Saturday, 17 April 2010

Justify Full
RUMAH TEPI SAWAH
Kampungku tanah tumpah nya darahku


Hari ni jadi bibik melayan kerenah dua orang anak menakan
Upin dan Ipin
Balik kampung cuti yang agak panjang
(3 hari ....Perak cuti hari keputeraan Sultan )

hp ibu berbunyi
" Ibu kita dah sampai, cepat la datang rumah tok"

Emak2 mereka tak balik ada yang kursus, ada yang exam
jadi anak-anak dan ayah jerlah.
Ambik dua orang ni yang minat nak jalan-jalan kat sawah padi.
Yang dah remaja tu, biasa la...... mengadap laptop


MARI KITA LAYAN AKSI UPIN DAN IPIN BALIK KAMPUNG


Rakan sebaya ..... dah tadika dah

" Mana sawah padi tok wan, ibu "
Ibu jadi sebak, tok wan tak sempat tengok cucu ini.
Dari 14 orang cucunya sekarang arwah tok wan hanya sempat
bermanja dengan tiga orang sahaja.
Kalaulah tok wan masih ada tentu tok wan gembira melihat
keletah mereka



Letih la ibu ...... duduk kejap


Seronoknya boleh main tu................


Esok kita mancing ........... boleh tak ibu


Ini kat rumah tok



Mesti nak tiru yang satu lagi


Saat yang paling bahagia jumpa dengan kazen-kazen.
Ini kereta pak cik mereka


Masing-masing nak beraksi depan kereta masing
Ini kereta ayah Upin


Kat kereta merah ibu pun jadi



Jangan lupa ibu............kereta ayah Ipin pulak


Ini lah bibik yang dok layan Upin dan Ipin.
Besok nak layan makan pulak.
Ada yang nak makan laksa, ayam percik, cucuq udang,
ikut aja lah.
Yang speselnya semua anak2 menakan panggil bibik ni ibu,
tak ada yang panggil mak ngah


IBU GURU MASIH DI SINI......................WALAUPUN ANAK SENDIRI TAK RAMAI, RAMAI YANG PANGGIL IBU, PADA MEREKALAH TEMPAT BERMANJA

17 comments:

  1. tenang dan damai je.. sronok tgk kerenah bebudak kan

    ReplyDelete
  2. salam ibu guru..memang dikampong paling seronok..dan
    bertambah seronok melayan upin dan ipin tu..

    ReplyDelete
  3. Tengak gaya berdiri lagu tu...acai kata memang ada tokoh nak jadi bibik...semua anak sedara aku pun panggil aku ibu....sebelah akulah...kalau sebelah acai panggil makteh.

    ReplyDelete
  4. salam IBU GURU

    Wah seronoknya ada upin dan ipin..kat kg pulak tu...

    Moga arwah tok damai dia sana..

    Sila ke blog mama dan blog teratak Husaini.Doakan dia.....

    ReplyDelete
  5. cantik nye pemandangan kampung ibu...kampung ibu di mana ye??ni kalau pagi2 mesti sejuk sgt kan??seronok kg tepi sawah ni...tambah plak bawak anak2 balik kg,mesti meriah...

    ReplyDelete
  6. salam maiyah
    memang seronok layan budak2 tu.......

    ReplyDelete
  7. salam kak erna
    bila budak2 tu balik sunyi la plak

    ReplyDelete
  8. salam linda
    hang tau dak sibujang aku mmg x bagi pakai tu cam tu, dia kata cam bibik @ cleaner. dia suruh pakai tudung bawal jer. sama lah kita sblah suami panggil mak lang tu yang x best. lain macam jer

    ReplyDelete
  9. salam mama ju
    dah jenguk dah blog wawan tu........
    sama2 lah kita berdoa moga wawan sentiasa dalam peliharaan Allah. sedih baca luahan hatinya.........

    ReplyDelete
  10. salam ustaz
    kat utara ustaz........... kalau keutara sila2 lah ke kg ibu

    ReplyDelete
  11. salam buat bibik...
    parit tu kalau menjala best tu....suka tengok pintu ayaq tu...
    apa nama tempat tu..?

    ReplyDelete
  12. salam pak long
    abih dah peksa...........Sungai Acheh da....msti ada kulaan tu

    ReplyDelete
  13. Salam Ibu garu,

    Damai jer nampai kehijauan di kampong tu yer.

    Semoga ibu guru berbahagia dengan anak manakan.

    ReplyDelete
  14. salam kak ani
    bermanja dgn anak menakan jer lah. anak sendiri.............. tunggu cucu

    ReplyDelete
  15. ibu guru,
    anak2 sedara dan anak2 jiran semua panggil saya mama...jadilah....kan?hehehe

    ReplyDelete
  16. Salam RS,
    ya ke..............anak2 jiran pun panggil mama. ok la tu.....

    ReplyDelete
  17. Salam ibu guru. Nak juga ayam percik.

    ReplyDelete