iBu gUru................... masih di sini...........
Tuesday, 19 May 2015
Friday, 16 May 2014
Wednesday, 7 May 2014
RUMAH TOK .................
rindu segala kenangan yang lalu ........... rindu pada yang mendahului
AL-FATIHAH
suasana yang mengimbau masa lalu .... membanting tulang untuk kami
AL-FATIHAH untuk mak dan ayah
Terasa
damai jiwanya seketika, meninggalkan hiruk pikuk kota yang tak pernah lekang
dari kunjungan jutaan manusia. Sudah
menjadi lumrah alam bila manusia sudah bosan dengan kebisingan, mereka akan
mencari ketenangan. Aku sukakan
ketenangan.
Sengaja
aku memandu sendirian untuk melihat
sawah padi nan menghijau, tidak jauh dari rumah ayah dan ibu. Ingin mencuri
sedikit ketenangan dengan melihat kehijauan
yang menjadi hamparan bumi. Melihat burung yang berkicau berterbangan
bebas, tiada gangguan, di latari dengan gunung-ganang yang menjadi tempat
persembunyian si mata hari memberi keredupan suasana. Sawah padi yang beralun mengikut sapaan angin
seolah mengajaknya menyanyi lagu zikir, memuji kebesaran Allah. Sungguh indah.
Kehidupan
anak kampung sudah sebati dalam diri ku. Aku adalah anak desa yang suatu masa
dulu pernah di sebat oleh ibu kerana lewat balik dari mandi-mandi di dalam tali
air di tepi sawah. Sawah padi di
belakang rumah betul-betul mengimbau kenangan lalu bersama kedua arwah ayah dan
ibu membanting tulang untuk meneruskan kehidupan kami sekeluarga. Suasana kehijauan memberi ketenangan
dijiwa. Aku cuba lagi untuk mengimbau
kenangan masa silam melalui luahan pada kertas.
Kenangan ini membuat aku sedar akan keindahan desa dan ketenangan yang
diperolehi dari kehijauan sawah padi.
IBU GURU MASIH DI SINI ....................
Monday, 5 May 2014
CERIA HARI JUMAAT ...........
IBU GURU MASIH DI SINI ............. ALHAMDULILLAH DAPAT DEPA NI. LEGA DUA KELAS CAM NI TAHUN NI ......DAH LA BUDAK PANDAI BELOW TEN PULAK TU. REZEKI 2014
Monday, 21 April 2014
MY ORKID
Keindahan alam ini memberikan
ketenangan dan kegembiraan. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kehijauan hutan
membawa ketenangan, warna-warni sang bunga membangkitkan rasa riang di hati,
aliran air yang lemah gemalai mengasyikkan jiwa gelora dan sinar cahaya sang
mentari membakar semangat untuk memulakan hari. Alam serta isinya yang indah
ini merupakan satu anugerah kepada manusia.
Lumrah manusia, apabila menerima sesuatu anugerah, maka pasti kita mahu
menjaganya sebaik mungkin. Bunga tidak
pernah lelah untuk membuat semua orang tersenyum , bunga tidak pernah malu
untuk menampakkan kepercayaan dirinya , bunga mempunyai hidup yang begitu
berwarna, bunga dimuliakan oleh semua insan, bunga adalah simbol cinta, bunga
adalah kebahagian, bunga adalah kekuatan, bunga adalah ketenangan, bunga
membawa kedamaian . Bunga memberikan hati yang lemah kembali bertenaga.
IBU GURU MSIH DI SINI ......... LEGA DAH SIAP
Wednesday, 16 April 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)