Keindahan alam ini memberikan
ketenangan dan kegembiraan. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kehijauan hutan
membawa ketenangan, warna-warni sang bunga membangkitkan rasa riang di hati,
aliran air yang lemah gemalai mengasyikkan jiwa gelora dan sinar cahaya sang
mentari membakar semangat untuk memulakan hari. Alam serta isinya yang indah
ini merupakan satu anugerah kepada manusia.
Lumrah manusia, apabila menerima sesuatu anugerah, maka pasti kita mahu
menjaganya sebaik mungkin. Bunga tidak
pernah lelah untuk membuat semua orang tersenyum , bunga tidak pernah malu
untuk menampakkan kepercayaan dirinya , bunga mempunyai hidup yang begitu
berwarna, bunga dimuliakan oleh semua insan, bunga adalah simbol cinta, bunga
adalah kebahagian, bunga adalah kekuatan, bunga adalah ketenangan, bunga
membawa kedamaian . Bunga memberikan hati yang lemah kembali bertenaga.
IBU GURU MSIH DI SINI ......... LEGA DAH SIAP