Monday 20 December 2010

HARI INI ....................



HARI INI SESUDAH SUBUH

Hari ini Isnin my laling hari bekerja, my bujang dah balik ke kampus.
Bermulalah semester barunya kat UIA.
selepas solat suboh........
Sediakan pakaian dan sarapan my laling.
Hantar ke kereta , tutup pagar and Bye2 my laling.
Keseorang di rumah........
Jeling2 pokok bunga kat luar seperti biasa siram
buang mana2 yg patut.
Sayang pula tengok pokok yang di potong tu.........
maka jadi lah
v
v
v
v
v




Penghias Meja




Kata orang getah pokok ini beracun
tapi tak apalah ... abaikan tak ada anak kecil




Ini pokok lengkuas dah besar ni dah
lebihan buat rendang aidil fitri dulu letak bawah pokok hidup pula
sayang nak buang jadikan jambangan
dah tak muat bekas tu nanti baru dipindahkan ke tanah


HARI INI SESUDAH ZOHOR

Hilang terus mood untuk menyiapkan tempahan
Hanya sepasangbaju kurung Pahang yang dapat disiapkan
Itu pun baju sendiri........
Kena siapkan juga weekend ni kan banyak jemputan walimah
Rumah Pengetua sekolah, jiran sekampung, kawan my laling,
dua orang ex- student beria datang kesekolah bagi kat undangan
Rasa2 tak boleh penuhi kesemua tu.........


Ni jer yang siap esok kena siapka lagi sepasang untuk
Sabtu dan Ahad


HARI INI SESUDAH ASAR

Menunggu kepulangan my laling
dah ada dalam fikiran nak buat
SERA UBI KAYU DAN TEA O PANAS
Sedap juga makan sera ini petang2 hujan pulak tu


Ubi kayu mak bonda berbudi pada tanah


Dah masak pun


Siap untuk di makan


HARI INI SESUDAH MAGHRIB

Tertunggu-tunggu siaran berita untuk melihat tragedi yang sungguh
menyayat hati kemalangan maut di Simpang Pulai -Cameron
Kemalangan mengorbankan 27 orang pelancong dari Thailand



HARI INI SESUDAH ISYAK





IBU GURU MASIH DI SINI................... HANYA MEMBISU SENDIRIAN TANPA TEMAN UNTUK BERBICARA HARI INI SEHINGGALAH MY LALING PULANG PADA PUKUL 6 PETANG............ TAK APA MINGGU DEPAN DAH MULA KE SEKOLAH ....... REHAT2KAN MULUT SEMENTARA BELUM DIPERLUKAN UNTUK BERCAKAP BANYAK................

Saturday 18 December 2010

DOA SEPANJANG MASA


Dalam menempuh ombak dan arus
kami memohon berkepanjangan
tunjuki oh Tuhan jalan yang lurus
hindari kami hilang pegangan

Seandainya kami salah dan silap
lengah berbuat tegah dan suruh
berilah kami Tuhan di adalam gelap
sebuah bintang kan ganti suluh

Jangan biarkan kami makin bertambah
bertambah jauh dari pintu mu
berilah kami Tuhan hati yang tabah
menghadapi arus kala bertemu

Pada Mu oh Tuhan yang maha kuasa
mohon tunjuki jalan yang lurus
jauhi kami tuhan berputus asa
dalam menempuh ombak dan arus




IBU GURU MASIH DI SINI ..................... TAK PERNAH LUPA MENDOAKAN KEBAHGIAAN AYAHANDA DI SANA MOGA DITEMPAT BERSAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH......

Friday 10 December 2010

TUA PUN TAK PE............

PESAN ORANG TUA




Cuti -cuti sekolah rumah mak bonda jadi meriah.
Riuh rendah dengan cucu mak bonda.
Seperti biasa agenda utama ialah makan-makan.
Diruang dapur tempat lepak-lepak.
Seronok melayan cucu mak bonda.
Lelaki perempuan sama-sama ke dapur.

Riuh rendah........
Sambil memasak ada yang sambil menyanyi-nyanyi...
Teringat masa time2 remaja dulu.........
Kalau memasak sambil menyanyi,
mesti kena tegur dengan mak bonda...
" Nyanyi la kat dapur nanti kawin dapat suami tua "
Kata-kata mak bonda tu terkesan juga .......
Tapi ......... besok-besok buat lagi .........
Sampai mak bonda pun malas nak menegur..........
Bila dah kawin, memang tak betul pun ............
Dapat tak le tua ....... senior setahun jer..

Sekarang dah jadi mak-mak ni....
nak la menegur anak-anak macam mak bonda dulu.

" Hah ! nyanyi la sambil masak nanti kawin dapat suami tua "

" Tak apa bu.......... tua pun tak apa, yang penting kaya,
tengok Siti Nurhaliza dah la Datuk K tu kaya hensem lagi,
kakak tak pe jer "



IBU GURU MASIH DI SINI...............TIME DULU BILA MAK TEGUR DIAM JER. SEKARANG HUH ..........





Wednesday 8 December 2010

MOGA BAHAGIA (3)


HARI BAHAGIA TOK WAN & OPAH BARU


SELAMAT PENGANTIN BARU
TOKWAN
( 4HB DISEMBER 2010 }


MOGA TOK WAN BAHAGIA HINGGA KEAKHIR HAYAT
BERSAMA OPAH BARU


UCAPAN DARI KAMI ANAK CUCU TOK WAN



IBU GURU MASIH DI SINI....................... SENTIASA MENGHARAPKAN MOGA TOKWAN BAHAGIA HINGGA KE AKHIRAT .............

Saturday 4 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH


Dibaca 3x selepas Asar sebelum Maghrib
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.
Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu.
Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.
Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya..
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...


Dibaca 3x selepas solat Maghrib
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad.
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...



IBU GURU MASIH DI SINI.................. YA ALLAH YA RAHIM KAU JADILAH KAMI INSAN YANG LEBIH MULIA, LEBIH BERTAQWA DAN BERHIJRAH MENJADI LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI.... AMIN....