Thursday 31 March 2011

MINGGU VOTEK


REKACIPTA
Definisi - Satu proses penghasilan atau pengubahsuaian sesuatu produk untuk memenuhi keperluan pengguna. Idea yang dihasilkan adalah unik dan mempunyai nilai komersial.

MINGGU VOTEK

Dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan salah satu aktiviti iaitu :

PERTANDINGAN REKACIPTA MASAKAN
Tajuk : Rekacipta Makanan Berasaskan Keledek
Tarikh: 30 Mac 2011
Masa : 12.30 - 2.00 ptg


Penyertaan secara kumpulan ( 2 orang ) Terbuka kepada semua pelajar sekolah kita jer..............
Berminat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sila hubungi Pn. SaHa



INILAH BEBERAPA HASILNYA
RESEPINYA DALAM EN3 AKAN DATANG













IBU GURU MASIH DI SINI ................... BERBAKAT JUGA BUDAK-BUDAK NI.......... RESEPI CIPTAAN MEREKA MEMPUNYAI NILAI KOMERSIAL................... BOLEH DIBUAT PENAMBAHBAIKKAN.............. KREATIF DAN INOVATIF

Tuesday 29 March 2011

AMIN.................

12 tengahari..............
Dari kantin bertembung dengan pelajar nak ke bengkel.

Amin: " cikgu saya nak balik ."
Cikgu : " Kenapa ? "
Amin : " Sakit perut cikgu ."
Cikgu : " Pergi jumpa guru kelas kamu atau PK HEM. "
Cikgu : " Dah pergi klinik "
Amin : " Dah cikgu, pagi tadi......... ini ubat misi bagi cikgu "
Cikgu : " Pergi la jumpa PK HEM ."
Amin : " Tak mau la...........pagi tadi dah jumpa PK 1, dia suruh sapu minyak cap kapak, pergi
toilet dan rehat . Tak boleh balik "

Dalam kelas .......................
P&P di teruskan ............ semasa pelajar mengambil nota macam-macam aduan didengar.

" Cikgu........ tak patut betul cikgu M denda saya dengan Khairrie ketok ketampi......... saya 120 x, Khairri 100x " cerita Iqhwan
"Mesti kamu buat salah ......... takkan saja2 cikgu M nak denda.........."
" Kami main-main pen ......... tiba-tiba spring pen tu terpelanting kena muka cikgu M." celah Khairrie.
" Salah kamu la tu. Kenapa tak cepat-cepat maaf ? " kata cikgu.
" Kami tak sengaja cikgu " balas Iqhwan.

Saya matikan cerita Iqhwan di situ ........... nanti nak tanya cikgu M cerita sebenar. Patut lah saya tengok muka Iqhwan merah padam baru lepas bergaduh. Khairrie tak nampak sangat sebab kulitnya gelap. Kelas ini adalah kelas yang hujung2 dah, banyak cikgu perempuan kalau nak masuk kelas ini bercinta dulu kata orang.......... tapi apa nak buat yang ramai cikgu perempuan.
Untuk subjek KHB semua pelajar lelaki dengan saya. Dan memang dengan saya mereka akan bercerita masalah disiplin mereka......... yang kena tangkap hisap rokok, curi makanan dikantin, kena rotan dengan guru disiplin ............ kadang2 kesian pun ada, lucu pun ada.......

Teringat Amin yang sakit perut tadi................

Cikgu : " Amin ........... dah makan ubat yang ambil kat klinik tadi. "
Amin : dia menggeleng kepala .. " misi kata kalau nak makan ubat kena makan dulu. "
Cikgu : " Kenapa tak makan di kantin tadi. "
Amin : lambat jer dia menjawab ............. " tak ada duit cikgu "
Cikgu : " Kenapa ayah tak bagi duit belanja ? "
Amin : " Saya tinggal dengan pak cik saya "
Cikgu : " Pakcik tak bagi duit ? "
Amin : " Anak dia pun ramai cikgu........... kadang2 kalau dia dapat udang lebih dia bagi la juga."
Cikgu : saya keluarkan 2 keping wang kertas seringgit ... " ambik duit ni, pergi makan kat kantin ........ lepas tu makan ubat. Makan roti dengan minuman panas jangan makan yang pedas2 ..........

Amin masih ditempatnya sambil menulis nota yang saya beri. Setelah di suruh berkali2 oleh kawan2 baru lah dia datang mengambil dan keluar ke kantin. Nak tengok reaksi kawan2 Amin.. "Entah2 saya bagi duit tu dia beli rokok." Ramai nak membela " cikgu Amin tak hisap rokok ."
Saya mencelah, " Kamu ? " Kami .............. sikit2 ada la ."...............


Setelah Amin masuk ke kelas, saya nampak Amin dia bawa masuk plastik yang berisi air suam.
Cikgu :" Kenapa tak beli milo panas makan dengan roti. "
Amin : " Saya dah beli roti cikgu........ air ni pun cukup "

Dengar suara sumbang di meja depan.......... Dia simpan duit cikgu bagi untuk besok tu ...... roti tu 60 sen jer........... Sambung balik menyoal siasat Amin.............

Cikgu : " Kenapa tak tinggal dengan ayah."
Amin : " Abah kawin lain. "
Cikgu : " Abah tak bagi duit langsung. " ................ Amin menggeleng kepala.
Cikgu : " Mak ? "
Amin : " Mak pun kawin lain ."



IBU GURU MASIH DI SINI .................... KESIAN AMIN........... SENANG-SENANG IBUBAPA MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB ............

Sunday 27 March 2011

KAMPUNG HABIS .............



....................NAK MASAK APA SAYUR NI..................

Pucuk mengkudu
Rasanya nak buat ulam jer......
sekarang ni musim buah bacang....
nak buat sambal

Kangkung Paya
( cari kat paya )
Nak cuba rojak kangkung buatan sendiri.................
entah-entah jadi kangkung belacan jer

Pucuk Paku Rawan
Mak bonda kata buat kerabu + taugeh + kerang
sedap hingga menjilat jari.
akan dicuba

Belimbing Buluh
Nak cuba resepi orang Pahang
Sambal Hitam


IBU GURU MASIH DI SINI ................ LEBATNYA BUAH BELIMBING KAT RUMAH MAK BONDA. ................. SEMUA SAYUR-SAYUR TU PETIK JER.......... JIMAT BELANJA...........
LAIN KALI NAK CUBA MEMANCING PULAK

Thursday 24 March 2011

COMEL & COMOT





MAI LAYAN COMEL & COMOT









COMEL NGAN COMOT NAK BALIK KAMPUNG





IBU GURU MASIH DI SINI................ MELAYAN COMEL DAN COMOT SEMENTARA MENUNGGU MY LALING PULANG............... KADANG-KADANG TERHIBUR JUGA.........

Monday 14 March 2011

NAMA SAMA ...... NGAJAR PUN SUBJEK SAMA

Petang tadi lebih kurang pukul 4.40 petang dapat satu call dari nombor yang tak dikenali.
Dah handphone di tangan terus jer jawab.
Si pemanggil tu memperkenalkan diri seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Dalam hati ............ dah .... kenapa pulak ni ?

" Ya apa encik ....... boleh saya bantu. " jawap saya dengan bersopan santun.
" Saya nak tanya tentang pentaksiran kerja kursus KHB seorang calon sekolah puan ."

Dalam hati .............. huh ! legaaaaaa

" Ya.. ya ada masalah apa encik."
" Puan adalah pentaksir kepada calon yang bernama ............. kan " balas en.JPN

Dalam hati ................ tak pernah dengar pun nama calon ini.

" Seingat saya tidak ada calon saya bernama............... sekolah lain kot.... apa nama sekolah tu "
" SMK dot. dot. dot. dot. dot. Perak "
" Ya ... itu memang sekolah saya, tapi pentaksirnya bukan saya."
" Puan pentaksir KHB pilihan 3 kan." tanya en. JPN

Dalam hati............... sah bukan aku ni, mana dia dapat no hp aku ni.

" Macamana encik boleh dapat nombor saya " tanya saya.
" Puan kan pentaksir kawasan , nombor puan memang ada pada Lembaga"

Dalam hati............. oooooooooo lembaga mesti ada link dengan JPN.

" Saya pentaksir KHB pilihan 4 Perdagangan dan Keusahawanan. Bukan saya encik itu Pn. Sa yang sorang lagi kebetulan nama kami sama "
" Boleh saya dapat no telefonnya ." balas en. JPN

Dalam hati............ baik aku jawap tak tahu.

" Saya tak tahu la encik. Encik boleh dapatkannya dari pihak sekolah. "

Dah selalu jadi macam ni ..............
Akibat daripada nama dan binti yang sama.
Dua-dua mengajar subjek yang sama.............
Dua-dua memakai kaca mata...........
Yang membezakan mungkin penampilan.............
Kalau ada pelawat yang datang nak berjumpa Pn. Sa............
Orang kat pejabat akan tanya Pn. Sa jubah ke Pn. Sa moden.
Dan kesilapan yang paling besar pernah terjadi adalah ....bahagian pinjaman perumahan telah memotong dua bulan pinjaman perumahan saya dari gaji sahabat saya yang bernama sama.



IBU GURU MASIH DI SINI................... RISAU KALAU DAPAT PANGGILAN DARI JPN ....
" PUAN DIKEHENDAKI MELAPOR DIRI DI SMK. DOT. DOT. DOT PADA TARIKH DOT. DOT " PETANG TADI CEMAS JUGA SEKETIKA DAPAT PANGGILAN DARI JPN. DENGAR KHABAR MANA-MANA GURU YANG TELAH LAMA BERKHIDMAT DI SATU2 SEKOLAH AKAN DITUKARKAN KE SEKOLAH BARU................... IBU GURU AKAN MENYAMBUT JUBLI PERAK TAHUN DEPAN....... BERKHIDMAT DI SEKOLAH YANG SAMA.

Tuesday 1 March 2011

ANAK ............ ANAK

Baru
sem 4................ 4 sem

lagi,
entah2 hilang semua rambut ayahanda yang hitam berkilat tu



Baru jer settle 2 saman dia......
Sabtu perbaharui road-tax & insurans kereta dia......
Baru balik dari bank bayar bayaran bulanan kereta dia......

Baru kira-kira nak lelap mata.......

Dapat SMS dari My Bujang
" ayah ibu jangan lupa bank in tau... lebih sikit nak beli buku "



IBU GURU MASIH DI SINI................ HAI ANAK ...... ANAK , BEZANYA KITA SEMASA MENJADI PELAJAR ........... APA PUN JANGAN BERKIRA DENGAN ANAK