Sunday, 20 December 2009

ANAK DIDIK KU .... NORMAN

Salam Untuk Semua. Tadi ibu guru sempat menghadiri dua majlis walimatul urus saudara sebelah En. suami ibu guru. Rupa-rupanya kedua pengantin perempuan adalah bekas anak didik ibu guru. Dirumah yang pertama ibu guru dan En. suami makan nasi putih berlaukkan kari ikan bawal berserta sambal belacan dan ulam-ulaman. OK. Sedap juga. Di rumah yang kedua dah kekenyangan jadi hanya menjamah kuih-kuih dan bubur kacang. Ramai juga anak-anak didik dan bekas anak-anak didik yang ibu jumpa. Ada yang menegur, ada yang menyapa, ada yang bersalaman dan ada yang malu-malu.

" cik gu"

" cik gu dah makan"

" kenapa cik gu tak makan"

" cik gu mengajar kat mana sekarang "

" cik gu ingat saya tak "

Itulah soalan-soalan yang kedengaran dikedua-dua majlis yang ibu guru hadiri. Dalam ramai-ramai tu ada seorang yang datang jumpa ibu guru. Masih ingat wajah dan nama sekali. Norman

" Tak kan cikgu tak ingat saya, yang paling lemah math. masa cik gu mengajar dulu."

"Ingat...... mana boleh cik gu lupa. Norman. " sambil ibu guru tersenyum

"Betu ! Betul ! " kata Norman

Ibu guru tersenyum, Norman ketawa. Memang dia yang paling lemah dalam subjek Matematik diantara 35 orang dalam kelas.

" Kamu buat apa sekarang "

" Dah kerja cik gu kat kilang Proton ."

" Dulu belajar kat mana "

" Lama saya belajar cikgu, tak macam orang lain. Saya buat sijil dan diploma kejuruteraan mekanikal di Politeknik Engku Omar empat tahun cik gu. Lepas tu sambung buat degree kat UiTM. Lapan tahun baru dapat degree. Orang lain lima tahun ja."

" Dah dapat degree lah ni. Tahniah! Taniah! "

" Dulu saya lemah sangat matematik, selalu kena marah dengan cik gu. "

Di dalam kelas dulu memang saya banyak beri tumpuan pada Norman. Bila ujian, markahnya cukup-cukup makan ja. Manalah saya tak risau. Sedang rancak berbual dengan Norman, En. suami ibu guru bagi isyarat........ Nak ajak balik la tu.

" Cik gu balik dulu. Minta maaf jika ada terkasar masa cik gu mengajar dulu."

" Nasib baik cik gu mengajar dulu, kalau tidak saya dok tak faham situ lah"

Apa pun ibu guru bangga dengan semangat ingin maju yang ada pada Norman. Nanti ibu guru akan suntik semangat Norman kepada anak-anak didik ibu guru yang sentiasa silih berganti setiap tahun.

IBU GURU MASIH DI SINI.....................................TERINGATKAN KAWAN IBU GURU, GURU BAHASA INGGERIS DENGAR NAMA NORMAN PUN BOLEH MENAIKKAN KEMARAHANNYA

11 comments:

maiyah said...

siapa sangka kan.. mmg tabik gak kat salman tu

Irtiyah said...

Salam

Kak.. saya melihat perkara macam ni jugak. Tapi mungkin sebab baru lagi mengajar, saya dapat lihat di kalangan kawan2. Menyedarkan saya.. agar tidak putus asa dengan pelajar2 saya dan insyaAllah menjadi lebih sabar dan rasional. Amin.

linda said...

Saya jarang jumpa anak murid yang dah bekerja...sebab selalu pindah sekolah...bayangkan sekolah sekarang ni yang ke 9...hang oklah satu sekolah je...dekat dgn kg plak tu.

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~

kalau terjumpa dengan cikgu Add Math dulu, mesti dia akan gelak2 gembira~

pelajar ini tak pernah bagi marakh warna biru kecuali ketika trial SPM dan SPM.

Trial = B3
SPM = A2

dia memang kedekut markah~
strict~
tapi dia antara yang terhebat~

iBu...gUru said...

Ya guru math slalu kedekut markah supaya pelajar slalu beringat dan tidak leka.teringat ibu guru masa form 4, add math 0 markah pun pernah dpt.

iBu...gUru said...

linda bkan ja anak didik dah kerja.last year masa pmr ibu guru duti, ada calon accident so kna gi hspital tngok2 maknya bkas anak didik. dah jadi cucu murid dah.anak & mak dpt cik gu math yg sama.

iBu...gUru said...

irtiyah. jgn skali-kali terdetik dihati kita sbagai pendidik utk putus asa kpd anak didik kita

hans said...

salman tu saya rasa seorang yg cekal

linda said...

Maknanya tuanya dah kita ni...

ahmad humairi said...

cikgu,
jangan jadi seperti lilin,
membakar diri...menerangi yang lain,
jadilah seperti bulan,
berkongsi cahaya,
menerangi yang lain...

Irtiyah said...

InsyaAllah..