Tuesday 22 February 2011

BILA HATI BERKECAMUK ............... RESAH



Masa tu zaman kanak-kanak.
Balik saja dari sekolah pergi mengaji quran kat rumah tok guru.
Tok guru adalah tok sendiri emak mak bonda.
Time tu tak ada tuition......... tak ada aktiviti ko-ko ........... tak ada kelas KAFA.
Tapi Penilaian darjah lima 5A jugak.
Mengaji quran 2x sehari.
Kalau hari sekolah lepas sekolah dan malam selepas maghrib..........
Kalau cuti pagi dan petang.
Masa tu tak faham pun...........
Tiap-tiap hari sebelum to ajar ngaji ...................

Tok mesti cakap " Baca surah Yasin, lepas tu sambung baca surah Al-Waqiah. "

Sebelum balik baca surah Taba (Al -Mulk) dan surah Al Rahman.
Kami baca sampai lancar ........... kalau salah tajwid tok kan tegur dari bawah rumah.
Arwah ayah pun selalu kata " Tak payah bangun dari sejadah tunggu isyak .......baca yasin "
Jawap mesti jawab " Dah lancar baca yasin. "
Kata ayah " Kalau dah lancar yasin baca surah al waqiah ."

Enam tahun lepas masa arwah sedang sakit.............
Kalau ada cucu-cucunya datang, mesti dia minta bacakan surah -surah yang empat itu.........
Apabila meningkat dewasa baru faham kenapa tok suruh kami semua lancarkan bacaan surah-surah itu...........kerana banyak keistimewaan pada surah-surah itu..........


IBU GURU MASIH DI SINI.........KU JADI KAN SURAH INI SEBAGAI ZIKIR UNTUK MELAPANGKAN BILA HATI RESAH DAN BERKECAMUK..... MUDAH-MUDAHAN DAPAT MENGHINDARI GANGGUAN IBLIS DAN SYAITAN DAN KERESAHAN DI HATI DAPAT DIKURANGKAN.

Saturday 19 February 2011

VAN MILO MAI ...........





Teringat waktu sukan sekolah pada tahun-tahun awal 70an dan 80an.
Inilah lagu yang dimainkan waktu kawad kaki rumah-rumah sukan.
Habis saja kawad kaki, semua serbu van MILO dan sempat ambil 2 cawan tapi kena pandai buat muka innocent.
Yang hairannya sampai sekarang milo yg dibancuh oleh Nestle di van tu lagi sedap dari sendiri bikin...

IBU GURU MASIH DI SINI................. DI ZAMAN SEKOLAH SAMPAI KE KOLEJ MEMANG ATLET .......... SEKARANG DAH PENCEN, TAPI MASIH SEORANG PEMINAT SUKAN HINGGA SEKARANG.

Friday 18 February 2011

18.2.1988 - 18.2.2011


Ada majlis kat rumah pak teh. Sejak pagi lagi jiran-jiran sibuk menolong untuk majlis itu nanti. Ada yang menolong menyiapkan barang hantaran. Ada yang menyiapkan hidangan untuk makan tengahari. Meriah sekali....... ramai saudara mara terdekat yang hadir Rupa-rupanya majlis tu untuk anak perempuan tunggal pak teh dan mak teh. Anak pak teh dan mak teh akan di ijab kabulkan petang ni.

Tanggal 18 Februari 1988

Lebih kurang pukul 2.00 petang rombongan pengantin lelaki sampai. majlis dimulakan. Tok kadi pergi jumpa bakal pengantin perempuan bersama bapa pengantin perempuan untuk menandatangani beberapa dokumen. kemudian tok kadi minta kad pengenalan dan tandatangan dua orang saksi belah perempuan. belah lelaki pun dua orang saksi juga.
Dengan sekali lafaz "Aku Terima Nikah ....... Binti Hassan Dengan Mas Kahwinnya......Ringgit , Tunai". Saksi-saksi pun jawab "Sah!!". maka dengan rasminya aku sudah menjadi isteri yang sah kepada R. Azmi bin R. Ahmad.

Tanggal 18 Februari 2011

Dapat SMS dari MY Bujang " Happy wedding anniversary yang ke 23 ibu dan ayah.................. moga terus bahagia selalu "


IBU GURU MASIH DI SINI.............. MENGHARAPKAN KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT DALAM MENGHARUNGI HIDUP INI. JADIKAN LAH DIRI INI IBU , ISTERI DAN ANAK YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN ORANG-ORANG YANG
TERSAYANG.........LOVE U TO MY LALING

Thursday 17 February 2011

CIKGU !......... CIKGU SAYANG TAK ?

Entah apa kenanya si Zul ni...........
Tiap kali melintasi mejanya sambil memerhatikan mereka membuat latihan........
Pasti dia akan bertanya " cik gu ! cikgu sayang saya tak ?"
Sengaja saya buat tak dengar jer.
Kalau dilayan boleh tak jadi kerja budak-budak ni.
Bila dia ke meja saya di hadapan, sambil saya menyemak kerja,
dia bertanya lagi " cikgu ! cikgu sayang saya tak ?"
Dengar suara2 sumbang di belakang, " dia tanya lagi, jawab jer cikgu, nanti dia tak tanya dah"
" Perlu ke saya jawab ?"
" Perlu cikgu " kata pelajar2 lain.
" Perlu cikgu, untuk jadi pelajar yang cemerlang ......... cikgu dan saya mesti sayang menyayang." kata Zul.
" Kan cikgu selalu cakap, cikgu sayang semua pelajar cikgu " kata saya
Tambahnya lagi " Sabri ? ".
" Sayang ." jawab saya sambil menanda latihannya
" Din ? "
" Sayang "
" Apa pun cikgu mesti sayang saya lebih dari yang lain2 "
" Kenapa pulak "
" Kan saya kata tadi .......... untuk menjadi pelajar yang cemerlang. "
" Tak payah layan cikgu budak sewel tu . "



IBU GURU MASIH DI SINI........................ HAI BUDAK2 SEKARANG SEMAKIN BERANI...... NAK DI MARAH PUN TAK BERSEBAB........... KERJA2 SEMUA BERES TAK ADA MASALAH. MAKLUMLAH INI KELAS YANG PERTAMA DAN HARAPAN SEMUA.

Monday 14 February 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL



12 Rabiul Awal

Salam Maulidur Rasul






GOLONGAN YANG TIDAK MENDAPAT SYAFAAT RASULULLAH

~1~golongan yang derhaka
~2~golongan yang didalam hatinya ada penyakit
~3~golongan yang membenci islam
~4~golongan yang hanya memikirkan dunia
~5~golongan yang meremehkan islam
~6~golongan yang mengabaikan akhlak mulia
~7~golongan yang melupakan kebahagiaan dan ketenangan hidup
~8~golongan yang derhaka ibu bapa
~9~suami yang tidak menjaga isteri dari neraka
~10~isteri yang tak mahu menyayangi dan mengurus anak.



IBU GURU MASIH DI SINI.................... SELALU BERDOA MOGA BEROLEH SYAFAAT BAGINDA RASULULLAH (SAW) DI SANA NANTI



Saturday 12 February 2011

MEMANTAU JER............

Selepas breakfast tadi teringat pula kat kebun yang lama tak melihat tuannya.
Dengan pakaian macam nak pergi shopping sampailah ke kebun.
Apalah sangat yang boleh dibuat.........
Sekadar tinjau2 jer.
Alhamdulillah sihat2 jer pokok pisang ni.




Membesarlah kamu pisang dan sawit bersama-sama jangan gaduh2.
Jangan menyusahkan tuan kamu dari segi wang atau keringat.
Maklumlah tuan kamu dah tak sekuat dulu lagi.



Selepas tu meninjau pula kebelakang sikit.
Macam kebun tak bertuan.
Dah tak kenal mana si durian, mana si rambutan, mana si manggis,
mana si dokong, mana si cempedak.
Maklumlah bukan musim mereka memberi hasil.


Tak sanggup nak pergi dekat.
Entah2 ada pak belang.
Nantilah tuan kamu datang dengan tentera2nya.
Untuk memberi ruang untuk kamu hidup lebih selesa.
Dah beberapa bulan kamu tak makan dengan makanan yang sedap2.




IBU GURU MASIH DI SINI.................. SELALU INGAT PESAN MAK BONDA BERBUDI PADA TANAH TIDAK AKAN RUGI.




Friday 4 February 2011

ADAB MENJEMPUT..............................



My ex-student Zuraini
SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA BAHAGIA


Ada jemputan majlis perkahwinan my ex-student semalam.
Area rumah FIL .
OTW nak balik singgah rumah FIL.
Semua anak-anak FIL balik........ lapan orang + menantu =16 orang + 27 cucu = 47 orang

Petang lebih kurang asar ada seorang jiran FIL datang menjemput FIL untuk majlis tahlil dan doa selamat di rumahnya ..... esok selepas atau sebelum Jumaat tak berapa pasti pulak.

Selepas jiran tu beredar, FIL pun story kat anak menantu yang ada.
Katanya kat FIL " banyak kereta ni, tentu ramai anak haji yang balik ."
" Saya ni buat kenduri sikit ja, nak jemput haji tak payahlah jemput anak-anak haji."

Tak pernah lagi dengar orang menjemput macam tu.
Tak manis mulut langsung.
Ajak-ajak ayam pun tidak.
Sebenarnya keesokan harinya Jumaat hanya tinggal ipar yang bongsu jer kat rumah FIL.
Semua dah nak balik.
Adik ipar sedang sarat mengandung anak ke tiga, tak akan dia pergi ke majlis tu.
Kalau nak pergi pun my FIL dengan my biras jer.
Dua mulut jer.......... banyak mana sangat nak makan.



IBU GURU MASIH DI SINI............... SELALU YANG KITA DENGAR KALAU ORANG MENJEMPUT ( KALAU KAT RUMAH MAK BONDA) " KALAU ADA ANAK-ANAK KAK YAH YANG BALIK , JEMPUTLAH SEKALI YE "





Wednesday 2 February 2011

WANITA



MARI KITA KONGSI INFO INI

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia
sebelum berkahwin
akan dikahwinkan oleh Allah SWT
di syurga kelak
dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT
dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia
yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga,
akan di kahwinkan oleh Allah
dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya
yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain
akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya
di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga
sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


IBU GURU MASIH DI SINI ........................ TETAP BERPEGANG PADA QADA DAN QADAR ALLAH........... HANYA DIA YANG MENGETAHUI RAHSIA YANG TERSEMBUNYI ..........