Thursday 24 December 2009

AKHIRNYA SIAP JUGA........................


akhirnya siap juga



ini adalah aktiviti ibu guru bersama pelajar selepas PMR



sepanjang cuti sekolah ini ja lah yang dapat disiapkan




beberapa contoh yang ibu guru tunjukkan
kepada anak didik ibu guru
.......setelah tergendala selama sebulan barulah dapat
dilihat hasilnya ....



IBU GURU MASIH DI SINI......................... ADAKAH MASIH BERPELUANG LAGI MENJALANKAN AKTIVITI INI SELEPAS PMR TAHUN 2010

DAH KELUAR RESULT PMR

Tahniah pada anak-anak didik ibu guru.

Semuanya.........

*Yang 9A, yang 8A, yang 7A, yang 6A, yang 5A,yang 4A, yang 3A, yang 2A, yang 1A*

Dan yang lulus BCD

Tahniah pada Zulfadli

Semua guru-guru kagum dengan kamu

Dapat membuktikan kegigihan kamu

Dari kelas 3R4


Fatin......... oh ..................Fatin

9A memang hak kamu

Berkat usaha gigih kamu

Fathiyah jangan sedih Bahasa Melayu B

Buktikan 2011 nanti SPM menanti

Tahniah 3R1 semua A subjek ibu guru




IBU GURU MASIH DI SINI............................. AKAN TERUS BERUSAHA TANPA JEMU

Tuesday 22 December 2009

MEE KUAH KETAM SATU MALAYSIA

MEE KUAH KETAM

Gerainya bawah pokok ja.

Pelanggan-pelanggannya berbagai bangsa dan keturunan.

Di hujung-hujung minggu kakitangannya mencecah hingga 20 0rang.

Servisnya tip-top......................cepat

Sedap ........................ memenuhi citarasa ibu guru & family

Dah lama jadi pelanggan Hj Mohamad ni.

" Dik ..... mee kuah dua, mee goreng satu, pasembor satu " minum ? " Air kelapa tiga. "

Order En. suami.

Menjadi pelanggan Hj Mohamad dari harga RM1.80 sepinggan.

Sekarang RM3.00.

Tapi tak apa asalkan puas hati.

Itu lah Mee Kuah Ketam Tok Kun.


IBU GURU MASIH DI SINI..................... MENJADI PELANGGAN MEE KUAH KETAM SETIAP HUJUNG MINGGU

PESANAN LUQMANUL HAKIM ( 1 )

Buat Tatapan Dan Renungan

Anak-anak ibu & Anak-anak didik ibu guru


( 1 )

Hai anak, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan dalam,
banyak manusia yang karam,
layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA,
ISINYA ialah IMAN dan layarnya ialah TAWAKKALkepada ALLAH


( 2 )

Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH.
Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,
dia akan sentiasa menerima kemuliaan ALLAH juga


( 3 )
Hai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat
dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaddu' kepada ALLAH,
dia akan lebih dekat dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH


( 4 )

Hai anakku, seandainya IBUBAPAMU marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukan mu,
maka marahnya IBUBAPAMU adalah bagaikan baja bagi tanam tanamam


( 5 )

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu
boleh menjadikan dirimu hina diwaktu siang
dan
gelisah pada waktu malam



IBU GURU MASIH DI SINI................................AKAN SENTIASA SEPERTI BULAN BERKONGSI CAHAYA MENERANGI ORANG LAIN








Sunday 20 December 2009

ANAK DIDIK KU .... NORMAN

Salam Untuk Semua. Tadi ibu guru sempat menghadiri dua majlis walimatul urus saudara sebelah En. suami ibu guru. Rupa-rupanya kedua pengantin perempuan adalah bekas anak didik ibu guru. Dirumah yang pertama ibu guru dan En. suami makan nasi putih berlaukkan kari ikan bawal berserta sambal belacan dan ulam-ulaman. OK. Sedap juga. Di rumah yang kedua dah kekenyangan jadi hanya menjamah kuih-kuih dan bubur kacang. Ramai juga anak-anak didik dan bekas anak-anak didik yang ibu jumpa. Ada yang menegur, ada yang menyapa, ada yang bersalaman dan ada yang malu-malu.

" cik gu"

" cik gu dah makan"

" kenapa cik gu tak makan"

" cik gu mengajar kat mana sekarang "

" cik gu ingat saya tak "

Itulah soalan-soalan yang kedengaran dikedua-dua majlis yang ibu guru hadiri. Dalam ramai-ramai tu ada seorang yang datang jumpa ibu guru. Masih ingat wajah dan nama sekali. Norman

" Tak kan cikgu tak ingat saya, yang paling lemah math. masa cik gu mengajar dulu."

"Ingat...... mana boleh cik gu lupa. Norman. " sambil ibu guru tersenyum

"Betu ! Betul ! " kata Norman

Ibu guru tersenyum, Norman ketawa. Memang dia yang paling lemah dalam subjek Matematik diantara 35 orang dalam kelas.

" Kamu buat apa sekarang "

" Dah kerja cik gu kat kilang Proton ."

" Dulu belajar kat mana "

" Lama saya belajar cikgu, tak macam orang lain. Saya buat sijil dan diploma kejuruteraan mekanikal di Politeknik Engku Omar empat tahun cik gu. Lepas tu sambung buat degree kat UiTM. Lapan tahun baru dapat degree. Orang lain lima tahun ja."

" Dah dapat degree lah ni. Tahniah! Taniah! "

" Dulu saya lemah sangat matematik, selalu kena marah dengan cik gu. "

Di dalam kelas dulu memang saya banyak beri tumpuan pada Norman. Bila ujian, markahnya cukup-cukup makan ja. Manalah saya tak risau. Sedang rancak berbual dengan Norman, En. suami ibu guru bagi isyarat........ Nak ajak balik la tu.

" Cik gu balik dulu. Minta maaf jika ada terkasar masa cik gu mengajar dulu."

" Nasib baik cik gu mengajar dulu, kalau tidak saya dok tak faham situ lah"

Apa pun ibu guru bangga dengan semangat ingin maju yang ada pada Norman. Nanti ibu guru akan suntik semangat Norman kepada anak-anak didik ibu guru yang sentiasa silih berganti setiap tahun.

IBU GURU MASIH DI SINI.....................................TERINGATKAN KAWAN IBU GURU, GURU BAHASA INGGERIS DENGAR NAMA NORMAN PUN BOLEH MENAIKKAN KEMARAHANNYA

Thursday 17 December 2009

SATU HARI 16 DISEMBER 2009


16 Disember hari terakhir peperiksaan SPM. Ibu guru bertugas disebelah petang kertas Sains Pertanian 2. Tak ramai calon 45 orang je. Nampaknya senangla kerja ibu guru. Masa nak check suhu sorang pun tak nak. " Kami tak demam cik gu. ". Begitu juga masa nak edar penutup hidung dan mulut . " Dah banyak kat rumah kami cik gu, lagi pun H1N1 kan dah tak ada, membazir ja cik gu. " Seorang pelajar lelaki menyampuk " Kalau macam ni kira makbul doa kita cik gu kan, wabak tu dah lari dah."
" Kan selalu cik gu kata selain dari usaha doa amat penting bagi kita sebagai orang Islam."
" Cik gu doa ya, mudah-mudah kami berjaya."

" Cik gu setiap kali lepas solat mesti mendoakan setiap dari kamu akan berjaya dan lulus dengan cemerlang."

Setelah ibu guru pasti semua calon telah ada, seorang pelajar mengetuai bacaan doa seterusnya masuk ke dalam dewan peperiksaan. Ibu terus ke pejabat sementara menunggu kertas tamat. Berbual-bual dengan staff pejabat sambil mereka menyiapkan kerja mereka. Ada juga ibu guru bertanyakan pengetua baru yang akan menggantikan pengetua yang bersara bulan lepas, kata mereka belum tahu siapa yang akan datang. Ibu guru tak kisah siapa yang akan datang. Ibu guru tetap seorang guru dan pendidik. Jam 3.30 petang ada calon yang mula keluar dewan dan berkumpul sambil berbual-bual. Sekali sekala bising juga, ini mungkin mengganggu yang masih di dalam dewan. Ibu guru menghampiri kumpulan itu takut juga ada yang buat hal macam hari akhir PMR dua bulan lepas. " Ada sesiapa yang bawa mercun."

" Mana ada cik gu, tu budak PMR kami tahun depan nak masuk U dah tak kan nak buat cam tu"

" Tahu tak pa" . Teringat anak ibu guru , budak U raya tahun lepas semua satu bilik 4 orang kena denda RM50 seorang main mercun dalam asrama.

"Kenapa tak balik lagi."

"Cik gu ari ni last kami kat sekolah, bagi la lepak-lepak dulu. Tahun depan kami tak sekolah dah"

"Kenapa pulak tak mau naik tingkatan 6 ke"

"Daripada kami naik tingkatan 6 baik masuk politenik cikgu buang masa ja 2 tahun, tambah setahun lagi dapat diploma"

Celah pelajar yang agak cemerlang "Baik kami masuk matrik, setahun ja lepas tu dapat masuk U"

"Tahniah kamu tahu hala tuju, mana kamu nak pergi lepas ni. Dapat tawaran mana-mana nanti bagi tahu cik gu. "

" Nanti pukul 5 kami balik"

"Cik gu balik dulu, ada hal sikit"

Menuju ke kereta ada berapa orang pelajar perempuan nak bersalaman dan bergambar. Ibu guru menurut ja. Tiba-tiba pelajar lelaki tadi datang juga nak bergambar. Semasa keluar nak dari kawasan sekolah sempat juga ibu guru beritahu pengawal keselamatan, tolong tengok-tengokan pelajar-pelajar lelaki yang masih ada dalam kawasan sekolah. Dalam fikiran ibu guru, ada beberapa perkara yang belum dibereskan hari ini. Apa khabar suami di rumah? Kesian..... semalam perutnya meragam, entah berapa kali masuk tandas dan muntah sampai keletihan. Paginya ibu bawa ke hospital, nak menunggunya...... mak ooi punya lama, hampir 2 jam. Rasa macam nak ke klinik. Dapat MC dua hari. Selepas menghantar suami balik ke rumah, ibu guru terus ke rumah sepupu menziarahi jenazah suaminya meninggal semalam. Semasa sampai jenazah sedang di kafankan. Ibu guru keluar bersama-sama jenazah, tak sempat jumpa sepupu .... kak Ani. Terus ke sekolah. Dalam dok mengelamun tu sampai rumah kak Ani, baru lah jumpa dengannya dan dapat sembang panjang.... Sedih kak Ani dapat ibu rasakan tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


IBU GURU MASIH SINI................... DI RUMAH KAK ANI, TERINGATKAN SUAMI DI RUMAH TERUS MINTA DIRI UNTUK PULANG.

Monday 14 December 2009

TAHNIAH...... TERUSKAN KECEMERLANGAN


Kerja rumah semua dah selesai. Dah lama rasanya kereta merah ibu guru tu tak bergerak. Semasa anak ibu guru bercuti, dia menjadi pemandu setia ibu guru. Kemana saja nak dituju cakap saja pasti sampai. Kini dia dah balik ke asrama, nampaknya kena pandu sendiri.
Tergerak hati nak ke rumah mak ibu guru yang terletak lebih kurang 7km dari rumah iu guru. Hidupkan kereta terus keluar dari kawasan perumahan ibu guru. Ikut lorong tepi, melepasi dua lampu isyarat. Lepas lampu isyarat ketiga, " Alamak ada polis ". Seorang pegawai polis mengangkat bendera mengarah ibu guru ketepi. Ibu guru turunkan cermin tingkap kereta. Katanya " Mintak lesen puan. Tadi lampu merahkan. Puan kena berhenti tadi, walaupun puan dilorong tepi. Akan mengganggu orang yang akan buat u-turn," Ibu guru keluar dari kereta dan pegawai polis menulis sesuatu. Kena saman la tu. " Bayar ajalah, memang salah pun." kata hati ibu guru. " Encik ni dari IPD Jawi ke." Tanya ibu guru supaya senang nak bayar saman tu nanti. Terus saja kesana.
Tiba-tiba pegawai polis tu berhenti menulis. " Kenapa, ada kenalan ke ? Jawab ibu " Tak ada, kat IPK Penang ada lah, kat sana boleh bayar tak saman tu ?" Kata pegawai polis tu lagi " Kenapa tak cakap, berat sangat mulut tu kenapa." Disebabkan pegawai polis dah tulis pun saman tu, jadi kenalah juga. " OK, saya tulis kesalahan puan, tidak pakai tali pinggang. RM 40 saja dendanya. Kalau langgar lampu merah maksimum RM300." Kata pegawai polis tu. Selepas mengucapkan terima kasih, ibu guru terus masuk ke dalam kereta. Terus hubungi suami ibu guru " Bang.... kena saman la." Dengar melalui h/p, suami ibu ketawa " Hah... tu buat salah apa pulak tu ?" Jawab ibu guru " Langgar lampu merah" . Dengan rasa tak bersimpati langsung , suami ibu guru berkata " Bayar je lah, dah memang buat salah." sebenarnya ibu guru dah tahu jawapan yang bakal ibu dengar dari suami ibu guru. Dan tahu prinsipnya pegangannya.


IBU GURU MASIH DI SINI...............MENGHARAPKAN SUAMI IBU GURU SENTIASA AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGASNYA UNTUK AGAMA, NEGARA DAN BANGSA

Sunday 13 December 2009

LUAHAN RASA..........RENUNG-RENUNGKAN

Luahan rasa ini ibu guru petik dari MINGGUAN MALAYSIA hari ini. Bagi yang tidak melanggani Mingguan Malaysia, sila amati dan renung-renungkan ...


Maafkan Natrah, Ina dan Aida


Pada 14 tahun yang lalu, saya dalah penuntut IPTA di selatan tanah air. Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa keke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aidaselalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah. Akhirnya saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar. Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana taku di ejek pekerja dobi. Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih. Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauh diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak saya tinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya satu ketentuan. Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengan nya. Saya akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya," Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. " Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. " Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan,selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," katanya.
Ya Allah, inikah balasan Mu terhadapku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maaf kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan atau pemulauan daripada orang di keliling. MAAFKAN NATRAH (NED).

NATRAH BT. NAJMAN
Menara Jati, Kuala Lumpur


IBU GURU MASIH DI SINI...................... MEMIKIRKAN KERDILNYA IBU GURU ..........

Saturday 12 December 2009






Balik dari majlis walimatulurus anak kawan ibu guru, singgah kedai fotostat nak buat beberapa salinan resepi Puding Yani yang diminta oleh kawan2 ibu guru. Kami namakan puding Yani sebab Yani pelajar 3R3 yang bawakan puding tu semasa jamuan akhir ting 3 sebelum cuti sekolah. Sambil menunggu, ibu guru terpandang satu artikel yang telah siap di kaunter bayaran. Melihat ibu guru semacam berminat dengan artikel itu pemiliknya berkata ." Kalau kak berminat ambillah satu." Yang beri pada ibu guru lebih kurang sebaya dengan anak ibu guru jadi tak selesa dengan panggilan kak. Ibu guru pun jawab " memang mak cik ingat nak minta satu kat anak tadi, boleh mak cik perbanyakan untuk ahli keluarga mak cik dan kawan-kawan. Anak ibu guru terdengar perbualan ibu guru tadi. " Buat apa nak fotostat bu, masukkan saja dalam blog ibu." Baik juga cadangan anak ibu guru, lebih ramai yang boleh hayati.



TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Ada pun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adala benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhirnya hayat baginda.

Imam Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut sendirian. Beliau menyiapkan diri dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafan bahagian mukanya.


Adapun tanda-tanda terbahagi kepada beberapa keadaan:

100 HARI TANDA SEBELUM MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya hanya di sedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami geteran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru si sembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaat masa yang untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan di bawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan akan gugur dari pokok yang letaknya arash AllahSWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan bermula mengikut kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akanmemperlihat wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang yang akan dicabut.


TANDA 7 HARI SEBELUM MATI

Adapun tanda ini hanya akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI SEBELUM MATI

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan orang yang akan memandikan kita nanti
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidupnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya beransur-ansur masuk kedalam. Tapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar di tegakkan.


TANDA 1 HARI SEBELUM MATI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu asar keesokan harinya.



TANDA AKHIR SEBELUM MATI

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan Kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita di beri hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk keredhaan Allah SWT samada di dunia maupun akhirat.


IBU GURU MASIH DI SINI....BERDOA SEMOGA DIBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH DALAM MENGHARUNGI HIDUP SEBELUM DIJEMPUT PERGI............

Thursday 10 December 2009

ANDA INGIN LEBIH CANTIK DAN MENARIK ?


  1. Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda, nescaya anda lebih manis.
  2. Gunakan pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang dibuat dari salun keimanan
  3. Pakailah sabun istigfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan
  4. Rawatlah rambut anda dengan selendang Islami yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahaya
  5. Hiasilah kedua tangan dengan gelang Tawadhu dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah
  6. Sebaik-baiknya kalung anda dengan kalung kesucian
  7. Bedakilah wajah anda dengan air Wudhu nescaya akan bercahaya di akhirat

Tuesday 8 December 2009

DAUN BUNGA RAYA HILANGKAN PANAS BADAN


Seelok-eloknya tanamlah tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat di kawasan rumah anda. Selain tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan, anda masih boleh mananam pokok bunga seperti pokok bunga raya. Daun pokok bunga raya berguna pada waktu kecemasan jika anda dan anak anda tiba-tiba demam panas di malam hari. Petik beberapa helai daun bunga raya dan ramas dalam air hingga hancur. Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biarkan kering sendiri dan ulang lagi hingga panasnya reda.

SAMBIL MEMANGKAS POKOK BUNGA RAYA... IBU GURU MASIH DISINI...MEMIKIRKAN PETUA MENGHILANGKAN BATUK YANG DIBERI OLEH MAK CIK KANTIN SEKOLAH IBU GURU... LOGIK KE.... KICAP..... AIR LIMAU KASTURI...

Monday 7 December 2009

AIR TANGAN IBU GURU........................




Hari ini Ahad 6 Disember, hari terakhir anak ibu guru menghabiskan cuti semesternya. Esok dia pulang ke asrama. Hari ini ibu guru ambil kesempatan yang ada untuk menyediakan makanan tengahari untuk keluarga ibu guru. Rasanya dah seminggu dapur ibu guru tak berasap. Hari raya korban dan jemputan majlis walimatul urus banyak diterima sepanjang cuti persekolahan. Semalam hanya dua jemputan yang dapat ibu guru hadir iaitu rumah kak Ani kawan di sekolah dan rumah sepupu suami ibu guru di Changkat Jering Taiping. Hari ini tak pergi mana-mana walaupun ada jemputan. Ibu guru cuba masak makanan kegemaran keluarga. Gembira ibu guru tengok, berselera mereka makan.


IBU GURU MASIH DI SINI.............. MENUNGGU ANAK IBU GURU PULANG PADA CUTI SEMESTER AKAN DATANG..........

Friday 4 December 2009

HARI BAHAGIA FENDI..


Fendi adalah sepupu ibu guru disebelah bapa ibu guru. Kedua-dua ibubapanya iaitu bapa dan ibu saudara telah lama meninggal dunia. Pada 17hb Oktober 2009 adalah hari bahagianya. Majlis perkahwinan diadakan di rumah pak ngah Husin. Walaupun dia mempunyai beberapa orang abang dan kakak yang berlainan ibu, menawarkan untuk mengadakan majlis di rumah mereka tapi Fendi lebih suka diada di kampung. Disitu dia dilahir dan dibesarkan bersama kedua ibubapanya dan teman-teman sepermainan yang terdiri daripada sepupu dan jiran-jiran. Mungkin dia rasa kedua arwah ibubapanya meraikan bersama. Ramai yang membantu dari segi kewangan dan tenaga menyediakan juadah dan lain-lain keperluan. Begitu meriah, ramai saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan yang hadir. Ibu guru dan sepupu-sepupu yang lain turut hadir beberapa hari sebelum majlis berlangsung menyediakan apa-apa yang perlu seperti kueh muih dan bunga telur.

IBU GURU MASIH DI SINI SEHARIAN.............. TERKENANG ALLAHYARHAM TUAN HAJI HASSAN BIN MAT NOOR ..... YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH 15 TAHUN YANG LALU. AL FATIHAH..............

Thursday 3 December 2009

DARI MUSIM DUREAN HINGGA MUSIM RAMBUTAN


Musim rambutan

Deruan air yang menenangkan


Ciptaan yang maha kuasa

Sedap dan menyelerakan.................... Dus


Pulun jangan tak pulun.......bahaya tu

Selesai urusan dengan bank, ibu guru dan keluarga terus pulang. Dalam perjalanan pulang teringat kepada buah durian di dusun yang dua hari tidak di pungut. Kami terus menghala ke dusun yang terletak di Sungai Buaya. Sesampai saja ibu guru, anak dan suami terus mencari dan mengumpul buah-buah yang gugur. Sempat juga kami makan buah durian di tepi sungai sambil berbual-bual dan menikmati permandangan yang indah dan nyaman. Tidak rugi berbudi dengan tanah.

IBU GURU MASIH DISINI................. SEHINGGA LEWAT PETANG

Wednesday 2 December 2009

BUAH HATI KU


Jam menunjukkan pukul 1.26 pagi. Tapi masih tidak dapat melelapkan mata. Selagi dia belum pulang. Apabila cuti semester anak ibu guru, ibu guru akan terasa risau memikirkannya. Lepak-lepak sambil menonton bola dekat restoran mamak bersama rakan-rakan yang sama-sama bercuti semester. Nasib baik cutinya hanya tiga minggu sahaja..................... Bila balik ke kampus bermulalah hari baru baginya dan rakan.....................


IBU GURU MASIH DI SINI........................MEMIKIRKAN BUAH HATI IBU GURU ...............MUHAMMAD FIRDAUS

MASA YANG TERLUANG


Telefon berbunyi........... telefon berbunyi. Tertera nama Kak Teh. Ibu guru tahu apa tujuannya..... baju dah siap ka belum ? Kak Teh nak ke Johor Jumaat ni(bakal menantunya orang Johor). Dah...dah siap dah. Besok Kak Teh boleh ambik. Itulah hobi ibu guru dari dahulu hingga sekarang sambil menjana pendapatan. Bila dah lenguh pinggang ibu akan berhenti menjahit dan berhenti di sini.

BAJU KAK TEH BELUM SIAP.........................................TAPI IBU GURU MASIH DI SINI

BERITA PERTUKARAN PN. SANTA


Kawan................. sahabat......................... dan rakan sejawat . Berita pertukaran Pn. Santa tidaklah begitu mengejutkan ibu guru kerana beliau ada memberitahu ibu guru semasa mengisi borang pertukaran. Beliau datang ke bengkel KHB memberitahu ibu guru sendiri kerana tidak mahu berita itu ibu guru tahu dari orang lain tapi dari mulutnya sendiri. Tetapi ibu guru berasa sedih kerana beliau telah 13 tahun bersama ibu guru mencurah bakti dan mendidik anak-anak didik yang terdiri daripada anak-anak nelayan dan petani yang dahagakan ilmu.

Guru matapelajaran Fizik ini tidak pernah jemu-jemu mengajar dan mendidik untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Hari ini 1hb. Dis 2009 bermulalah langkah untuk terus berjuang mendidik anak-anak didik di tempat baru SMK. Mutiara Impian. Semoga Pn Santa dan keluarga bahagia dalam menjalani kehidupan ini. Jasa dan bakti yang dicurah kepada warga SMKRLNR tidak akan di lupakan. Ibu guru berharap Pn. Santa akan sentiasa menjadi guru cemerlang walaupun dimana ditempatkan.

IBU GURU MASIH DI SINI...................... 22 TAHUN TELAH BERLALU.................................

Tuesday 1 December 2009

PERSARAAN PENGETUA


Tuan Pengetua, isteri dan cucu-cucu


Pelukan terakhir..................


Pentas utama ......hasil ilham guru-guru

Majlis meraikan persaraan pengetua sekolah ibu guru diadakan secara sederhana. 5 tahun memimpin kami dalam menjana arus pendidikan memberi kesan amat mendalamdalam hati setiap pendidikan, staf dan juga pelajar di SMKRLNR.

Semoga tuan haji diberkati, sihat sejahtera disamping isteri, anak-anak, dan cucu-cucu yang di kasihi. Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Zaini bin Abdullah atas segala jasa yang di taburkan. Semoga Allah SWT membalas jasa dan kebaikan tuan. Selamat melancong dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

SELAGI KHIDMAT DIPERLUKAN............ IBU GURU MASIH DI SINI .........MENUNGGU HARI PERSARAAN

MENJELANG HARI-HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2009


Hari yang paling dinanti oleh semua warga sekolah termasuk pelajar serta guru-guru. Bagi anak-anak didik yang menduduki PMR tentu sekali berdebar menanti keputusannya nanti. Bagi yang bakal menempuh SPM selamat menjawab dengan tenang dan semoga kejayaan mengiringi dengan berkat dan limpah rahmat Allah.

IBU GURU MASIH DI SINI....................... MENDOAKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK DIDIK


SALAM MADAH PEMBUKA BICARA

Salam sejahtera, Assalamualaikum, Salam Perkenalan...