Sunday 30 May 2010

HARI BAHAGIA LINDA & BUSTAMAN

MOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Noraslindawati & Ahmad Bustaman
30 Mei 2010

Inilah bekas anak didik ibu Noraslindawati
dan
sekarang menjadi rakan sekerja mengajar di sekolah yang sama.
Pada tahun 1999, ibu adalah guru Matematik
Linda semasa dalam tingkatan 3



Bustaman juga merupakan bekas pelajar sekolah ibu.
Bila mengetahui Linda dan Bustaman ada apa-apa
ramailah cikgu-cikgu yang menjadi wartawan sukarela
lebih kurang Michell dalam melodi mewawancara Linda.

Soalan Cikgu

Sejak bila ada affair dengan Bustaman ?
Kawan dari tingkatan 1 apa ?
Pandai simpan sampai cikgu tak dapat kesan ?
(itulah antara soalan yang sering ditanya oleh guru2)

Jawapan Linda

Sebenarnya masa kat sekolah kami tak ada apa2
kawan biasa jer.
Kami jadi rapat semasa sama2 menuntut kat UPSI
Akhirnya kata sepakat dicapai kami bertunang dan akhirnya...............



Linda dan Bustaman bersantai di atas pelamin


Ini gambar kawan2 ibu Suhaiza, Amla & Habsah
ibu tak sempat nak posing sebab dah petang baru sampai
ke rumah linda
sebab rumah ibu mertuaku ada kenduri doa selamat
tak dapat la nak pergi awal



Semasa di rumah mertua ini jer yang sempat di snap
itu pun masa atas kereta nak balik
anak2 buah yang comel along(nampak kepala tu)
angah(yg depan tu) acik (baju merah)



hah ! tu nampak rupa along


IBU GURU MASIH DI SINI......................... BULAN MEI NI SAJA DAH DUA ORANG BEKAS ANAK DIDIK YANG MENDIRIKAN MASJID...............DAN SEKARANG MENGAJAR DI SEKOLAH YANG SAMA.......... SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NASRUL HAFIZA & FAZRUL AZWAN JUGA UNTUK NORASLINDAWATI & AHMAD BUSTAMAN

Saturday 29 May 2010

SAUDAGAR ULAM RAJA



Pokok Ulam Raja
Permintaan tinggi berbanding bekalan yang kurang menyebabkan harga ulam-ulaman di Malaysia dianggap tinggi. Kesempatan ini telah diambil oleh seorang petani muda Abdul Haris Syamsulrizal, 24 tahun dari Rawang mengusahakan tanah pertanian seluas 12 ekar untuk tanaman utamanya daun selom ,daun kesom dan ulam raja.
Dengan prinsip gambatte kudasai iaitu buat yang terbaik
Haris terus berusaha tanpa jemu

Pokok Kesom
Dengan hasil jualan ulam-ulaman itu Abdul Haris berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM 300 hingga RM 400 sehari.

Pokok Selom

Membekalkan 80 hingga 150 kilogram daun selom setiap hari ke Pasar Chow Kit, menjadikan Haris antara pembekal utama ulam tersebut
Permintaan meningkat 3 kali ganda apabila bulan puasa Buat masa sekarang Haris merupakan pembekal utama ke pasar2 borong dan turut juga membekal kepada pasaraya seperti Giant


Sekembalinya dari Jepun selepas menjalani latihan pengurusan pertanian selama setahun di bawa program Agriculture Exchange Council, Haris tidak lagi menoleh kebelakang dengan bermodalkan RM15000 dan dibantu oleh seorang rakan, beliau tidak teragak-agak lagi menceburi bidang pertanian. Katanya antara cabaran bagi seorang belia menceburi bidang pertanian adalah pandangan masyarakat yang masih berpandangan stereotaip dan negatif kepada anak muda yang menceburi bidang pertanian. Haris berpegang teguh kepada kata2 salah seorang gurunya semasa di Jepun yang menyatakan " MUDA ITU SEBENTAR..... TUA ITU LAMA. Maksudnya usia muda jangan disia-siakan kerana masanya singkat berbanding tua. Haris bercita-cita untuk terus berjaya membesarkan perniagaannya sementara masih muda. Katanya lagi buat masa sekarang tidak wujud persaingan dalam perniagaannya kerana pengeluaran ulam-ulaman masih berkurangan.

IBU GURU MASIH DI SINI................... SOKONGAN PATUT DIBERIKAN KEPADA BELIA2 KITA SUPAYA LEBIH RAMAI LAGI "HARIS" DAPAT DILAHIRKAN.....................PERTANIAN ITU PERNIAGAAN

Thursday 27 May 2010

ESOK CUTI....................HARI WESAK

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Sunyi sepi tak macam selalu.................
Pelajar2 sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun
Patut la sunyi sepi
Bermula minggu ini hingga 4hb Jun



Tekun melukis
Kertas Pendidikan Seni 2
7.30 - 10.00
(Kena mengawasi dari 7.30 - 8.40 jer )


Kelas 3R7 ( kelas ke 7 dari 8 kelas)
Biasala kelas macam ni tak ramai guru yg minat nak masuk
Minta tukar suka sama suka dengan guru kelas sendiri pun tak nak
Tapi tak apa dah biasa dengan bebudak ni
Amoi2 tu memang pandai mewarna menggunakan pensil


8.40 - 10.00
Cikgu Aziz masuk menggantikan


Giliran mengawas yg kedua 10.20 - 11.40
Semak semula jadual peperiksaan
Ya Allah ......
Ni yang minat ni, tiada kertas peperiksaan
Hanya mengawasi pelajar2
Peperiksaan hanya akan bermula 11.45 - 1.00
Kelas 3R5 dimana pelajar2nya sering menjadi bualan guru2
Terutama beberapa orang pelajar
Jumlah pelajarnya 40 orang
Bila masuk kelas ini mesti ada persediaan kalau tidak.....
Macam pasar.........
Pertama kali berhadapan dengan pelajar2
Saya sediakan soalan latihan subjek yang saya mengajar
Mulanya mereka tekun menjawab
Bila saya beritahu ini adalah latihan suasana kelas terus berubah
11.30 soalan dikumpulkan................

Mereka mula bertanya soalan2 semasa

Pelajar A: cikgu besok cuti Hari Wesak kan

Pelajar B: Wesak tu apa cikgu

Cikgu : Hari wesak tu, perayaan agama bagi penganut agama Buddha
disambut untuk mengingati kelahiran dan kematian Gautama
juga hari Gautama mendapat ilham menjadi Buddha

Pelajar B: Apa yang mereka buat pada hari wesak cikgu

Cikgu : Mereka pergi kekuil sembahyang, beri makan orang miskin dan
melepaskan burung merpati( itu yg ada dalam minda mengenai wesak)

Pelajar A : Cikgu , kenapa kita cuti ? Kita orang Islam, kalau cuti tu
maknanya kita meraikan agama Buddha, boleh ke?

Cikgu : Kita bercuti bukan bermakna kita meraikan agama buddha,
kenapa? kamu tak suka cuti ke, boleh saya buat
kelas tambahan esok......... nak tak ?

Pelajar A: Tak mau lah cikgu nak cuti.




IBU GURU MASIH DI SINI.................NAMPAKNYA TAK TERJAWABLAH SOALAN
SI AMIRUL NI, PELAJAR YANG DIKATAKAN BERMASALAH OLEH RAMAI GURU2........ SEBAGAI GURU BANYAK PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI DAN DIAMBIL TAHU UNTUK MENGHADAPI PELAJAR2 ZAMAN SEKARANG.........



Wednesday 26 May 2010

BUAT YANG TELAH PERGI

ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE


29hbMei genaplah 37 tahun allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggalkan kita. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham. Moga roh allahyarham ditempat bersama-sama orang yang soleh








IBU GURU MASIH DI SINI........................ AL-FATIHAH JUGA BUAT ALLAHYARHAM AYAHANDA TN.HAJI HASSAN BIN MOHD. NOOR YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA 19hb MEI 1994...................... 16 TAHUN TELAH BERLALU ...........TERASA SELALU DI SISI.....................AMIN

Thursday 20 May 2010

MENU SPECIAL DI PETANG KHAMIS

Petang semalam semasa melawat blog rakan2 teringat nak ke blog Mat Gebu. Entah kenapa teringin sangat nak mencuba resipi Mat hari ini nampak sedap jer....... Teringin macam orang mengandung. Mesti cuba, lagi pun dah lama tak makan makanan ni. Kebetulan selepas en. suami balik dari kerja di ajak nya kita ke pasar malam. Yah......... inilah masa nak cari bahan2 yang Mat nyatakan dalam resipinya. Bahan tu mesti ada di pasar malam............ Jeng.....jeng.....jeng..........


INILAH DIA BAHAN YANG DIMAKSUDKAN
(sila abaikan nenas tu............kegemaran cik suami)

UBI KAYU



RESIPINYA

UBU KAYU REBUS CECAH SAMBAL BILIS


Ubi kayu dikupas dan dicuci kemudian direbus bersama sedikit garam


INILAH HASIL NYA



Tengok setelah masak gebu..............macam Mat juga

PASANGAN NYA



Biasa jer............Sambal Tumis Ikan Bilis

Petang ni menu hidangan petang ibu bersama en. suami petang ini ialah UBI KAYU REBUS CECAH SAMBAL IKAN BILIS. Sedap ................ makan petang bersama kopi O. Orang lalu kat luar pun tak nampak.


Ni masuk sesi tayang menayang bowl di atas tu hadiah
Hari Guru beberapa hari lepas





Pekena dengan kopi O

KALAU TERINGIN MARI LAH CUBA

IBU GURU MASIH DI SINI.......................WEEKEND NI NAK CUBA LAKSA JOHOR PULAK SIBUJANG IBU BALIK BERCUTI. SALAM JUMAAT DARI IBU.

Tuesday 18 May 2010

TENTATIF HARI GURU 2010

Tentatif Program Hari Guru 2010

GURU DAN PELAJAR BERKUMPUL DI DATARAN PERHIMPUNAN

Nyanyian
Lagu Negara, Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah
Bacaan Doa
Ucapan Ketua Pelajar, YDP PIBG, Pengetua
Membaca Watikah Perutusan
KPPM, Menteri Besar Perak, Menteri Pelajaran
Nyanyian Guru Malaysia & Ikrar oleh guru
Penyampaian hadiah oleh pengawas kepada guru
Anugerah Guru popular
Sesi Bergambar Guru
Rehat pelajar



( Pn. Hajjah Hatun, pengetua yang mesra pelajar & guru)


(semasa perhimpunan sempat juga posing cikgu Asmah, cikgu Zawiyah)


ACARA PERMAINAN UNTUK GURU

Bola Jaring ( Guru Perempuan) Sukaneka ( Guru Perempuan ) Futsal (Guru Lelaki ) Bola Tampar (Guru Lelaki)


( hari ini guru bermain pelajar jadi penonton)


PERSEMBAHAN

Guru - sajak & gurindam Pelajar - dikir barat & sketsa



( pelajar mempersembahkan dikir barat)

PENYAMPAIAN HADIAH



( cikgu Rosli memastikan acara penyampaian hadiah berjalan lancar)



JAMUAN HARI GURU

Acara memotong Pulut Kuning & Kek Bacaan Doa & Menjamu selera Penyampaian Hadiah Hari Lahir ( Januari hingga Mei)

Jamuan ini juga diadakan untuk meraikan guru-guru pelatih Dari Universiti Perguruan Sultan Idris Yang telah menamatkan praktikum pada 14 Mei 2010. Tahniah kepada mereka kerana sanggup menunggu hingga 17 Mei 2010 untuk sambutan Hari Guru tahun ini. Juga selamat menempuh alam perkerjaan sebagai pendidik. Jadilah guru yang sebenar seperti dalam Ikrar yang kita lafazkan semasa perhimpunan Hari Guru Tahniah Kepada semua yang telah memberi sepenuh kerjasama dalam semua aktiviti yang dijalankan di sekolah

TERIMA KASIH KEPADA

Cikgu Mohd. Nazrin Cikgu Mazrizan Cikgu Nik Shuhada Cikgu Zahratul Husna Cikgu Nurul Husna Cik gu Hasida Cikgu Yusma Dewi

( sementara menunggu untuk menjamu selera sempat juga posing cikgu Asmah & cikgu Suhaimi)

(Hari merah sedunia................. bersama guru pelatih)

( Bersama cik gu Erni )

( Bersama cikgu pelatih Yusma Dewi )

IBU GURU MASIH DI SINI............................SETIAP TAHUN MERASA KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU

Saturday 15 May 2010

SELAMAT HARI GURU


GURU MALAYSIA


Pada setiap tahun 16 hb Mei
Lagu ini akan berkumandang disemua institusi pendidikan
Bagi ibu guru sudah 25 kali lagu ini dinyanyikan
Di perhimpuanan pagi pada tarikh keramat tersebut
Dinyanyikan bersama rakan-rakan guru


Sempena Hari Guru tahun ini
Ibu nak ucapkan
SELAMAT HARI GURU
KEPADA
Cikgu2, guru2, ustaz2, ustazah2, pensyarah2
Yang pernah menaburkan ilmu dunia & ilmu akhirat
kepada saya
"Jasa kalian kalian semua tidak mungkin dilupakan dilupakan
Kalian semua sentiasa dalam ingatan
Dan tak mungkin dilupakan
Hanya doa yang dapat mengiringi kalian semua
Moga bahagia dunia dan akhirat
Kepada yang telah tiada, hanya Al fatihah yang ku sedekahkan"

AMIN



ISTIMEWA
SELAMAT HARI GURU

Untuk ahli2 keluarga terdekat

1. Adik ipar - cikgu Ina
2. Adik ipar - cikgu Azzah
3. Adik -cikgu Yob & isteri -cikguBibah
4. Adik ipar -Ustaz Karim & isteri -cikgu Ita
5. Adik ipar- cikgu Wahid & isteri - cikgu Intan
6. Adik ipar -cikgu Sharifah & suami - cikgu Rozaimi
7. Adik ipar - cikgu Rohani
8. Paling istimewa untuk disendiri - ibu Firdaus

MOGA KITA SEMUA MENJADI GURU YANG CEMERLANG
KEPADA ANAK BANGSA KITA

Hari Isnin 17hb Mei sama-sama kita nyanyi

GURU MALAYSIA


"Guru yang baik adalah guru yang berjaya menjadikan anak didiknya lebih baik dari dirinya"

AMANAH YANG DIBERI KAMI TAK PERSIAKAN
APA YANG KAMI JANJI
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN


IBU GURU MASIH DI SINI............................. NAK UCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA CIKGU2 KAT SEKOLAH IBU JUGA KEPADA SEMUA GURU2 DI MALAYSIA.........

Wednesday 12 May 2010

MASIH ADA HARAPAN.......................

Petang tadi en.suami sms

Pak Andeh : " Kita makan kat rumah malam ni, masak la apa-apa "

Mak Andeh : " Apa2 tu apa"

Pak Andeh : " Apa2 untuk makan malam "

Mak Andeh : "Berat2 ke, ringan2 ? "

Pak Andeh : " Berat2 le "

Mak Andeh : "Ok ......... bye"


Selalunya makan malam kat luar jer. Tetapi badminton punya pasal ...............aktiviti harian dibatalkan. Lagi pun dah tak tau nak tuju ke kedai mana................ semuanya dah cuba.


INI LAH HIDANGAN MAKAN MALAM

YANG BERAT2 TU

JOM MAKAN

Sambil menonton kekalahan Choon Han, hidangan ini pun selesai


IBU GURU MASIH DI SINI.......................MASIH TERASA KEKALAHAN DI TANGAN NEGARA MATAHARI TERBIT SEMALAM............... OK NAK SAMBUNG TENGOK BERGU KEDUA PULAK

Monday 10 May 2010

IBU................IBU.................... RATU HATI KU

(koleksi gambar -gambar lama)

SELAMAT HARI IBU UNTUK MAK TERSAYANG

"Apabila tertutup sudah mata seorang ibu, maka hilanglah
satu keberkatan disisi Allah...........
Ya................. doa ibu tidak lagi mengiringi mu "


HARGAILAH MEREKA SELAGI MASIH ADA

Selamat Hari Ibu
(walaupun terlambat sehari)

BUAT IBU TERSAYANG
JUGA UNTUK IBU MERTUAKU
IBU-IBU SAUDARA YANG DIKASIHI
SEMUA YANG BERGELAR IBU
DAN
YANG TERISTIMEWA BUAT IBU FIRDAUS


Jom kita hayati lagu ini
(koleksi lagu lama)





IBU GURU MASIH DI SINI....................BAHAGIA DIBERINYA KESEMPATAN MERASAI NIKMATNYA MENJADI IBU

Thursday 6 May 2010

PANTUN DUA KERAT


Kata Sally masa ibu datang ke tempat kerja sekarang, Sally dalam tingkatan 5. Tapi ibu tak perasan akan dia. Dua tahun lepas Sally datang menjadi sebahagian dari warga sekolah ibu. Masa dia datang barulah kawan2 cerita mengenai perjalanan hidup nya. Dia seorang pelajar yang boleh dikatakan pelajar ada masa depan. Tapi lepas tingkatan 6, Sally terus kawin dan dikurniakan ada beberapa orang anak. Tapi jodoh, ajal maut ditangan tuhan......... tak dapat kita nak ramal. Suaminya meninggal semasa anak-anaknya masih kecil. Jadilah Sally sebagai "single parent" membesarkan anak-anaknya. Mungkin telah ditentukan Sally bertemu jodoh setelah lapan tahun bergelar ibu tunggal. Sally merupakan isteri kedua. Memanglah hidup berpoligami ni banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi madu si Sally ni sekampung dan saling mengenali.

MAKAN KEROPOK IKAN PARANG

Beberapa hari lepas, semasa makan di kantin Sally memberitahu dia ada menghadiri kursus haji yang diadakan di masjid berhampiran dengan kediamannya. Kata Sally ramai bakal-bakal haji yang menghadiri kursus hari itu. Kata Sally, ada seorang KAKAK PERAMAH kebetulan duduk disebelahnya semasa mengikuti kursus itu. KAKAK PERAMAH pun mula bertanya kepada Sally seperti Michell dalam melody,

Nama apa?
Tinggal mana?

Kerja di mana?
Suami kerja apa?
Suami kerja kat mana?

Akhirnya KAKAK PERAMAH tahu siapa Sally sebenarnya. Kata Sally mungkin KAKAK PERAMAH tu kawan atau saudara madunya. KAKAK PERAMAH yang tadi ala-ala Michell, terus meminta buku catatan Sally terus menggunakan pena pula untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Sally. Sampainya hati KAKAK PERAMAH menulis pantun dua kerat yang berbunyi:


MAKAN KEROPOK IKAN PARANG
JANGAN AMBIK LAKI ORANG



Terkejut Sally dengan tindakan KAKAK PERAMAH tu.

Sally: Bila agaknya akak nak ke Tanah Suci ?

Kakak Peramah: Insyallah............. tahun ni.

Sally: Akak................. sebelum akak berangkat, eloklah akak dalami ilmu dulu dan bersihkan hati akak dahulu.


Kata Sally hanya itu yang mampu dibuat...................... hatinya sedih


IBU GURU MASIH DI SINI..........................MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SALLY
DUNIA DAN AKHIRAT........ MOGA TABAH MENGHADAPI CABARAN

Monday 3 May 2010

BONDA KU SI IKAN KALOI


NAMA SAINTIFIK IKAN AIR TAWAR


IKAN KALOI
osphroremus garomi


IKAN HARUAN
channa striatus ( bloch)



IKAN KELAH
tor tambroides


IKAN KELI
clarias batrachus


IKAN LAMPAM
puntius schwanen feldii


IKAN JELAWAT
ceotobarbus hoeveni


IKAN PUYU
anabas testudineus


IKAN BAUNG
mystus nemurus


IKAN KELISA

scleropages formosus

IKAN SEPAT
trichogaster pectorasis

Nama saintifik ikan air tawar tajuk P&P hari ini. Walaupun istilah-istilah itu agak sukar disebut tetapi pelajar-pelajar berusaha untuk menyebut dengan betul. Maka terdengarlah sebutan-sebutan yang melucukan. Diakhir P&P objektif untuk tajuk ini tercapai, semua (12 orang) dapat menyebut, mengeja dan melabelkan ikan-ikan air tawar ini dengan betul.

Ada 5 minit lagi sebelum waktu rehat.

pelajar : cik gu nak tanya soalan boleh ?

cikgu kh: ya

pelajar : cikgu ..............ikan kaloi tu yang dalam cerita
bawang putih bawang merah tu ke ?

cikgu kh: dalam bawang putih bawang merah ada disebut
ikan kaloi kan................. ya le tu .

pelajar: kita boleh makan tak ikan kaloi tu ?

cikgu kh: pendapat kamu ?

pelajar: tak boleh cikgu ?

cikgu kh: kenapa tak boleh..........ikan kaloi ni sedap tau.

pelajar: saya tak makan la cikgu, tak sanggup!!!!!!!

cikgu kh: kenapa ?

pelajar: saya teringatkan mak Bawang Merah cikgu....... kesian dia


Cikgu kh tersenyum lalu ketawa, pelajar lain ketawa . Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Dah pukul 10 patut la dah tersa lapar . Sambil berjalan keluar kedengaran..............wahai bondaku si ikan kaloi............timbul lah bonda ooi ..............timbul lah tunjukkan diri.........nasi malukut dengan sayur keladi.............. nasi malukut sayur keladi untuk bonda ku di pagi hari..........wahai bonda ibu kandungku................... Di kantin............. terpandang masak lemak cili api pucuk paku............. kalaulah ada masak lemak cili api keladi ............. alangkah sedapnya......... nyam3x..........................


IBU GURU MASI DI SINI............................... SUKA MASAK TEMPOYAK IKAN SUNGAI