Sunday 28 February 2010

BAYAR CUKAI HARI TERAKHIR.............

Hari ini adalah hari terakhir untuk pembayaran cukai pintu.
Lepas solat asar keluar menuju ke bandar Perda BM
Disebabkan hari terakhir pembayaran mesti dibuat di ibu pejabat
MPSP di bandar Perda.
Dah tanya kawan yang bekerja di pejabat MPSP katanya jangan datang waktu
pagi kerana ramai pembayar-pembayar cukai yang mengambil kesempatan
membayar pada hari terakhir.


Ini adalah pintu masuk utama kaunter pembayaran, ada dua
orang penguat kuasa MPSP yang berkawal di sini


Memang betul selepas pukul 5.00 kaunter pembayaran lengang
tak perlu beratur dan tak perlu ambil no giliran.
Mana-mana kaunter, yang tidak ada orang pembayaran boleh dibuat.
Tak sampai 5 minit beres.


En. suami ambil kesempatan untuk posing dekat depan pintu
masuk kaunter
Apa yang dipandang entah le......jauh nampak


Rasa lapar pergi kat Pelita Nasi Kandar Auto City Juru
pekena apa-apa yang mengenyangkan


En. suami pekena nasi kandaq kari bawal
Air biasa ........air suam je


Ibu guru makan ini jer.......mee goreng mamak
boleh la tahan.
Air sama ngan en. suami


Lepas makan hampir nak masuk maghrib en.suami ajak
solat kat masjid Seberang Jaya. Cantik cadangan tu boleh ajak
singgah Carefour. Tengok apa-apa yang patut



Setelah siap shopping barang-barang dapur dapat juga bodek-bodek
en. suami ....... moodnya ok nampak................
dapat le kasut ni


Tak kan kasut je. Bodek lagi dapat le T-shirt muslimah ni.
Terima kasih daun keladi,
Bulan depan boleh beli lagi


IBU GURU MASIH DI SINI................... FOKUS ESOK SEKOLAH......... JUMPA LAGI
ANAK-ANAK DIDIK YANG SAMA

Friday 26 February 2010

BALIK RUMAH MERTUA


CUTI MAULIDUL RASUL

Ambil kesempatan cuti hari ni balik rumah mertua. Sempat juga
snap gambar di atas. Tengoklah keadaan sawah padi di musim kemarau
yang kering kontang. Siap di bajak tapi tak boleh nak tabur benih lagi......
menunggu air di masukkan dan yang penting menunggu hujan rahmat


Hujan oh hujan bila kau nak turun......panas...panas.


Bila balik ke rumah mertua maka bertandan-tandanlah kelapa muda
menjadi mangsa. Pokoknya yang rendah boleh di capai dengan tangan
tak perlu galah untuk mengambilnya
.



Ada yang kulitnya berwarna hijau tapi yang penting air dan isinya,
dicampur dengan air batu.
Enak sekali.....



Ini kulitnya berwarna kuning, air manis dan menjadi rebutan
bila berkumpul ramai-ramai di hari cuti.
Mesti meleleh air bila didepan mata



Petua Mak Bonda

Untuk mengurangkan panas badan demam atau demam campak

1. Ambil kelapa dan kupas untuk untuk mendapatkan airnya.

2. Tuang kedalam cawan dan minum.

3. Amalkan meminum sehingga panas badan turun.

4. Ada pendapat mengatakan tak perlu dituang kedalam cawan, minum
terus setelah buah kelapa dikupas. Setengah pendapat mengatakan cara ini lebih
berkesan. Apa pun dengan izin Allah. Insya Allah.



IBU GURU MASIH DI SINI.................. AKAN PULANG KE RUMAH MERTUA BILA ADA KELAPANGAN

Sunday 21 February 2010

ACARA MERENTAS DESA 2010

MERENTAS DESA 2010
20hb. Februari


Nasi lemak sarapan pagi untuk guru-guru, nasib bukan guru-guru
yang merentas desa





Pelajar lelaki bermula dahulu




Fakharudin dapat nombor berapa tu........



Tempat pertama bawah 15 tahun perempuan




Faris tempat pertama bawah 18 tahun lelaki




Cikgu-cikgu di check-point pertama



Senyum jangan tak senyum cikgu Aziz, meronda sakan nampak




Sempat lagi cikgu Amir ni nak bergambar dengan bebudak




cikgu-cikgu menunggu majlis penyampaian hadiah



Barisan cikgu-cikgu hakim penamat....... sedang menunggu ketibaan pelajar-pelajar



Ini meja juruacara



Puan Pengetua Pn Hajjah Hatun bt Idris sudi menyampaikan hadiah
untuk pemenang



Orang kuat bahagian hadiah menyediakan hadiah dan sijil



Hadiah dan sijil untuk pemenang merentas desa 2010



IBU GURU MASIH DI SINI.......................... TIAP TAHUN BILA ACARA MERENTAS DESA.......................AJK JAMUAN

Friday 19 February 2010

PETUA ....HILANGKAN SAKIT PERUT


Apabila berkumpul ramai-ramai musim cuti CNY baru-baru ini agenda utama, seperti selalu ialah mengadakan PESTA MAKANAN KELUARGA. Dari resipi yang moden-moden spt pizza sampailah kepada ubi kayu rebus cecah kelapa. Bak kata orang belum pun kering tangan menyediakan breakfast dah bersambung dengan cadangan-cadangan menu makan tengahari. Masa makan tengahari ada dah melalut dengan cadangan menu untuk makanan petang nanti. Bila dah makan macam-macam yang pedas, yang manis maka perut pun meragam. Yang tak boleh makan pedas pun nak makan. Tak kiralah yang tua, yang muda pun sama ada yang masuk keluar tandas. Salah makan la tu. Nak ke klinik banyak yang tutup maklumla cuti. Yang tua-tua bolah la telan pil chikit tek on. Yang bebudak tu memang tak mau makan katanya tak tahan baunya. Busuk. Mak bonda yang tak sanggup melihat cucu keluar masuk tandas telah memberi petua untuk menghilang kan sakit perut kerana silap makan.

PETUA MAK BONDA

Untuk bebudak

1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.

2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.

3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.


Untuk Yang Dewasa

1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda

2. Kunyah daun jambu batu tersebut dan telan airnya.


INSYA-ALLAH SAKIT PERUT AKAN HILANG


IBU GURU MASIH DI SINI ........DAH CUBA PETUA TU......ALHAMDULILLAH
HILANG SAKIT PERUT TU

Wednesday 17 February 2010

SATU SPESIS BERLAINAN WARNA






BIARKAN BUNGA BERBICARA

















IBU GURU MASIH DI SINI............................................

MAJLIS PERKAHWINAN NURUL & KAMAL


SELAMAT PENGANTIN BARU
NURUL & KAMAL
14HB FEBRUARI 2010

Ahad lepas menghadiri majlis kenduri kahwin kat rumah sepupu
kak Nah dan abang Ad.
Tak tau pulak rumah mereka menyertai Program Homestay
anjuran Kementerian Perlancongan



Sempat juga snap singgahsana yang bertemakan
biru, maka semuanyalah biru



Dah lama tak jumpa si Nurul ni . Dah kahwin dah pun.
Bertambahlah lagi anak sedara mak ngah...
pas tu bercucu pulak

Si kakak pengantin Nani yang happy lebih


BUAT NURUL

Selamat menempuh alam yang baru.................... pesanan dari mak ngah

Sentiasalah

Menjaga kehormatan diri semasa suami tiada di rumah

Menjaga harta benda suami dan rahsia rumahtangga

Tidak memberi memberi barang dari rumah kepada orang lain tanpa izin suami

Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami

Sentiasa membersih danmengindahkan rumah dan sekitarnya

Perbanyakkan beribadat dan berdoa di dalam rumah



IBU GURU MASIH DI SINI.................... SETIAP TAHUN BERTAMBAHLAH CUCU-CUCU SEDARA

Saturday 13 February 2010

CUBA RENUNGKAN..........................

Wahai saudara-saudaraku
yang bergelar isteri


Aku telah memberi pesanan kepada puteriku, Ummu Iyyaas bt. Amr bin Muhallam
yang dinikahkan dengan Amr b. Hujru yang antara kandungannya berbunyi,

hormatilah suami mu dengan mengembirakan hati serta memberi kepuasan kepadanya;
turuti perintah suami mu baik-baik;

awasilah hidungnya jangan sampai ia mencium bau,
kecuali bau yang sedap dan nyaman;

awasilah suami mu waktu tidurnya jangan sampai terganggu,
kerana gangguan orang yang sedang tidur itu membawa kemarahan;

awasilah suami mu waktu makannya jangan sampai ia lapar,
kerana gangguan lapar yang berturut-turut itu menimbulkan naik darah;

jagalah harta benda suami mu serta mengatur keluar masuknya dengan sebaik-baiknya;

jagalah anak-anak dan keluarganya serta pembantu- pembantu rumahtangga suami mu,
iaitu dengan mengatur sebaik-baiknya;

janganlah menentang perintah suami mu kerana hal itu dapat menyedihkan hatinya;

janganlah engkau membuka rahsia suami mu,
kerana jika engkau membuka rahsianya engkau tidak akan selamat dari pembalasannya;

kemudian berhati-hatilahlah engkau sampai gembira dihadapannya padahal ia dalam kesedihan,
sebaliknya janganlah engkau bersedih dihadapannya dikala ia sedang gembira


Ummah binti Haris


Friday 12 February 2010

HARI NI MC


Arini ibu diuji dengan sedikit ujian.
Alarm berbunyi seperti biasa 5.30 pagi......................nak bangun
seperti selalu tapi terlalu berat rasa kepala ni.
Seluruh badan terasa sengal, mata..................... masih terpejam
6.15 pagi ibu mesti bangun............mandi dan solat
Kepala masih berat berpusing-pusing, terus baring semula
Nak pergi, tak pergi.......
Ambil handphone terus ........ saya MC arini
Pergi klinik dapat dua hari MC
Demam, selsema, sakit tekak dan batuk
Macamana nak selesaikan kerja kursus pelajar sebanyak enam kelas
baru dua kelas dah semput
Hari Rabu " Kenapa cik gu pakai mask, H1N1 dah tak ada"
" Cik gu tak tahan habuk-habuk kayu tu "
Hari Khamis dan Jumaat cik gu MC




Seharian tak jengah tempat ni, tempat menghabiskan masa lapang
dan menjana pendapatan.

Hari raya dua hari lagi. Tempahan belum siap,
Lima pasang mesti siap sebelum Sabtu
Hari ni Khamis..... makan ubat........ insyallah........
Jumaat ....boleh siap. Ibu guru boleh

" Nak pakai 14hb " kata cik yam

"Sebelum raya cinaKP, boleh kan" cik mi call

" 14hb nak pergi Melaka, anak sedara kahwin" kak ani sms

Raya cina ke, raya india ke, raya orang putih ka
orang melayu tetap raya dengan baju baru untuk majlis kahwin



Seharian mesin ini tak berbunyi kerana kaki tuan kamu tak dapat goyang
Sejuk badannya tak seperti tuannya



Saudara kembar ini pun senyap ja hari ni, sejuk aja badannya
semuanya kerana tuannya semput.
Nanti suara mu berbunyi kembali bila tuan kamu kembali sihat.
Dan badan kamu tidak lagi sejuk, akan sentiasa panas seperti selalu




IBU GURU MASIH DI SINI................ BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KESIHATAN YANG DIBERI .........................

Thursday 11 February 2010

BUNGA RAYA

BUNGA RAYA


Beraneka warna dan saiz
Tenang mata memandang
Kadang kala jadi penawar
Kadang kala penyeri halaman

Tetapi.....
mana satu bunga kebangsaan






Adakah Jingga Mentari Ini





Aha.. Agaknya si Merah Garang Ini



Rasanya Bukan Se Putih Salju ni




.Indahnya Si Merah ....................Bukan, bukan...................




Rupanya cantik Si Merah Jambu...... Mungkin kah dia..........
rasanya tidak


IBU GURU MASIH DI SINI...........................





Saturday 6 February 2010

DAH JADI ANTIK DAH.....................

DAH JADI ANTIK..................


Ini adalah handphone pertama ibu guru.
Usianya ............... emm, kalau sekolah dah tingkatan 3.
Saiznya, panjang 6.5 inci, beratnya.......... x sure tapi berat juga la
Jadi bahan ketawa anak-anak.
Kata mereka
" Ibu tak segan guna handphone tu "
Walau apa pun banyak jasanya kepada pemiliknya






Ini adalah koleksi yang menjadi kesayangan ibu guru.
Yang guna sekarang tak ada dalam pic. sebab guna untuk
snap pic di atas.





IBU GURU MASIH DI SINI................................... HARAP-HARAP DAPAT LA BB PADA BIRTHDAY YANG AKAN DATANG.........

PESANAN LUQMANUL HAKIM ( 5 )

BUAT TATAPAN DAN RENUNGAN
ANAK-ANAK IBU & ANAK-ANAK DIDIK
IBU GURU



( 21 )

Hai anakku,
usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan
kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar
kerana engkau akan merasa lebih selamat apabila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicara mu
mendatangkan manfaat kepada orang lain.

( 22 )

Hai anakku
janganlah engkau mudah ketawa
kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,
janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatu yang tiada guna bagi mu,
janganlah mensia-siakan harta mu

( 23 )

Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi,
sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata
yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya
daripada berkata kotor tentu akan menyesal

( 24 )

Hai anakku,
bergaul rapatlah dengan orang yang berilmu,
perhatikanlah kata nasihatnya kerana
sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya.
Hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah daripada mutiara kata-katanya
bagaikan tanah yang subur lalu disirami hujan.

( 25 )

Hai anakku,
ambillah harta dunia sekadar keperluan mu sahaja
dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhirat mu.
Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah
kerana
nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban kepada orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya
kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka
kelak akan membinasakan diri



IBU GURU MASIH DI SINI.................. AKAN SENTIASA SEPERTI BULAN BERKONGSI CAHAYA MENERANGI ORANG LAIN

Wednesday 3 February 2010

GEMBIRA DALAM DEBU...............

REKA CIPTA
KERJA KURSUS - MODUL 4

Font sizeBermula kerja-kerja amali di bengkel.
Maka bermulalah keadan yang tidak selesa selama 2 bulan.
Dikelilingi debu dan habuk.


Gigih, berminat dan tekun dalam menyiapkan projek masing-masing.
" Ini macam boleh ka cikgu "


Inilah masa yang paling gembira bagi pelajar-pelajar kelas ibu guru.
Bebas dari catatan nota dan latihan.
Bebas bergerak.
Tidak lagi statik di kerusi dan meja.
Tiada lagi di tangan pen, pensil dan pembaris.
Penggunaan alatan tangan dan mesin mesti betul.



Hari ini mengukur menanda dan memotong sahaja.
Rujuk lakaran dan lukisan kerja
Juga perhatikan Jadual Kerja


Setiap kali P&P ...........ungkapan ini akan di ulang

"Ok. 5 minit lagi..... Berhenti."
Tiada respon.
"Berhenti.................dengar tak"
"BERHENTI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"


IBU GURU MASIH DI SINI.................... SABAR DENGAN KERENAH PELAJAR WALAUPUN LETIH TAPI GEMBIRA