Thursday, 17 February 2011

CIKGU !......... CIKGU SAYANG TAK ?

Entah apa kenanya si Zul ni...........
Tiap kali melintasi mejanya sambil memerhatikan mereka membuat latihan........
Pasti dia akan bertanya " cik gu ! cikgu sayang saya tak ?"
Sengaja saya buat tak dengar jer.
Kalau dilayan boleh tak jadi kerja budak-budak ni.
Bila dia ke meja saya di hadapan, sambil saya menyemak kerja,
dia bertanya lagi " cikgu ! cikgu sayang saya tak ?"
Dengar suara2 sumbang di belakang, " dia tanya lagi, jawab jer cikgu, nanti dia tak tanya dah"
" Perlu ke saya jawab ?"
" Perlu cikgu " kata pelajar2 lain.
" Perlu cikgu, untuk jadi pelajar yang cemerlang ......... cikgu dan saya mesti sayang menyayang." kata Zul.
" Kan cikgu selalu cakap, cikgu sayang semua pelajar cikgu " kata saya
Tambahnya lagi " Sabri ? ".
" Sayang ." jawab saya sambil menanda latihannya
" Din ? "
" Sayang "
" Apa pun cikgu mesti sayang saya lebih dari yang lain2 "
" Kenapa pulak "
" Kan saya kata tadi .......... untuk menjadi pelajar yang cemerlang. "
" Tak payah layan cikgu budak sewel tu . "



IBU GURU MASIH DI SINI........................ HAI BUDAK2 SEKARANG SEMAKIN BERANI...... NAK DI MARAH PUN TAK BERSEBAB........... KERJA2 SEMUA BERES TAK ADA MASALAH. MAKLUMLAH INI KELAS YANG PERTAMA DAN HARAPAN SEMUA.

6 comments:

  1. assalamualaikum

    hehe jawab salah tak jawab pun salah ye cikgu... =)

    ReplyDelete
  2. salam manje.......... tu la nak bermanja...... gaya2 nak jadi romeo pun ada

    ReplyDelete
  3. salam buat ibu...
    soklan cepu gangsa tu ibu...bagi jawapan dalam bahasa isyarat..hehehehe

    ReplyDelete
  4. salam pak long .......... nanti rombongan PPD mai plak....... silap2 kna tukaq selinsing

    ReplyDelete
  5. huh, IM pun letih dengar soalan bertalu-talu tu..

    ReplyDelete
  6. AS SALAM IM.......... jawab jer kalau jawapan itu dapat membahagiakan orang yang bertanya

    ReplyDelete