Wednesday, 2 February 2011

WANITA



MARI KITA KONGSI INFO INI

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia
sebelum berkahwin
akan dikahwinkan oleh Allah SWT
di syurga kelak
dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT
dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia
yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga,
akan di kahwinkan oleh Allah
dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya
yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain
akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya
di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga
sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


IBU GURU MASIH DI SINI ........................ TETAP BERPEGANG PADA QADA DAN QADAR ALLAH........... HANYA DIA YANG MENGETAHUI RAHSIA YANG TERSEMBUNYI ..........

8 comments:

pak long said...

salam buat ibu...
baca entri ibu yg cukup berilmiah..
mekasih ibu kongsi ilmu ni..

Insan Marhaen said...

kalau lelaki yang masih beristeri pula, tak ada anugerah apa-apa?

kak Erna said...

as salam ibuguru..
barulah akak memahami..kenapa..kakak tak mau berkahwin lain..sebab katanya dia ingin bersama suaminya yang telah meninggal..

missgee said...

Buk,,
Terima kasih atas perkongsian ilmunya :)

P/s: Saya yang daif

iBu...gUru said...

salam pak long...........kongsi -kongsi. tak p mana pun cuti CNY ni pusing2 kat kerian jer.......

iBu...gUru said...

Salam IM ........ wanitu tu kan milik suami

iBu...gUru said...

salam kak erna ....kebanyakan perempuan memang cam tu. setia pada yang satu.......... nanti kalau ada lelaki yg terbaca marah plak......

iBu...gUru said...

salam missgee......... cepat2 missgee bila lagi. nanti 11.11.11 boleh kot ....... cantik tarikh tu