


Dalam kehidupan seharian, asam ini yang kaya dengan asid oksalik digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan degil di tangan atau kesan karat di pakaian dan kadang-kadang digunakan jugak untuk mencuci barang-barang tembaga atau suasa.

Khasiat perubatannya banayak juga, antaranya ...

1) penawar batuk - daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus,ditapis dan diminum 3 kali sehari.

2) daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghalau lalat. Tidak susah , ambil saja duan agak secekak, kibas saja beberapa kali di meja makan. Lalat tidak akan datang lagi kerana dipercayai bau daunnya tidak digemari lalat.

3) merawat darah tinggi. Minuman air rebusan daunnya

4) daunnya yang ditumbuk boleh menghilangkan gatal-gatal, bengkak cantik, reumatik, dan bengkak-bengkak kulit, sakit gigitan serangga

5) daun digosok pada tumit/tapakkaki untuk menghilangkan sakit akibat memakai kasut tumit tinggi.


( Pantang: orang yang mempunyai penyakit angin medu tidak boleh makan buah ini)

IBU GURU MASIH DI SINI.................... BUAT MASAK LEMAK CILI API UDANG JER

Friday 9 July 2010

BARAKALLAH..........................

SELAMAT MENERIMA MENANTU
GEE & MAT

(10hb. Julai 2010)




Hari ini hari Jumaat
Menanti esok hari Sabtu
Moga hidup dalam berkat
Dua hati menjadi satu


SELAMAT PENGANTIN BARU
MOGA BERKEKALAN HINGGA KEAKHIR HAYAT
UNTUK


Siti Nur Aishah bt. Sheik Ali Ahmad Noor
dengan
Syed Ali Akhbar bin Syed Mohamed Shukor


IBU GURU MASIH DI SINI........................ EMAK PENGANTIN CLASSMATE MASA KAT BM. HIGH SCHOOL DULU ....... DAH DAPAT MENANTU........... ANAKNYA AISHAH BAYA MY BUJANG MASIH BELAJAR KAT AUSSIE

Thursday 8 July 2010

CUTI DAN LUPA ........

Bab 1
( Hari cuti )



Warga Penang bercuti pada hari Rabu semalam.
Jadi untuk memenuhi hari cuti ini, adik-adik dan my Bujang
ajak pergi main bowling kat Megamall Prai.
Janji jumpa kat sana .
E. Suami tak pergi........Perak tak cuti.
Pergi dengan my Bujang je lah

Sampai sini pak cik dan pak su my Bujang belum sampai.
Tunggu dalam 30 minit baru paksu and family baru sampai.
Dan 10 minit kemudian pakcik and family my pun sampai.


Bakal mewakili Penang............ ibu My Bujang
ada juga masuk longkang



My Bujang bergaya habis.......
adakala masuk longkang kazen2 perli.....
" Bang Dus gaya jer lebih "

Aina anak pakcik my Bujang pun tak mau kalah


Sicilik....... ini la kerjanya
Nadia anak paksu my Bujang


Maksu dan Aina menunggu giliran

Inilah johan bowling petang Rabu
Pak su My Bujang


Makcik my Bujang jadi pemerhati jer.....



Alif dan Nadia


Bab 2
( Hari Khamis)


Lupa tahap gaban............ akibat layan world cup
Germany vs Spain

1) Pakai selipar kesekolah
(masuk ke kereta dengan berselipar)

2) Tertinggal IC & lesen memandu
(sebab tukar handbag)

3) Tak pakai name-tag

4) Silap jadual waktu kat sekolah ...lupa masa
(nasib belum marah budak2 tu)

5) Tertinggal kunci bengkel

6) Handphone pun tertinggal

IBU GURU MASIH DI SINI ............................... JARANG TERLUPA, BILA SESEKALI LUPA MACAM-MACAM PULAK.................. MACAM TU LAH BILA USIA SEMAKIN SENJA ............

Sunday 4 July 2010

OLE-OLE DARI PAK LONG

Melentur Bulur Biar Dari Rebungnya.

Buluh

Satu pepatah yang biasa kita dengar, tetapi jarang kita praktiskan dalam kehidupan berkeluarga. Kerap kali kita dengar alasan ibu bapa : biar lah dulu, depa masih kecik lagi. Itu kata-kata orang utara.

Persoalannya adalah tepat alasan yang diberikan itu dan sesuai serta tepat untuk kita amalkan. Situasi lain pula, ada ibu bapa memberikan alasan, nanti besar pandailah sendiri. Kita dulu pun camtu, lama-lama tau la tu.

Alasan ini mungkin boleh digunakan untuk sesetengah perkara tetapi bukan semua khususnya yang berkaitan dengan agama. Menjadi tanggung jawab kedua ibu bapa memastikan anak-anak terdidik dengan pengetahuan agama secukupnya dan menpraktikkan seawal usia bagi memudahkan mereka amalankan sesudah akhil baligh.

Rasulullah sendiri berpesan dengan sabda nya:

"Perintahkanlah anak2 itu untuk bersembahyang setelah mencapai usia tujuh tahun dan apabila telah berusia sepuluh tahun, maka pukullah dia jika meninggalkan sembahyang"
-Riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Jelas bahawa ibu bapa wajib mengajar anak mereka solat seusia 7 tahun dan wajib di pukul (rotan) pada usia 10 tahun.



Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami! Perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".
(Surah Ibrahim: 40-41)



Rebung

Teringat nak buat en3 ini, kerana gambar ini lah. Semalam ada jemputan doa selamat rumah kawan lama kat Taiping. Lepas itu langsung ke rumah pak long (bapa saudara en.suami) kat Changkat Jering. Masa nak balik diberinya ole-oleh di atas.

IBU GURU MASIH DI SINI....................SEBENARNYA TAK TAHU MACAMANA NAK SIANG REBUNG TU. PAK LONG NAK TOLONG SIANGKAN TAPI IBU CAKAP TAK PAYAH NANTI BALIK BOLEH BUAT. DAH LAH ORANG TU PERGI CARI.......... NAK SIANG LAGI....... ALAMATNYA MAK BONDA LA YANG SIANGKAN NANTI. RESIPINYA AKAN DIMUATKAN DALAN EN3 AKAN DATANG......................

Saturday 3 July 2010

ESOK CUTI...........REHATKAN MINDA



SANTAI-SANTAI PETANG JUMAAT
KAT PIZZA HUT


Sabtu & Ahad
Cuti
Nak rehatkan minda
Nak lupakan seketika apa yg memberatkan kepala
LUPAKAN SEKETIKA
sekolah ! kelas ! relief ! pelajar ! buku latihan !


Happynya dapat berjumpa semula Santa


Apa jer yang diceritakan oleh Che Mah ni............. mesti gossip
menarik ni........ tengok Ita tu senyum jer........


kekenyangan............... tengok tu sampai tak habis spegetti tu


Yang kiri tu ustazah Norita dan disebelahnya tu cikgu Habshah
cik gu kimia kat sekolah ibu pun kekenyangan juga


Santa...... cikgu Fizik tapi dah tukar dari sekolah ibu& Kathrine...... cikgu English
tersenyum jer ........kekenyangan la tu


Enam orang jer....... tengokla meja tu ........ penuh.
tengok mat salleh kat meja sebelah makan salad jer.............
mesti terfikir juga mat salleh tu............
macam ni ka orang Malaysia makan.
TAPI
Bukan semua orang Malaysia cam ni................
Enam orang tu jer



" DOGGY BAG "


IBU GURU MASIH DI SINI............................. HARI ISNIN BERMULALAH SEMULA JADUAL HARIAN YANG KADANG-KADANG MEMBOSANKAN DAN KADANG-KADANG YANG MENGEMBIRAKAN................. TAPI SELALUNYA ..........

Friday 2 July 2010

MAJLIS PERSARAAN KAK MAS

PN. HAJAH MASRAH BT. OTHMAN

Kak Mas merenung jauh............
sedih dan sayu untuk
meninggalkan bidang perguruan yang telah diceburi
selama 32 tahun.
Kak Mas adalah seorang guru ERT dan KHB
4hb Julai genap usia kak Mas 58 tahun.
Masih sihat kadang-kadang kelihatan berbasikal bersama pelajar .
Ibu Guru agak rapat dengan kak Mas kerana satu panitia.



KAK MAS........
Jasa Mu akan sentiasa dikenang oleh semua warga sekolah.
25 tahun disini banyak kenangan manis terpahat dihati kak Mas.



Kak Mas bersalaman dengan pelajar-pelajar


Kak Mas bersama Tuan Pengetua Puan Hajah Hatun bt. Idris
dan pentadbir-pentadbir sekolah


Jamuan guru-guru bersama Kak Mas


Tengok cikgu-cikgu lelaki tak sporting langsung.................


Ini bukan kak Mas ............. kawan-kawan kak Mas


MOGA KAK MAS BAHAGIA DIHARI-HARI MENDATANG
BERSAMA KELUARGA TERCINTA



IBU GURU MASIH DI SINI................................... DAH 23 TAHUN DAH KAT SINI..... AKAN MENGIKUT JEJAK KAK MAS JUGA BILA TIBA MASA NANTI