Saturday 23 April 2011

RFC KE KFC ? PILIH JANGAN TAK PILIH


My ex-tunang ajak dating kat Sungai Petani.
Ada urusan mengenai kereta nya.
Terus bersiap......... ajak my bujang sekali.
Kalau berdua-duaan tak seronok pulak.
Habis urusannya ..........
My ex-tunang ajak lunch.
Pusing-pusing bandar SP sambil berbual-bual.
Petang.........
My bujang ajak pekena RFC kat Laguna Merbuk.
I & my ex-tunang OK jer..............


Parking kat depan tu.....

Kat luar pun boleh
tapi I, my ex-tunang & my bujang masuk dalam
lebih selesa ada econ..............


Kita order ini .........


........dan ini................


dan ini jer.........
cause dah lunch tadi, tak le lapar sangat.
saja nak bersantai kat dalam tu jer.....


Kenapa I with my ex-tunang datang RFC?

~ dimiliki oleh syarikat HPA .. 100% dimiliki oleh orang Islam
~ mengamalkan prinsip halalan toyyibah dalam semua urusan
~ menggunakan ayam organik iaitu ayam yang bebas daripada bahan kimia
~ rasa yang sedap..setanding malah lebih baik daripada jenama terkenal
~ pelbagai pilihan menu
~ harga yang berpatutan



Bagi yang belum pernah cuba.. carilah kesempatan mencuba RFC..

bersama kita menyokong ekonomi ummah.


IBU GURU MASIH DI SINI.................. JANGAN ADA YANG BERKATA-KATA TAU...... SEBENARNYA MY EX-TUNANG TU SEKARANG DAH JADI MY HUSBAND @ MY LALING.....................................




Monday 18 April 2011

JALAN-JALAN KE FELDA



Dapat undangan majlis perkahwinan dari classmate my laling.
En. Azhari dan Pn. Nurfisah ,melangsungkan perkahwinan puteri sulungnya.
Nur 'Adilla dan pasangannya Ahmad Afifi affiq.
Bertempat:
Dataran Klah Homestay
Felda Sg. Klah
Sungkai, Perak

Menujulah kami ke homestay Sg. Klah.
Dah lama tak masuk felda ......
cantik permandangan yang menghijau.


Pintu masuk Dataran Klah.
Ada replika labu sayung

Dewan tempat makan beradab pengantin dan pelamin.
Disinilah berlakunya reunion my laling dengan kawan2nya.
Pelajar-pelajar dari Sek. Izuddin & Sek Raja Perempuan Taayah
IPOH. ( 1975 - 1979)
Maklumlah dah lama tak jumpa panjang le cerita.
Nasib baik ada my bujang.


Inilah Dataran Klah......... Tempat tetamu menjamu selera.



Pelakon Gerak Khas ni pun ada.
Salah seorang classmate my laling sekarang ni pegawai polis kat IPK Penang.


Hajat nak kesini tak kesampai ..................
Menuju ke Slim River pula 20km dari Felda Sg. Klah.



Inilah tujuan nak ke Slim nak tengok baby baru.
Cucu FIL yang ke 28.
Tahniah buat SIL
Madhihah namanya.
Baru seminggu usianya.
Comel macam Kakaknya Mysarah.


IBU GURU MASIH DI SINI .................. SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA PERAK. BUKAN WARGA PERAK PUN TUMPANG CUTI JUGAK.......................






Saturday 16 April 2011

MUSIM PESTA PANTUN



Manis wajah berseri-seri

Kala memetik bunga ditaman
Selaut kasih seharum kasturi
Terpatri budi terpahat berzaman

Pagi-pagi menyapu halaman
Guna lidi pohon kelapa
Terpahat budi terpahat berzaman
Kasih mu sayang takkan ku lupa

Putih bersih tampak berseri
Mekar kemboja penyeri halaman
Bersama kasih ilmu di beri
Budi terpahat sepanjang zaman



IBU GURU MASIH DI SINI........... KAGUM DENGAN KEPETAHAN ANAK-ANAK MELUAHKAN BAIT-BAIT PANTUN SECARA SEPONTAN

Monday 11 April 2011

ZAMAN KANAK-KANAK RIBENA


TANPA MU


Biasanya aku lelap tidur…
Terbangun ‘tuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh

Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau terlalu jauh

Kucuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku

Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu

Korus
Sayang kuingatkan dirimu….
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.

Sayang kuingatkan dirimu….
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu
.

( Al-Fatihah utk arwah ayah )




PERKARA-PERKARA YANG PALING AKU TAKUTI
DIZAMAN KANAK-KANAK


Pertama
Isu sensitif. ya, aku takut jika Allah tentukan kepada aku untuk menerima kehilangan ayah+mak .

Tapi sekarang.......... aku berjaya menerima kenyataan bahawa Allah lebih menyayangi ayah ku.

Kedua
Bilamana aku akan terpaksa tinggalkan kampung halaman untuk merantau/melanjutkan pelajaran/bekerja.. Ohh! tidak. payah sekali menerima hakikat ayat disitu. dan for sure, saya akan menangis setiap masa.

Tapi sekarang ................. yang paling aku takuti tu telah berjaya aku lalui

Ketiga
Aku juga takut untuk menerima facts yang mengatakan aku telah gemuk. walaupun, kadang-kadang saya berpura-pura macamni "bila lah nak gemuk ni?"

Tapi sekarang......... aku telah berjaya mengharungi dengan jayanya tanpa rasa takut...........

Keempat
Aku takut jika aku hilang ingatan. dan lupakan semua memori indah aku. terutamanya kenangan bersama kawan-kawan

Tapi sekarang ............ kenangan manis bersama-sama kawan-kawan masih segar dalam ingatan


IBU GURU MASIH DI SINI.............. IMAGINASI ZAMAN KANAK-KANAK .......... BILA DIFIKIRKAN ENTAH APA-APA ............



Thursday 7 April 2011

PERGI TAK KEMBALI


Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke kali,
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun kehati


Dah hampir sebulan ibu guru perhatikan si punai mengeramkan telurnya diatas pokok amra di rumah mak bonda. Cantik bulunya berwarna hijau lumut. Mak bonda kata burung punai. Semalam balik sekolah singgah rumah mak bonda ............... terus ke sarang burung punai tu. Ya Allah ...........cantiknya ibu dan dua ekor anak nya. Pic kat atas tu jer yang sempat snap. Sekali lagi nak snap, makin hampir dengan ibu dan sepasang anak ............... tiba-tiba ketiga-tiganya terus terbang. Dalam masa dua minggu selepas menetas dah boleh terbang. Kali ini si ibu terbang dan tak kembali lagi. Selalu nya bila si ibu terbang keseorangan dia akan kembali lagi kesarang.................. Kata Aliff " Dah lari burung tu......... dia takut kat ibu nak tangkap gambar dia. ".............kini.............. semua penghuni teratak mak bonda akan merindui burung punai yang cantik tu.............


IBU GURU MASIH DI SINI................... BILA MAK BONDA KATA NAMA BURUNG ITU IALAH BURUNG PUNAI, ALIFF YANG DARJAH SATU TU TERSENYUM JER ......... KERANA BAGINYA ISTILAH BURUNG PUNAI IALAH .......................