Saturday 12 December 2009






Balik dari majlis walimatulurus anak kawan ibu guru, singgah kedai fotostat nak buat beberapa salinan resepi Puding Yani yang diminta oleh kawan2 ibu guru. Kami namakan puding Yani sebab Yani pelajar 3R3 yang bawakan puding tu semasa jamuan akhir ting 3 sebelum cuti sekolah. Sambil menunggu, ibu guru terpandang satu artikel yang telah siap di kaunter bayaran. Melihat ibu guru semacam berminat dengan artikel itu pemiliknya berkata ." Kalau kak berminat ambillah satu." Yang beri pada ibu guru lebih kurang sebaya dengan anak ibu guru jadi tak selesa dengan panggilan kak. Ibu guru pun jawab " memang mak cik ingat nak minta satu kat anak tadi, boleh mak cik perbanyakan untuk ahli keluarga mak cik dan kawan-kawan. Anak ibu guru terdengar perbualan ibu guru tadi. " Buat apa nak fotostat bu, masukkan saja dalam blog ibu." Baik juga cadangan anak ibu guru, lebih ramai yang boleh hayati.



TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Ada pun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adala benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhirnya hayat baginda.

Imam Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut sendirian. Beliau menyiapkan diri dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafan bahagian mukanya.


Adapun tanda-tanda terbahagi kepada beberapa keadaan:

100 HARI TANDA SEBELUM MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya hanya di sedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami geteran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru si sembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaat masa yang untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan di bawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan akan gugur dari pokok yang letaknya arash AllahSWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan bermula mengikut kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akanmemperlihat wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang yang akan dicabut.


TANDA 7 HARI SEBELUM MATI

Adapun tanda ini hanya akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI SEBELUM MATI

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan orang yang akan memandikan kita nanti
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidupnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya beransur-ansur masuk kedalam. Tapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar di tegakkan.


TANDA 1 HARI SEBELUM MATI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu asar keesokan harinya.



TANDA AKHIR SEBELUM MATI

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan Kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita di beri hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk keredhaan Allah SWT samada di dunia maupun akhirat.


IBU GURU MASIH DI SINI....BERDOA SEMOGA DIBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH DALAM MENGHARUNGI HIDUP SEBELUM DIJEMPUT PERGI............

3 comments:

Teacher Rahila said...

Salam Ibu Guru,saya diberitahu orang yang akan meninggal ada tanda seperti tengah hidung & cuping telinganya mengecut dan jika sebelumnya tidak berselera makan saat akhirnya begitu berselera.Ini terjadi kepada anak saya yang sudah enam hari tak mahu minum atau makan tapi sehari sebelum meninggal dunia begitu berselera sekali makan. Arwah abah & mak mentua saya sebelum meninggal memberitahu mereka didatangi oleh saudara mara yang telah meninggal dunia.Walllahualam.

pak long said...

salam buat ibu guru..
moga ada hikmahnya catatan yang ni..
yang baik hanya untuk yang terbaik..

iBu...gUru said...

Salam Teacher Rahila. Patutla ibu dok kira x cukup 7