Sunday 28 November 2010

MOGA BAHAGIA ( 2 )


DI PAGI AIDIL FITRI
tok wan bersama anak & cucu lelaki


DI PETANG AIDIL ADHA
anak dan cucu lelaki mengikuti rombongan untuk meminang utk tok wan


Balik dari majlis perkahwinan di rumah sepupu singgah rumah tok wan (mertua).
Lapan orang anak-anaknya semua ada termasuk my laling.

Tok wan ajak anak2nya ke majlis walimah anak kenalannya yang dikenali di Mekah di Balik Pulau.
Tak semua anaknya berkesempatan untuk bersama-samanya.
Yang pergi hanya empat orang anak perempuannya bersama keluarga masing2....
Tinggallah anak2 lelaki bersama pasangan masing2 di rumah tok wan..........

Sebelum pergi akak ipar sulong berkata " buatlah apa2 yang patut............". Minggu depan ada majlis akan berlangsung di rumah tok wan. Anak2 lelaki yang empat orang tu mengambil tugas di kawasan luar rumah.
Cikgu Ita, cikgu Intan, cikgu Ani dan ibu guru menantu2 pilihan ni mengambil tugas didlm rumah.
Di kesempatan ini sementara tuan rumah tak ada................ Kami berempat mengambil keputusan mengeluarkan apa2 tidak diperlukan dalam rumah tokwan..
Apa2 yang tak sedap mata memandang kami keluarkan ............ Biasa lah tok wan, dah lima bulan tinggal bersendirian tanpa opah.......
Pakaian2 nya digantung kat ruang tamu......... katanya senang nak pakai.

Kan tak sesuai tu...................... Nampaknya langkah2 kami tu mendapat restu daripada anak2 lelaki tok wan..... Semasa mengemas banyak lah benda yang dah lusuh kami keluarkan dari rumah.
Termasuk dua almari lama............. yang masih perlu disimpan yang tak perlu dibakul sampahkan .......

Banyak juga barang2 peribadi tok wan yang kami alihkan........... Dan barang ini tok wan pun dah tak ingat.......... antaranya sekeping cek bernilai RM3952.00 yang tok wan lupa nak tunaikan bertarikh 27.1.2007, tiga keping sampul surat yang berisi wang yang agak banyak jugalah.......... tok wan, tok wan ............banyak juga duit tok wan ni walaupun kerja kampung.

Alhamdulillah ................... tok wan merestui dan berterima kasih

Semasa mengemas terjumpa juga buku simpanan ASB yang telah penuh ...... simpanan tabung haji pun masih banyak walaupun entah keberapa kali dah menunaikan haji dan umrah..................... Itu lah berkat tok wan berbudi pada tanah ............


IBU GURU MASIH DI SINI................. MALU KAT TOK WAN KALAU TOK WAN TAHU CEK LEBIHAN INCOME TAX 2009 RM535.00 TAK SEMPAT SEMINGGU KAT RUMAH.............

Sunday 21 November 2010

MOGA BAHAGIA....................

tok wan


Hari ini
22.11.2010 genaplah 5 bulan
Ibu mertua ku kembali ke rahmatullah
Al Fatihah
Moga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman



IBU GURU MASIH DI SINI.........................PETANG HARI RAYA AIDIL ADHA BERANGKATLAH ROMBONGAN UNTUK MENCARI PENGGANTI UNTUK BAPA MERTUA...............BEGITULAH KEBANYAKAN LELAKI ..............APAPUN MOGA KEBAHAGIAAN MENGIRINGI DIRINYA

Tuesday 2 November 2010

UNTUK RENUNGAN




KISAH RASULULLAH S.A.W BERTANYA JIBRAIL
TENTANG API NERAKA

Rasulullah s.a.w : " Wahai Jibrail, beritahulah kepada ku tentang api neraka itu ?"

Jibrail : " Ya Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat.
Andaikata api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar lubang jarum
nescaya terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju ahli neraka pula,
kalau baju digantung antara langit dengan bumi nescaya akan mati
semua penduduk bumi disebabkan busuk yang paling dasyat."

Jibrail : " Wahai Muhammad kalau malaikat yang sembilan belas itu turun
ke bumi sudah tentu akan mati akan mati semua penduduk bumi
sebab bentuk mereka amat menggerunkan, dan kalau satu pergelangan
dari rantai neraka itu jatuh ke bumi akan menembus tujuh petalabumi "

Rasulullah : " Hasbi ya Jibrail "

Rasulullah s.a.w menangis dan diiringi tangisan Malaikat Jibrail.
Lalu rasulullah s.a.w
bertanya
Rasulullah : " Wahai Jibrail , mengapa kamu menangis pada hal kamu sangat mulia
di sisi Allah s.w.t ? "

Jibrail : " Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku,
walaupun kedudukanku sangat dekat dengan Allah s.w.t. Kalau
Allah s.w.t hendak merubahkan aku atau hendak menguji ku
sebagaimana Harut dan Marut juga iblis yang terkutuk itu ."

Walaupun kedudukan Malaikat sangat dekat dengan Allah,
ia tetap menangis kerana takut kepada
Allah s.w.t



IBU GURU MASIH DI SINI..........................YA ALLAH BETAPA KERDILNYA AKU DI SISIMU..................... AMPUNILAH SEGALA DOSA2 KU
YA ALLAH JANGANLAH KAU UJI AKU
DENGAN UJIAN YANG TAK MAMPU AKU TANGGUNG..............


Monday 1 November 2010

BATU SAPI DI SABAH

BATU SAPI

Lagu Sekolah

SMK. BATU SAPI


BERMULANYA LANGKAH ANAK-ANAK DARI DESA

BERSAMA SEGENGGAM AZAM DAN SEMANGAT

SEPATAH DOA HARAPAN JADI BEKALAN...........

SMKBS

TETAP BERSEDIA

MENERIMA ANAK-ANAK WATAN

MENJADI ANAK DIDIKANNYA

SMKBS

ASAS PEMBENTUK

RAMAI GENERASI CEMERLANG

SEJAK KEWUJUDANNYA

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN

ATAS DIDIKAN DAN DOAMU, GURU

BERKAT KEJAYAAN DAN KEMAJUAN

MENJADI DORONGAN KAMI SELAMANYA

SMK BATU SAPI

SEKOLAHKU YANG KEKAL CEMERLANG


IBU GURU MASIH DI SINI ......................... KAGUM DENGAN CIPTAAN ILAHI