Sunday, 10 January 2010

ANAK BUAH IBU GURU.............. HARITH


Harith ketika berusia 8 tahun sekarang dah 13 tahun

11.01.2010 anak buah ibu Harith yang dapat 5A nak daftar ke sekolah asrama penuh. Nak sekolah jauh2 tak nak sekolah dekat dengan rumah. Beza dengan anak ibu guru yang tak nak tinggal di asrama.
Lepas SPM barulah keluar dari rumah dan tinggal di asrama. Nak sangat dia ke sekolah tu, apa lagi ayahnya sering menceritakan pengalamannya di SBP dulu.
Mak ayahnya kalau boleh nak sekolah dekat rumah ja. Bila dapat surat tawaran , happynya dia. Arini semua beg dah siap, kasut, baldi dll tersusun di sudut rumah. Tapi .... ayahnya masih di UUM ada kuliah hingga 11.00 malam, pagi besok baru balik. Ayahnya pun satu tak habis2 study master tu lah master ni lah. Dengan kerja ofis lagi. Kalau ibu guru tak sanggup. Harap2 nanti Harith akan mengikut jejak ayahnya yang tak jemu2 mencari ilmu. Cita-cita bila ditanya nak jadi PTD macam ayah. Untuk Harith belajar rajin2 nanti kalau ibu kelapangan ibu akan melawat Harith. Kalau ada apa2 masalah telefon pak lang.
Ibu tahu Harith seorang boleh berdikari. Jangan sedih nanti akan dapat ramai kawan dari lain2 negeri. Dua generasi di sekolah yang sama, anak dan ayah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR)



IBU GURU MASIH DI SINI....................... MENDOAKAN SEMOGA HARITH BERJAYA DALAM MENGEJAR ILMU SEPERTI ADIK IBU GURU ........................ AYAH HARITH

3 comments:

Mybabah said...

Semoga Ibu dan anak tabah menghadapi perpisahan yang sementara ini...

maiyah said...

moga harith akan berjaya dlm mngejar impiannya

Insan Marhaen said...

STAR.... tempat aku lalu lalang sekitar 70an dulu...