Monday 28 June 2010

POKOK SEMALU............................ MALU


Semasa menunggu waktu balik di sekolah tadi, sempat juga belek-belek majalah Solusi. Terpandang artikel mengenai pokok semalu. Tak berapa tahu khasiat pokok ini, tapi pokok inilah yang selalu digunakan bapa mertua bagi penawar penyakit kulit seperti campak ataupun kayap dalam pengubatannya. Kisah Rasulullah bersama puteri kesayangannya Sayidatina Fatimah mengenai pokok semalu. Ketika melintasi sepohon pokok semalu, kaki Saydatina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya sakit dan berdarah lalu Fatimah bertanya kepada Rasulullah s.a.w , apa gunanya pokok seumpama ini tumbuh disitu ? Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Terdapat EMPAT aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut:

Sifat pokok semalu yang menguncup apabila disentuh. Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai malu yang bertempat.

Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahan dirinya. Simboliknya wanita perlu tahu mempertahan diri dan maruahnya.

Akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keiamanan yang berakar umbi dalam jiwanya.

Semalu menguncup dengan sendirinya menjelang senja. Seolah-olah ciptaan Allah s.w.t ini mengingatkan kepada kaum wanita pulang dan duduklah dirumah ketika hari hampir gelap

Terdapat 99 bahagian tarikan pada diri wanita berbanding lelaki. Oleh itu Allah s.w.t kurniakan sifat malu kepada kaum wanita. Namun kita dapati, ramai remaja wanita sudah semakin hilang rasa malunya. Sebagai ibu bapa kita sepatutnya menjadi murabbi dan mualim kepada anak-anak kita supaya mempunyai sifat malu dari kecil lagi. Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya Allah s.w.t apabila hendak membinasakan sesorang, maka dicabutnya rasa malu orang itu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini.


IBU GURU MASIH DI SINI........................BANYAK MEMOHON KEPADA NYA TETAPI DALAM MASA YANG SAMA BANYAK PERINTAHNYA SELALU DIABAIKAN.............. ALANGKAH MALUNYA

Sunday 27 June 2010

MANSUH UPSR DAN PMR



Kenapa perlu UPSR dan PMR dimansuhkan ? Jika sepanjang 11 tahun pelajar berada di sekolah hanya akan menduduki SPM sahaja, bayangkan apa yang akan berlaku terhadap para pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 4 ? Yakinlah komitmen semua pihak akan berkurangan untuk memberi didikan yang sewajar kepada anak didik ini. Senario sekarang, kebanyakan ibu bapa hanya memberi tuition anak-anak yang akan menduduki peperiksaan awam. Begitu juga sekolah hanya menyediakan kelas-kelas tambahan kepada kelas peperiksaan sahaja. Harapan semoga Kementerian Pelajaran tidak tersalah langkah seperti menghapuskan yuran peperiksaan awam, akhirnya pelajar tidak menghargai peperiksaan. Satu kerugian telah berlaku apabila PPSMI dimansuhkan janganlah dimansuhkan UPSR dan PMR kerugian yang besar akan berlaku sekali lagi. Kita sebenarnya telah memberi perspektif yang salah, kita menjadikan sistem pembelajaran kita berorientasikan peperiksaan. Kita menjadikan ia sebagai sebuah pertandingan peringkat sekolah, daerah dan negeri. Dengan ini banyak pihak akan merasa tertekan, pelajar, guru dan ibubapa. Tak ada salah seandainya kita anggap ia sebagai peperiksaan biasa sekadar untuk mengetahui prestasi anak kita diperingkat nasional. Ia juga akan memberi kita gambaran kemana arah tuju anak kita dan dimana tahap anak kita diperingkat nasional.


IBU GURU MASIH DI SINI ........................... TAK ADA LAGI ANAK YANG NAK AMBIL UPSR, PMR DAN SPM................

Thursday 24 June 2010

PETUA MAK BONDA

P
CANTIK DENGAN LIMAU NIP
IS

Mewangikan Rambut

Mungkin ramai tidak tahu limau nipis boleh mewangikan rambut.

Caranya:
  • Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan
  • Kemudian gosokkan keseluruh kepala
  • Biarkan beberapa minit kemudian barulah cuci hingga bersih
Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan
rasa pening serta menyejukkan kepala


Hilangkan Bau Kaki


Untuk mengatasi bau kaki akibat memakai sarung kaki
dan kasut bertutup, limau nipis boleh digunakan.

Caranya:

Ambil limau nipis dan hiriskan kemudian gosok pada kaki
di celah jari biarkan seketika dan cuci


Pulih Kulit Wajah

Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar
kerana cuaca panas
Untuk mengatasinya, limau nipis dapat menolong

Caranya:
  • Potongkan limau nipis dan dapatkan airnya
  • Kemudian campurkan air limau bersama tepung gandum putih telur dan madu
  • Sapukan bancuhan pada keseluruhan muka kecuali muka dan mulut
  • Biarkan ianya kering kemudian cuci dengan air yang bersih

IBU GURU MASIH DI SINI.......................... SELALU AMBIL LIMAU NIPIS KAT RUMAH MAK BONDA JER............ TAK PAYAH BELI

Wednesday 23 June 2010

KEMBALINYA IBU MERTUA KU....................

AL FATIHAH
( 22 Jun 2010/ 9 Rejab 1431)

MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA
&
DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG SOLEH

ALLAHYARHAMAH HJH ZAINAF CHE MAT
( 1940 - 2010 )




IBU GURU MASIH DISINI ............................. MENUNGGU MASA BILA KAN DIJEMPUT KE SANA......... PERSEDIAAN ?

Saturday 19 June 2010

DAPAT TAG LAGI............ MAI BACA


Entri kali adalah untuk melunaskan hutang kepada orang yang menge-tag Ibu
Orang itu ialah
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

Seorang sifu dari Gunung


SOALAN-SOALAN NYA
( 1 )
ADAKAH ANDA HAPPY SEKARANG

Ya.......bahagia sekali sekarang....... esok lusa
Ketentuannya.

" Ya Allah ya tuhan ku, berikan lah aku dan keluargaku kebahagia dunia dan akhirat"

Itulah antara doa yang selalu ku pinta setiap kali lepas solat

( 2 )
KENAPA ANDA HAPPY ?

KERANA
Mempunyai ibu yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri ini
Mempunyai keluarga yang menyayangi diri ini
Mempunyai anak yang mengasihi diri ini
Mempunyai suami yang menyintai diri

Dan sesungguhnya
Masih diiberi kesempatan oleh NYA
untuk berbakti kepadaNya sebagai hamba sebelum dijemput oleh NYA

( 3 )
APA YANG MEMBUAT ANDA HAPPY

Dipermudahkan segala urusan dunia
Dapat mencari rezeki yang halal dengan tenang dan aman
Diberi kesihatan yang baik untuk berbakti kepada NYA
Diberi rumah untuk berteduh walaupun bukan istana
Kawan-kawan dan jiran yang baik

( 4 )
PERNAHKAH ANDA MENERIMA TAG

PERNAH
Tapi nak jawab tu lambat sikit

( 5 )
NYATAKAN WARNA YANG ANDA SUKA



( 6 ) & ( 7 )
ENAM ORANG YANG KENA TAG
  • http://paklongsifu.blogspot.com
  • seorang guru BM di daerah Kerian Perak

  • http://mak3hero.blogspot.com
  • seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki

  • http://gmie-my-sunshine.blogspot.com
  • seorang guru yang mempunyai sepasang anak kembar

  • http://syairadunia.blogspot.com
  • seorang pelajar tingkatan 4 yg mempunyai 7 org adikberadik

  • http://hyshieda.blogspot.com
  • seorang ibu muda yang mempunyai 2 orang anak lelaki yg comel

  • http://mamaalieya.blogspot.com
  • seorang ibu kepada anak comel dan isteri kepada jejaka yang hensem

( 8 )
ADA KAH ANDA HAPPY DENGAN YANG ANDA ADA

Syukur alhamdulilah ................ Happy Bangat


Kepada yang kena tag tu
nak tak apa tak jawap pun tak apa


IBU GURU MASIH DI SINI............................ HAPPY SANGAT HARI NI.......... RAMAI ANAK2 MURID , BEKAS ANAK 2 MURID SERTA KAWAN-KAWAN MENGUCAPKAN " Happy Birthday To You " DENGAN IRINGAN DOA YANG SEJUK HATI MEMBACANYA


Monday 14 June 2010

FOR THE REST OF MY LIFE

FOR THE REST OF MY LIFE



It will be so nice to have wonderful husband,
who has always been grateful to Allah for everything,
and having a wife............
How lucky that woman would be :)


IBU GURU MASIH DI SINI....................... LOVE IT............... NICE LYRICS

Sunday 13 June 2010

MARI SARAPAN .......... PEKNGA KELAPA

Bagi yang tidak tahu peknga tu bermaksud lempeng yang ditepek kat belanga. Aroma peknga kelapa kelapa yang dibakar amat menyelerakan. Tu belum lagi menikmatinya. Bahan asas yang digunakan cukup ringkas kelapa, tepung gandum, gula dan garam secukup rasa.

MARI KITA CUBA..........

Ibu guru lebih suka menggunakan kelapa yang fresh yang baru diparut. Untuk mendapatkan kelapa yang fresh ibu akan memarut kelapa tersebut menggunakan alat kukur kelapa diatas. Kukur kelapa tu rasanya dah berusia 10 tahun. Ibu beli kat Kuala Kangsar. En.suami melarang ibu membeli katanya akan jadi khazanah dalam stor. Katanya lebih baik beli mesin parut kelapa. Daripada mengguna mesin lebih baiklah kukur kelapa yg kata atas tu. Ibu jadi fobia dengan mesin kelapa . Takut.... kerana ramai yang tersilap teknik tangan luka. Tak sanggup tengok darah yang banyak tu.... Baik la guna cara tradisional. " Alat kukur kelapa "



Kelapa yang diparut digaul bersama gula dan garam. Kemudian masukan tepung gandum........... gaul akhir sekali masukkan air, gaul hingga sebati. Bakar di atas api sederhana dengan menggunakan non-stick pan tanpa minyak.


Inilah hasilnya peknga kelapa untuk ibu dan En.suami bersarapan pagi. Dapat la kata orang untuk lapik perut hingga tengahari sebelum memenuhi undangan perkahwinan hari ini.


Inilah faktor utama yang membuatkan ibu teringat nak buat peknga
untuk sarapan pagi hari ini.
Tak tahu pula ibu daging ni dimasak apa............
nak kata kari bukan, rendang pun bukan, kurma pun bukan.
Menu kenduri semalam kawan En. suami yang sedekahkan.
Katanya dah datang kenduri tak makan.
Tak terima, nanti dikata tak sudi pula.
Balik masukkan dalam freezer, hari ini panaskan.
Kemudian dipadankan dengan peknga kelapa.
Kata orang sedap hingga menjilat jari,
makan waktu panas-panas
/
/
/
/
/
/
/
/
/
UNDANGAN HARI INI

JIRAN SE TAMAN


Meor Mohd. Arafat Mohamad Shahini
&
Siti Raffidah Tekat

(SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA BAHAGIA)

Menu yang disediakan memang sedap....... ada

menu ala-ala kampung dan menu kenduri
serta cendol juga laksa


Semasa berbaris nak ambil cendol & laksa sempat snap gambar pengantin



Kuih-kuih tradisional yang diterima


IBU GURU MASIH DI SINI......................... ESOK NAK REHAT BETUL-BETUL TINGGAL SEMINGGU LAGI CUTI.......... MINGGU PERTAMA MACAM TAK CUTI JER......EXTRA CLASS, PTK & UNDANGAN PERKAHWINAN

Saturday 12 June 2010

JADUAL HARI SABTU.................... LETIH NYER......

Memenuhi Undangan Perkahwinan

( 1 )

Sepupu En. suami
Nurul Ashikin Abd. Azid
&
Mohd. Hafizan Mokhtar

( Selamat Pengantin Baru )



( 2 )

Kawan Sekolah Ibu

Cik gu Noor Hafizzah Abdul Latif & Cik gu Aziz Ramli
(Moga Bahagia Ke anak cucu)



( 3 )

Anak kawan En. Suami

Noora Ashikin Mohd. Hashim
&
Sabli bin Omar
Sampai lewat pengantin pun dah tak ada
( Selamat Pengantin Baru)


( 4 )

Nama pengantin pun tak sempat nak tengok kat banner
Adik kawan En.suami semasa kat Sek Izuddin Shah Ipoh

(Selamat Berbahagia)


( 5 )
Ke rumah mertua
On The Way tu sempat lah......





( 6 )

Sampai ke No: 54 Jalan Pekaka 4 ,11.00 malam


IBU GURU MASIH DI SINI.......................... TIDUR LEWAT LAYAN WORLD CUP USA VS ENGLAND



Wednesday 9 June 2010

AKAD NIKAH DALAM MASJID

(gambar hiasan saja tidak ada kaitan dengan majlis kat masjid petang tadi)


NASIHAT DAN PANDUAN

Sesuatu acara yang dilakukan di dalam kawasan masjid perlu memenuhi panduan yang dibenarkan syariat. Termasuk juga untuk mengadakan majlis akad nikah. Beberapa panduan mesti di patuhi:
  • Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya wanita
  • Niat iktikaf di dalam masjid
  • Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid
  • Mulakan dengan solat tahiyatul masjid dan solat-solat yang berkaitan
  • Tidak bercampur gaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan
  • Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali bolehlah menjemput guru nikah datang kerumah terlebih dahulu untuk proses wali memenita izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah
  • Pengantin perempuan yang haid boleh hadir ke masjid pada hari akad nikah, tetapi dinasihatkan agar tidak masuk ke dewan solat masjid
  • Barang-barang hantaran boleh diserahkan selepas akad nikah dirumah pengantin perempuan
  • Jika boleh hanya mas kawin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kawin suami kepada isteri boleh dilakukan dirumah pengantin perempuan
  • Jangan bergambar atau berposing secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid

IBU GURU MASIH DI SINI.......................... SEMASA SINGGAH SOLAT ZOHOR DI MASJID PETANG TADI TERLIHAT INSIDEN AJK MASJID MENEGUR BEBERAPA ORANG ROMBONGAN PENGANTIN YANG TIDAK MENUTUP AURAT SUPAYA KELUAR DARI MASJID.......................

Monday 7 June 2010

BILA SUAMIKU BERLETER.............



Inilah meja yang menjadi leteran en.suami. Katanya menjadi halangan
kepada laluan dalam rumah. Suatu malam bukan en.suami yang menonton
tv tapi yang menontonnya. Bila tengok tv menonton en.suami, ibu pun
mematikan tv, offkan suis lampu dan terus keatas tanpa mengejut en.suami.
Bila en.suami tersedar nak kebilik dalam gelap terlanggar meja yang
dikatakan menghalang laluan. Esoknya mulalah en.suami pot.pet.pot.pet
pasal meja jepun tu. Beberapa hari baru nampak kesan pada betisnya.

Inilah rupa orang sakit sedang menunggu giliran mendapatkan rawatan.
Dah tua2 pun takut nak jumpa doktor.
Bila nak jumpa doktor mesti nak ibu temankan.


Setelah seminggu beginilah keadaanya ..........seakan bisul.
"Walau apa pun hari ni MC." kata ibu pada en.suami.
Tiga tahun lagi, dah setengah abad usia tapi takut nak ke hospital.
Bermalam di wad memang tak pernah. Kalau sakit sikit-sikit
jangan harap nak kehospital......... ke klinik swasta je lah.
Tak mahu juga ke hospital......... nak ke klinik juga.
Klinik pun kliniklah.
Dari cara jalannya ibu tahu memang sakit, tapi katanya tak sakit.


Dah selesai berleter lagi..........
" Tu la tadi tak sakit pun......... sekarang nak jalan pun susah."
Menyalahkan ibu pulak...........
" Tengok nak drive pun sakit."
Masa datang tadi en.suami yang drive.
Masa balik terpaksa lah ibu yang drive..... terpaksa lah
On the way nak balik berleter lagi..............
Katanya bawak kereta laju....... tak kira tempat
60kmj, 70kmj, 90kmj tetap 100kmj.
Bila dapat saman tak mengaku bawak laju, katanya

IBU GURU MASIH DI SINI..................... OK JUGA SESEKALI DENGAR SUAMI BERLETER.........................
KALAU SUAMI DIAM JER RASA BORING PULAK.

Sunday 6 June 2010

DONT CRY JONI


I love this song
bring back memories
This song make me smiles
" You're just 15 and I'm 22 "

Its a nice song from my teacher
You must listen this song.........
so you know what the meaning of the real song

IBU GURU MASIH DI SINI.................................. BERITA DARI KAWAN LAMA MR.CHAN GURU BAHASA INGGERIS FORM 1 HINGGA FORM 3 TELAH MENINGGAL DUNIA 2 MINGGU LEPAS. MR.CHAN PERNAH GUNA LAGU INI MASA P&P NYA. SEORANG GURU YANG TEGAS........... SENTIASA MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PENGAJARANNYA. IBU GURU SENTIASA BERSEDIA MASA KELASNYA TAKUT KENA JAWAB SOALAN2NYA. DAN SEINGAT IBU TIAP2 KALI BILA DIA MASUK KELAS MESTI NAMA IBU GURU AKAN DI PANGGIL UNTUK MENJAWAB........................ MR. CHAN JASA MU SENTIASA DIKENANG.





Saturday 5 June 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU ...........TEMAN-TEMAN



Ya Allah Ya tuhan Kami "Kami memohon restu Mu berkati majlis ini, limpahkanlah berkat dan rahmat atas pasangan suami isteri ini, jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikan ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat. Sempurnakan lah agama mereka dengan berkat ikatan ini. " - Amin -

Ucapan Selamat Pengantin Baru
Kepada yang melangsungkan hari bersejarah
Pada
5hb Jun 2010
&
6hb Jun 2010

Siti Wahida Razali & Noor Sarizwan
(cikgu sekolah ibu)

Abd. Halim Din & Norhayati Saffie
(cikgu sekolah ibu)

Norita Nayan & Mohd Shahril Saari
(anak jiran terdekat)

Siti Normasliana & Zahrul Anuar Zakaria
(anak kawan ibu)

Suzilawati Nordin & Ahmad Romaizi
(anak kawan En.suami)

Nor Hafizah Hamzah & Mustaffa Midek
(adik kawan ibu)


Hari ini sempat ke rumah Siti Wahida, ramai kawan sekolah ibu yang
hadir meraikan majlis bersejarah Siti Wahida dan pasangan.
Moga Siti Wahida dan pasangan bahagia hingga keakhir hayat.
Insyallah esok akan kerumah pengantin lelaki pulak untuk meraikan
majlis walimah mereka undangan dari mertua Wahida. (bapa mertua Wahida
kawan En. suami)


Wahida dan pasangan

Hati 2 Wahida .....................


Selepas makan di rumah Wahida kita terus ke Taiping

Pusing-pusing bandar Taiping singgah Doli
pekena Koey Teow Goreng

Dalam Restoran Doli ada juga pasangan pengantin yang pekena
koey teow........ tengok tu jadi perhatian ramai



IBU GURU MASIH DI SINI.................... DALAM EN3 BEBERAPA BULAN LEPAS ADA CORETAN IBU MENGENAI KEPULANGAN KERAHMATULLAH IBU KESAYANGAN WAHIDA ......................... TAK SEMPAT MELIHAT HARI BAHAGIA WAHIDA......... MOGA AMAN DI SANA......... ALFATIHAH

Tuesday 1 June 2010

MARI BERPANTUN......................


PANTUN NASIB

Jemur padi di tanah padang,
Anak ayam disambar helang,
Apa malang nasibnya badan
Burung di tangan disambar orang.

Seri Mersing lagu Melayu
Mari di karang zaman dahulu,
Duduk termenung menongkat dagu,
Mengenang nasib dagang piatu.

Pukul gendang kulit biawak,
Sedikit tidak berdentum lagi,
Dimana badan hendak dibawak,
Sedikit tidak beruntung lagi.

Dari Jawa ke Bangkahulu,
Membeli keris di Inderagiri,
Kawan ketawa ramai selalu,
Kawan menangis seorang diri.

Pantai Lukut luas terbentang,
Teluknya penuh berbatu karang,
Ibarat melukut ditepi gantang,
Masuk tak penuh keluar tak kurang.

(Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3)



Bait-bait Pantun Nasib diatas adalah sebahagian soalan
Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3.
Peperiksaan Kertas Bahasa Melayu diada semalam
31 Mei 2010.
Mari kita layani gambar-gambar dibawah
bagaimana nasib pelajar-pelajar ini jika ini berlaku tiap kali peperiksaan.


Bagaimana pula nasib mereka!!!!!!!!!


Hari ini Paper English
lihatlah 20 minit peperiksaan berjalan
Dah siap menanda 40 soalan objektif
beginilah suasana kelas


Bagaimana pula nasib mereka!!!!!!!!!!


Pelajar-pelajar dari kelas yang lemah bila disuruh diam
tak dibenarkan bercakap terus mengantuk dan tumbang.
Bahasa Melayu pun tergagap inikan pula Bahasa Inggeris
Bila disuruh semak, katanya dah.
Ada juga baiknya, kalau tak tidur nanti bising
mengganggu kelas-kelas yang lain.


Bagaimana pula nasib mereka!!!!!!!!!!!

Bila mengawasi kelas-kelas macam ni,
yang mengawas pun terpaksa menahan mata supaya tidak tertutup.
Kalau tidak jadi macam cerita P. Ramlee.....
"hari-hari cikgu main bola.........."



IBU GURU MASIH DI SINI....................... BILA BERPANTUN NI TERINGAT PADA SEORANG RAKAN MAYA YANG TERKESAN DENGAN KOMEN IBU GURU DALAM BENTUK PANTUN DALAM ENTRI NYA. DIKESEMPATAN INI IBU MEMOHON MAAF DI ATAS KOMEN ITU ............DAN ITU ADALAH KOMEN PERIBADI YANG IBU RASAKAN BETUL MENGIKUT PANDANGAN IBU......................