Saturday, 29 January 2011

ZIARAH ORANG SAKIT.....................



Nabi Muhammad bersabda " Sesiapa yang melawat orang sakit, bererti dia duduk di taman-taman syurga. Apabila dia berdiri, ditugaskan 70,000 malaikat mendoakannya hingga waktu malam"

Petang Jumaat..............
Mata hampir terlelap.......... Telefon di bawah berdering.........
Sampai berhenti berdering .....masih terbaring.
Handphone di sisi berbunyi...........
" Rumah Mak bonda "
Terus menjawab salam mak bonda......
" Ada sekolah tak petang ni "
" Hari ni free..... tak aktiviti apa-apa pun hari ini, ........... ada apa mak? "
" Jom kita pi tengok Pak Musa (sepupu mak bonda), dua hari dah balik dari hospital......
tak pi tengok pun lagi........... malam tadi orang baca yasin ."
Kata mak ......... semalam mak su telefon ,mak su pergi ziarah ............ di tanya mak su............... mak bonda kenapa tak datang ziarah lama dia tak jumpa mak bonda.
Sebab tu lah mak bonda beria nak pergi ziarah ...................
Terus bersiap............. ke rumah mak bonda.
Rumah sepupu mak bonda tak la berapa jauh dari rumah rumah mak bonda.
Sampai di sana kakak mak bonda... mak njang and my cousin ( Jan & Ilah ) pun ada disitu.
Tersenyum Pak Musa walaupun terbaring sakit tengok mak bonda datang.............

Lebih kurang setengah jam .............
Datang rombongan Datuk YB untuk ziarah pak Musa
Kurang selesa ramai sangat dalam rumah,
Ibu bersama Jan dan Ilah keluar dan jalan-keliling rumah.
Dah lama kami tak datang menjenguk saudara mara kat situ.
Zaman kanak-kanak dulu semasa arwah moyang ada selalu juga kami datang...
Main sampan di sungai sambil makan buah-buah kampung
(Moyang ............. Ibu Guru -> Mak Bonda -> Tok -> Nenek (moyang).
Kami generasi ke empat dari moyang
Tengok tapak rumah moyang hati jadi sayu ........ teringat arwah tok dan nenek.
Nenek meninggal dalam tahun 1983 pada usia 115 tahun............. dan tok pula pergi pada
tahun 2005 dalam usia 101 tahun........... kedua-dua mempunyai ingatan yang baik sehingga
akhir hayat mereka...............
Nenek sangat baik melayan kami cicit-cicitnya........


Termasuklah buah nipah ni yang jadi makanan kami
kalau ke rumah nenek. Nenek buat sirap dan masukkan isi
buah nipah



Bila rombongan datuk YB beredar kami masuk semula kerumah pak Musa.
Sempat juga dia bertanya ..........berapa orang anak, kerja kat mana tinggal kat mana......
Nampak kegembiraan di wajahnya.



IBU GURU MASIH DI SINI..................... MOGA PAK MUSA DAN KELUARGA TABAH DAN SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN INI...................


11 comments:

pak long said...

salamm buat ibu...
mendoakan moga sembuh saudara ibu..
amboi lama tak makan buah nipah campoq ais kuib...

iBu...gUru said...

salam pak long......... dulu2 tak dak ais kiub ........ ais ketui pak long

Insan Marhaen said...

bahagialah bagi orang-orang yang mampu beri senyuman kepada yang sakit...

Ummi Humaira said...

salam ibu guru...

doa ummi moga pak Musa sembuh kembali....

dulu suka sangat makan buah nipah ..
la nie pun masih dpt merasa nira nipah kalau balik kampong...

Rozali said...

Assalamualaikum Ibu Guru

moga pak musa cepat sembuh
dapat beribadat dgn sempurna

Wassalam

Kunang-Kunang said...

Salam Ibu Guru,

Ada orang bila sakit dia seronok dan terhibur bila ada orang menziarah.

Tapi yang sedih tu ada juga yang tak suka bila kita ziarah dia ketika dia sakit. Sedih hati kita bila kena macam tu.

Tapi tak aperlah kita dah melakukan tugas kita sebagai seorang muslim kepada muslim yang lain.

iBu...gUru said...

salam IM ..... sedekah yang paling mudah untuk dihulurkan......... senyuman

iBu...gUru said...

salam ummi........ kalau ke alor setar ikut jalan lama..... dekat kota srang semut kot ramai orang jual air nira nipah..... my laling selalu juga beli

iBu...gUru said...

salam atuk......... amin mudah2an cepat sembuh berkat doa atuk

iBu...gUru said...

salam kak ani....... mudah2an kita mendapat ganjaran yang dijanjikan bila menziarahi org yg sakit dengan hati yang ikhlas

kak Erna said...

ibu guru..senang hati yang sakit tu dapat bertemu dengan orang yang ingin ditemuinya kan..