Friday 29 October 2010

MEMORIES........... TEN YEARS AGO

DHADKAN

She loves another boy who was a bad guy and was behaving rudely in front of her father..
so her father didn´t want her to marry the guy
she loves but wanted her to marry the guy who is in dis clip.
btw at the end she realises that dis guy (akshay kumar)
is the one she loves and is so happy that she is married to him and not to her former love






IBU GURU MASIH DI SINI.....................TYPICAL HINDI MOVIE................... HAPPY ENDING



Monday 25 October 2010

IKAN KELI BAKAR SAYUR KELADI DAN KEK GULA HANGUS

Perhimpunan pagi bagi pelajar tingkatan 3 Guru-guru tingkatan mengambil kedatangan pelajar kelas masing-masing.
Pn. Wahida kaunselor sekolah memberi penerangan tentang aktiviti hari ini.


Pela
jar ke dewan bersama guru-guru kaunseling.
Guru-guru yang tidak terlibat seperti biasa ada yang ke kantin atau ke staffroom.
Ibu guru bersama beberapa orang kawan ke kantin untuk bersarapan.

Selesai bersarapan .............. bukan pelajar ada aktiviti selepas PMR
Cik gu nya pun ada aktiviti...................

Terus ke bilik masak ...........


4 biji telur
2 sudu besar mentega

2 sudu teh soda bikarbonate
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan susu pekat manis
1 cawan air panas

Pukul 9.50 pagi bahan-bahan diatas siap diadun dan perap selama 3 jam.

Kemudian .........

Untuk menunggu selama 3 jam........ bersama pelajar kembali.

Untuk aktiviti kedua mereka.


Menyediakan Menu Makan tengahari untuk pelajar dan guru


Nasi putih
Sayur Keladi

Ikan Keli Bakar




Sambal Belacan

Air Asam


Ulam-ulaman


Pukul 12.00 tengahari dengan bacaan doa oleh saudara Mohamad Noor Hamizan acara pun bermula



Keadaan seperti biasa pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki. Berita terkini hari ini ..... seramai 34000 guru pelatih di IPG 11000 adalah lelaki dan selebihnya perempuan.


Setelah 3 jam berlalu......................

Kembali ke Bilik Masak

Oven di panaskan dengan suhu 175 darjah celcius .
Adunan di masukkan kedalam oven ................................... 45 minit kemudian

KEK SARANG LEBAH/ KEK GULA HANGUS
pun masak dan boleh dimakan panas-panas




IBU GURU MASIH DI SINI......................... TAHUN INI MENGAJAR SEMUA TINGKATAN 3 .................. TIME2 CAM NI KADANG2 BORING JUGA. DAH TAK MENGAJAR RINDU PULA NAK MASUK KELAS MENGAJAR. LAMBAT BERBENO RASANYA NAK TUNGGU 2011............ APA PUN CIKGU TINGKATAN 1, 2, 4 DAN 5 TERUSKAN TUGAS ANDA .........................

Thursday 14 October 2010

APA NAMA ..........

Kau Yang Bernama

Kau yang bernama hati
Engkau yang ketahui
Perasaan ini

Kau yang bernama rindu
Mengusik hatiku
Di setiap waktu

Kau yang bernama mimpi
Sering menemani
Hidupku nan sepi

Kau yang bernama resah
Pabila kau tiba
Aku yang tersiksa

Cinta itukah namanya
Aku yang tak tahu
Merasa terganggu
Kenangan ku bertukar sayu
Ku jadi tak tentu
Gilakah aku keranamu

IBU GURU MASIH DI SINI..................MEMENUHI SORE INI MENUNGGU KEPULANGAN ...........

Monday 11 October 2010

HARI TERAKHIR PMR ...............



MAASALAMAH PMR

Jom layan....

SPELLING BEE

Hari ini adalah hari terakhir ujian PMR
Bagi calon-calon yang tidak mengambil matapelajaran
bahasa Arab, Cina, Tamil, Punjabi,Iban & Kadazandusun

Sudah tentu semua sekolah telah menyediakan program-program
yang boleh menarik pelajar -pelajar tingkatan 3 hadir ke sekolah

Begitu juga dengan sekolah ibu guru
Aktiviti/pertandingan di atas tak pernah ketinggalan




IBU GURU MASIH DI SINI.................. SENTIASA MEMBERI SOKONGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH DALAM MENJALANKAN PROGRAM UNTUK MENGELAKKAN GEJALA PONTENG SEKOLAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 3......


Tuesday 5 October 2010

HARI PERTAMA PMR ..................

Bertugas sebagai guru pengawas PMR
Di SMK dot..dot ...dot
Ditempatkan oleh ketua pengawas di dewan dot...dot... dot
Calon-calonnya dari kelas yang hujung-hujung........
kata SU PMR sekolah tu...

SESSI 3
/
/
/

Matapelajaran : Pendidikan Islam
Kod M/Pelajaran : 45/2
Masa : 2.30 - 4.30 ptg

/
/
/

Calon-calon boleh mula menjawab.
Baru 30minit pertama sudah ada calon yang keluar
45 minit sebelum masa menjawab tamat
Begini lah suasana dewan
Tiga orang guru mengawasi , tiga orang calon




IBU GURU MASIH DI SINI....................... KESIAN USTAZ DAN USTAZAH