Thursday 30 September 2010

CIK GU MAYA



Mesej dari FB.................... Cikgu Maya 26 September

"Sudah hampir 30 tahun tak berjumpa.Masihkah ingat dan masihkah kenal dengan saya.Kita pernah melalui lorong sempit beberpa minit melalui Pekan Bukit Mertajam.Kemudian mencelah di gerabak keretapi, atau mendaki jejambat sebelum menyeberang jalan memanjat bukit HSBM.Masihh terasa,manisnya mempelam air....Masihkah ingat pada Pak Chat?"

Cikgu Maya

terima kasih..hang ingat kat aku x?? :))

September 26 at 9:28pm · · · See Wall-to-Wal
    • iBu gUru Please................. cepat la kenalkan diri ........sentiasa ingat memori tu.
      September 26 at 9:32pm ·
    • Cikgu Maya ehwah-ehwah. Ingat tak Victoria High Chapparal
      September 26 at 9:33pm ·
    • iBu gUru cepat la........... dah lama dok cari geng2 BM.High baru dpt sorang.......
      September 26 at 9:35pm ·
    • Cikgu Maya Baru buat fb. Akhir thn taksibuk sgt. Aku kwn yg duduk satu bumbung dgn hang. Berjln sama2 ke sekolah......... ingat tak ?


Selesai solat isyak mengadap PC
Lama rasa tak buka FB
BZ dengan tugas harian.....letih bangat
menjelang PMR banyak aktiviti bersama pelajar-pelajar
yang disusun oleh pihak pentadbir......... boleh dikata setiap hari dan hari Sabtu
ada saja extra class........ untuk semua kelas

Dalam melihat rakan-rakan baru ........
tertarik dengan seseorang yang saya rasa amat mengenali saya.....
Cikgu Maya
saya langsung tak terfikir yang rakan baru itu adalah kawan saya
30 tahun dahulu..............
Bukan kerana sudah lupa..............
Tapi..........

Beberapa tahun lepas saya ada terdengar berita yang mengatakan
cikgu Maya telah kembali ke rahmatullah.............
meninggalkan enam orang anak,
kerana kanser payudara........
Ya ampun........ maaf Maya kerana memang selama ini
saya menyangka cikgu Maya ni dah tiada........
Dan bila saya lalu dihadapan rumah keluarga Maya memang
tak berpenghuni......... tampak usang rumah di Jalan Selamat tu
Kalaulah saya tak mendengar berita itu........
Melihat saja nama Cikgu Maya saya akan dapat meneka siapa gerangan
kawan baru dalam FB tu

Semasa chating dengan Maya barulah dapat tahu cerita sebenar,
Yang dah jadi arwah itu sebenarnya kakak Maya
Tahun 2004 pergi meninggal mereka semua........
Awal tahun 2005 abang sulongnya mengikuti jejak kakaknya
dan akhir 2005 abang ke tiganya pun turut sama
Dan katanya tahun 2006 menyusul orang yang paling disayangi
mak yam iaitu ibu Maya....
Dan nama Maya itu pun nama manjanya gabungan nama
ibu dan ayah nya Mariam dan Yahaya
Al fatihah untuk mereka semua...........
Moga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman



IBU GURU MASIH DI SINI..................... KEMBALI MENGENANG NOSTALGIA ZAMAN PERSEKOLAHAN, RAKAN-RAKAN .............






Tuesday 21 September 2010

SUATU HARI DI HARI RAYA

Pagi Raya Di Kampung Mertua

Bersama bapak2 dan Bujang2 (Farid & Faisal )


Yang pakai serban tu menantu sulong tokwan
Tn Hj. Abu Hassan

Bersama my Bujang 1( Firdaus )


Bersama adik ipar ( Ani)dan anak menakan ( Fadhil & Aishah)

Aishah & hubby


Aishah & Aishah

Pertama kali tok wan beraya tanpa opah
dikelilingi anak,menantu dan cucu pompuan
kecuali along & angah ....lelaki


Ni pula tokwan dikelilingi anak, menantu & cucu lelaki

Dari 8 orang anak tokwan 3 orang beraya di rumah mertua....
pak anjang, pak tam & chu
hanya mak long, mak ngah, pak lang(my laling),makteh & pakcik
beraya bersama tok wan di pagi raya
^
^
^
^
^

Petang Raya Bersama Mak & Adik

Abang sulong & adik bongsu beraya di rumah mertua
termasuk Ibu Guru & family


Mak dan adik2 ziarah pusara tokwan


Adik ke 3 Halim bersama familynya
Cikgu Lina, Hafiz, Hazim, Haziq & Rabiatul Adawiyah


Adik ke4 Hamid bersama familynya ....
kurang seorang kerana keletihan beraya ....tertidur


Happy......
Senyuman di hari raya


Warna warni hari raya
Ayah(Hamid) dan anak( Harith & Hafiz)
Banyak dapat duit raya........ tengok poket



Mak bersama menantu & cucu
Cikgu Azzah & Cikgu Lina
Alia, Aina & kak uyah



Kesayangan semua cucu mak paling muda
Alia Qistina
Seminggu sebelum raya masuk wad.....
semua panik & risau kata doktor appendix
rupa2nya sembelit


IBU GURU MASIH DI SINI............. GEMBIRA DAN SYUKUR DI HARI RAYA KERANA DAPAT BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA.......... MOGA BERSAMA LAGI DI SYAWAL AKAN DATANG ..............INSYALLAH


Thursday 16 September 2010

PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL

Assalamualaikum ............ Dah seminggu Ramadhan meninggalkan kita, Semestinya kita kan sentiasa merindui kedatangannya lagi ..............


"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.


Di Syawal yang mulia ini ....................................

“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari pada Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim)


Di antara kelebihan-kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal itu ialah :

1) Puasa enam umpama solat sunat sabelum dan selapas sesudah salat fardu bagi menampung kekurangan puasa fardu.

2) Puasa enam menjadi tanda diterima puasa Ramadan yang kita kerjakan.

3) Sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadan.

4) Mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya.



AMBIL KESEMPATAN DI BULAN YANG MULIA
MENGUCAPKAN SALAM AIDIL FITRI
KEPADA RAKAN-RAKAN
MAAF ZAHIR BATIN
DARI
IBU GURU & SUAMI



IBU GURU MASIH DI SINI....................... DAH MULA PUASA ENAM..................






Wednesday 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

Lega!!!!!!!!!!
Alhamdulillah..............
Dapat menyiapkan semua tempahan pelanggan.............
Yang penting raya tahun ini tak ada yang marah

Akhir sekali baju melayu my Bujang & my laling
Tak ketinggalan my baju raya


KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

ANDAI TERDAPAT KETERLANJURAN CORETAN..
TERKASAR BAHASA....
JUTAAN MAAF YANG DAPAT DI POHONKAN






IBU GURU MASIH DI SINI.............. NAK BERAYA DI KAMPUNG DENGAN MAK BERSAMA FAMILY................. TERINGAT KENANGAN INDAH BERSAMA ARWAH AYAH........... NAK BERAYA DI KAMPUNG MERTUA .......... TERINGAT KENANGAN MANIS BERSAMA ARWAH IBU MERTUAKU........... KEPADA YANG MENDAHULUI KITA ............ HANYA AL-FATIHAH YANG DAPAT DIKIRIMKAN...............