Thursday, 21 July 2011

ANDAI KU TAHU

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


IBU GURU MASIH DI SINI ................. SAYU SEMASA MENONTON BULETIN UTAMA 16 JULAI YANG LALU........ MELIHAT MOTASIKAL DAN BARANG-BARANG KEPUNYAAN PEMILIKNYA BERTABURAN DILEBUH RAYA KARAK BERHAMPIRAN TEROWONG GENTING SEMPAH ................. HASRATNYA UNTUK PULANG KEKAMPUNG UNTUK
BERCUTI SEMESTER DI FELDA ULU JEMPOL TIDAK KESAMPAIAN ........... PENUNTUT SEMESTER 5 UITM SERI ISKANDAR TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA................... DI KALA AKU DAN KELUARGA SEDANG MENONTON BULETIN UTAMA, DISAAT ITU LAH JENAZAH NYA SEDANG DI SEMADIKAN..............DIMALAM PENGHULU SEGALA HARI KU HADIAHKAN AL FATIHAH DAN YAASIN BUAT ANAK SEDARA KU MOHAMAD FIRDAUS SAIDIN .......MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA DAN ALFATIHAH JUGA KU KIRIMKAN BUAT ABANGNYA MOHAMAD SOFIAN SAIDIN YANG MENDAHULUI............. JUGA PERGI SEMASA MENJADI SISWA DI UITM SHAH ALAM 10 TAHUN YANG LALU......................... MOGA ABANG DIN DAN KAK IDAH TABAH MENGHARUNGI NYA...........DariNya kita datang kepadaNya jualah kita akan kembali ...........................

Friday, 15 July 2011

KESEMPATAN YANG SEDIKIT CUMA

Menjelma lagi penghulu segala hari................

" mulakanlah harimu dengan memuji Allah,
seiring siulan burung ceria berterbangan,
berzikirlah dengan alunan asma al-husna,
bersyukurlah kita masih dibangkitkan,,
mulakanlah dgn usaha memuji Allah,
pergilah mencari rezeki semai bakti dan budi
carilah nikmat yang banyak berlandaskan syariat
agr hidup kita semua selamat.."


IBU GURU MASIH DI SINI ................... SETIAP ORANG DIBERI 24 JAM...............MENGAPA TAK BERKESEMPAT ............ DAH BERSAWANG BLOG NI...... MESTI MENDALAMI LAGI PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN......


Thursday, 30 June 2011

LALAI DAN ALPA ........



Peristiwa Isyrak dan Mikraj
Solat 5 waktu difardukan
Ketika diakhir usia Baginda .............
Diwasiatkan solah......... solah........... solah...........
Tiang agama..................
Andai kata aku terlalai....................

seksa meninggalkan solat fardhu.....
isyak:Allah tdak redha hidup di bumiNya dan menggesa mencari bumi yg lain....
asar:dosanya seperti membunuh 1000 umat islam....
zohor:dosanya seperti meruntuhkan kaabah....
maghrib:dosanya seperti berzina dengan ibunya bg lelaki dan berzina dengan bapanya bagi perempuan....
subuh:akan diseksa selama 60 tahun dalam neraka....

IBU GURU MASIH DI SINI ........................PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI............ KU SEDARI DIRI INI SELALU LALAI DAN ALPA DENGAN DUNIA YANG HANYA SEMENTARA ................

Sunday, 19 June 2011

KU UCAPKAN DAN KU TERIMA UCAPAN...............


SELAMAT HARI BAPA

Sungguh menyentuh hati
Sebak rasa di dada
Mengingat pengorbanan seorang ayah
Yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah
Sungguhnya tidak terbalas
Lahirnya kejayaan seorang anak
Senyum seorang ayah
Melihat keringatnya berganti najah


UNTUK SEMUA YANG BERGELAR BAPA

Selamat Hari Bapa


IBU GURU MASIH DI SINI........................KU KIRIMKAN AL-FATIHAH & AYAT-AYAT SUCI BUAT AYAHANDA DI SANA ............. BAHAGIALAH DIKAU DI SANA MOGA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH................... DAN BUAT YANG TERSAYANG AKAN KU UCAP .......... "HAPPY FATHER'S DAY .....................DAN SUDAH TENTU AKAN KU TERIMA UCAPAN ........... HAPPY BIRTHDAY TO YOU DEAR..........



Tuesday, 7 June 2011

HANYA 5 MINIT AJE




Sangat menyentuh perasaan dan terkesan...........semoga dapat ambil iktibar dan di jadikan pengajaran kepada kita semua..............
Hanya 5 minit aje...tajuk halaqah hari ini yang dikendalikan oleh Ustaz Roslan Mohamad memberikan kita kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya masa meluangkan masa untuk anak2...kerana anaklah pembela ibu bapa di akhirat kelak..semoga kita dapat memanfaatkn masa 5 minit ini....
Betapa berat amanah ini..Ya Allah jadikan anakku anak yg soleh dan berbakti kepada org tua..dan Ya Allah bimbinglah hambamu ini agar sentiasa berada d jalan Mu.
"Ya Allah, ampunilah kami semua... kami lalai dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.. .ya Allah, pimpinlah kami untuk mnjadi seorang ibu mithali, ibu yg solehah............
Ibu, teruskan lah doamu agar aku menjadi anak yg solehah..dan janganlah engkau jemu denganku. Ya Allah, dan bimbinglah aku untuk membimbing anak2 ku menjadi soleh & solehah, dan janganlah Engkau jemu denganku, dan jauhkan kejemuan dari hatiku..amin.."



IBU GURU MASIH DI SINI................ BELUM PUN BERAKHIR RANCANGAN HALAQAH DAPAT SMS DARI CIKGU RASHID , " AL - FATIHAH. CIKGU WAHAB SAUD MENINGGAL PETANG TADI DAN AKAN DIKEBUMIKAN ESOK PAGI DIKAMPUNG PANDAK PUTIH " MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG2 YANG SOLEH............ REBUTLAH 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA.



Sunday, 29 May 2011

29 MEI 38 TAHUN YANG LALU



AL FATIHAH




22 Mac 1929 - 29 Mei 1973
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau.




IBU GURU MASIH DI SINI.......................... BANYAKNYA UNDANGAN HARI NI............ YANG PASTINYA KAT JALAN P.RAMLEE .................. PENANG .............. TUNGGU YER PAK NGAH

Wednesday, 18 May 2011

BILA CIKGU MARAH.......................


IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”.

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu.


LANGKAH-LANGKAH SERTA MERTA
YANG MAMPU KU LAKUKAN
APABILA MARAH


  1. Berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  2. Bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah.
  3. Membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.
  4. Apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah.


IBU GURU MASIH DI SINI ..................... HANYA MANUSIA BIASA .......... GURU BIASA BUKAN GURU PENDETA..................