Semasa menunggu waktu balik di sekolah tadi, sempat juga belek-belek majalah Solusi. Terpandang artikel mengenai pokok semalu. Tak berapa tahu khasiat pokok ini, tapi pokok inilah yang selalu digunakan bapa mertua bagi penawar penyakit kulit seperti campak ataupun kayap dalam pengubatannya. Kisah Rasulullah bersama puteri kesayangannya Sayidatina Fatimah mengenai pokok semalu. Ketika melintasi sepohon pokok semalu, kaki Saydatina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya sakit dan berdarah lalu Fatimah bertanya kepada Rasulullah s.a.w , apa gunanya pokok seumpama ini tumbuh disitu ? Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Terdapat EMPAT aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut:
Sifat pokok semalu yang menguncup apabila disentuh. Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai malu yang bertempat.
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahan dirinya. Simboliknya wanita perlu tahu mempertahan diri dan maruahnya.
Akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keiamanan yang berakar umbi dalam jiwanya.
Semalu menguncup dengan sendirinya menjelang senja. Seolah-olah ciptaan Allah s.w.t ini mengingatkan kepada kaum wanita pulang dan duduklah dirumah ketika hari hampir gelap
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahan dirinya. Simboliknya wanita perlu tahu mempertahan diri dan maruahnya.
Akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keiamanan yang berakar umbi dalam jiwanya.
Semalu menguncup dengan sendirinya menjelang senja. Seolah-olah ciptaan Allah s.w.t ini mengingatkan kepada kaum wanita pulang dan duduklah dirumah ketika hari hampir gelap
Terdapat 99 bahagian tarikan pada diri wanita berbanding lelaki. Oleh itu Allah s.w.t kurniakan sifat malu kepada kaum wanita. Namun kita dapati, ramai remaja wanita sudah semakin hilang rasa malunya. Sebagai ibu bapa kita sepatutnya menjadi murabbi dan mualim kepada anak-anak kita supaya mempunyai sifat malu dari kecil lagi. Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya Allah s.w.t apabila hendak membinasakan sesorang, maka dicabutnya rasa malu orang itu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini.
IBU GURU MASIH DI SINI........................BANYAK MEMOHON KEPADA NYA TETAPI DALAM MASA YANG SAMA BANYAK PERINTAHNYA SELALU DIABAIKAN.............. ALANGKAH MALUNYA
nama sains bagi semalu ialah mimosa pudica.
ReplyDeleteselalu guna falsafah semalu ini dalam penulisan IM sahulu.
BIjak rasulullah, sehingga umpamakan semalu dengan wanita.. tu lah msalah nye sifat malu yang berkurangan.. demi mengecapi kehebatan duniawi...
ReplyDeletemalu....tapi mauu
ReplyDeletejangan mau tanpa malu.
salam buat ibu...
ReplyDeletebanyak pokok semalu depan umah...
masa zaman kanak2 mmg suka main dgn pokok semalu ni...durinya mmg tajam. anak2 zaman skrg mungkin x tahu pokok ni almaklumlah tinggal di kaw perumahan.
ReplyDeletetq..tentang info pokok semalu.
ibu guru..terima kasih..dengan n3 ni..akak rasa syukor..dah berumor macam ni pun masih lagi ada rasa malu..dulu2 lagi terok..terkenal dikalangan kawan2 pemalu ya amat..
ReplyDeletesalam IM
ReplyDeletebtoi2........... Mimosa pudica positif terhadap ransangan apa ?
soalan UPSR
Salam ezad
ReplyDeleterasulullah idola kita........
salam cikgu humairi
ReplyDeletemalu tapi mahu
mahu tapi malu............kadang2 konpius
salam pak long
ReplyDeleteamboi renovate rumah baru yer.....
salam zue
ReplyDeletetak pe zue......... kat padang sekolah selalu ada...... tanya cikgu
salam kak erna
ReplyDeletealhamdulilah...... tidak ditarik sifat malu dari kita...... org negori pun cakap ya amat.......... ingat ke org utara jer
salam ibu Guru
ReplyDeletesemalu ni memang mudah didapati di mana-mana kan ..
alangkah indahnya andai anak2 gadis dan wanita menghayati konsep semalu ini.
p/s:pertama kali masuk ke sini melalui salah satu blog saya.
salam kak long qaseh
ReplyDeletetq kak long kerana sudi singgah ke blog ibu............. kalau sudi singgah2 lah selalu