Saturday 31 December 2011

......2011 YANG BAKAL DI TINGGALKAN


UNTUK RAKAN-RAKAN MAYA



UNTUK CIKGU-CIKGU DAN ANAK-ANAK PELAJAR





IBU GURU MASIH DI SINI ........................ BERTAMBAH SETAHUN LAGU USIA KITA MOGA KITA SENTIASA DALAM PELIHARAAN ALLAH DALAM MENGHARUNGI PERJALANAN HIDUP YANG MENDATANG............. JUGA IBU GURU BERHARAP DIKURNIAKAN KITA KESIHATAN YANG BAIK DALAM MENJALANKAN TUGAS HARIAN SEBAGAI PENDIDIK.....


Monday 26 December 2011

CUTI DAH NAK HABIS....................



Minggu depan sekolah dah nak di buka.
Rasa cepat jer masa berlalu.
Selalunya menjelang jer cuti sekolah, macam2 perancangan yg dibuat......
Tapi entah kenapa tak terasa pun nak bercuti kemana-mana cuti sekolah kali ini.
Paling jauh sampai ke Ipoh jer.
Ada jemputan kenduri.
Rasa alangkah bahagianya berada di rumah.
Bak kata orang Rumahku Syurgaku.
Walaupun rumah ku hanya layak dipanggil pondok.
Tapi aku bahagia dimusim cuti sekolah ................

IBU GURU MASIH DI SINI ........................... WALAUPUN CUTI SEKOLAH AKTIVITI MENGAJAR TETAP BERJALAN. ANAK-ANAK MENAKAN DIHANTAR OLEH IBU BAPA(ADIK2 IBU GURU) MEREKA KE RUMAH IBU GURU UNTUK TUITION MATEMATIK. WALAUPUN MEREKA JUGA MERUPAKAN CIKGU DAN CIKGI. ALASANNYA BUKAN OPTION MATEMATIK.........
PADAHAL IBUGURU PUN BUKAN OPTION HANYA DIBERI KEPERCAYAAN OLEH PIHAK SEKOLAH UNTUK MENGAJAR MATEMATIK TINGKATAN 3. TAPI SANGAT HEPY MENGAJAR BUDAK MRSM & SEKOLAH BERASRAMA PENUH NI. TAK LAH MACAM BUDAK2 YANG YANG AKAN IBU GURU JUMPA MINGGU DEPAN. TAPI TAK APA SIAPALAH IBUGURU TANPA MEREKA..............................KEPUASAN YANG TIDAK TERHINGGA APBILA KEPUTUSAN PMR DIUMUMKAN BARU2 INI..........WALAUPUN ADA DIANTARA MEREKA YANG MASIH MERANGKAK UNTUK MEMBACA PUN LULUS..........................................................

Sunday 11 December 2011

APA KHABAR HATI



Assalamualaikum

Apa khabar kamu yang bernama Hati?
Masihkah lagi sihat?
Kuharap dikala usiaku begini......
Kau masih seputih salju
Damai dan tenang
Putih dan bersih............


IBU GURU MASIH DISINI.............. MOGA YANG AMPUNYA HATI INI SENTIASA MEMELIHARA DARI SEGALA NODA DAN DOSA................ AMIN



Tuesday 6 December 2011

10 MUHARRAM 1433H


ASSALAMUALAIKUM


♥ Selamat Hari Asyura 10 Muharram 1433H ♥
kepada yg berpuasa hari ini selamat menjalani ibadah puasa ..


Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,

maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;

dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa',

maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah,

dan 10,000 orang mati syahid;

dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',

maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.

Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa',

maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka



IBU GURU MASIH DI SINI............... MUDAH-MUDAHAN IBADAT KITA DITERIMA DAN MENDAPAT GANJARAN YANG DIJANJIKANNYA............ AMIN.




Thursday 17 November 2011

16 .11. 2011 ...................HAPPY BIRTHDAY


MY LITTLE PRINCESS
Alieya Qistina
4 tahun la


MY LOVELY BUJANG
Firdaus Fahmi
Dah boleh mengundi dah PRU 13




IBU GURU MASIH DI SINI .............. MOGA MENJADIANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH....... ITULAH DOA IBU

Saturday 12 November 2011

................... SEDEKAHKAN AL FATIHAH....................


Sedih dengan tragedi kemalangan maut yang menimpa pelajar dan guru dari Kulim dekat Slim River untuk ke Kuala Lumpur. Bukan senang nak organise rombongan pelajar ni...... terutama tambang dan paperwork. Ada student yang teringin sangat nak pergi tapi tak ada duit. Ada yang cukup duit tambang tapi duit makan tak ada. Jenuh tawar menawar tambang bas, harapkan duit tu untuk tapau breakfast untuk pelajar dalam bas............. Namun semuanya berbaloi bila ada parents kata : Terima kasih lah cikgu, bawak anak saya berjalan-jalan.............. Harapkan kami memang tak mampu........dan juga hilang letih tengok pelajar enjoy the trip.................... walaupun ada yang termuntah sebab jarang dapat peluang berjalan-jalan


Kepada yang terkorban kita sedekahkan Al-Fatihah......... dan takziah utuk keluarga mereka moga tabah dan bersabar menerima ketentuan ilahi ini....................

IBU GURU MASIH DI SINI............. SYUKUR ALHAMDULILLAH......... DILINDUNGI ALLAH PERGI BALIK. TIDAK ADA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU SEHARIAN BERSAMA PELAJAR PADA HARI RABU LEPAS DALAM ROMBONGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 KE PULAU PINANG..................







Saturday 22 October 2011

......................... IBU RISAU

Masa kat sekolah SMS my Bujang
Ibu
" Apa dah jadi kat UIA"
My Bujang
" Jadi apa Bu........ arini bz kelas penuh"
Ibu
" x der per........... saje tanya"



Petang dapat SMS dari
My Bujang
" Dus x tau apa, petang ada kelas lps Jumaat
terus balik bilik, tadi baru kwn citer "

Ibu
" x payah join, balik bilik dok diam2"

My Bujang
"Ada dalam berita ke bu "

Ibu
" x adalah, tgk tenet jer "



Jangan2 la ada rope my Bujang.
Selesaikan kuliah mu dulu.


IBU GURU MASIH DI SINI................. ALHAMDULILLAH MY BUJANG TAK TERLIBAT ..... RISAU KOT-KOT ADA MUKA DIA SITU.................

Saturday 15 October 2011

SELAMAT MENJADI TUNANGAN ORANG......

Lapang .
Boleh la buat en3 baru.
Rasa dah nak bersawang dah.

Citer ni pun rasa nak basi dah.
Dua minggu lepas berkonvoi ke Banting.
Adala lebih kurang 10 bijik kereta.
Rasa macam tak konvoi la .........
Pergi asing2.

My bro inlaw ustaz Karim & anak menakan Fadzil.
Depa bertolak selepas solat Jumaat 30/9.
My Laling & my bro. inlaw Rashid.............
Bertolak lepas asar.
Bro. inlaw Wahid & sis. inlaw Sharifah dari Slim River .........
Bertolak keesokan nya........... selepas subuh.
My sis. inlaw Ani ................
Terus dari KL ke destinasi.
My Bujang pun dari UIA terus destinasi malam itu juga.


Hanya dengan berpandu nama tempat Sg. Lang dan gambar rumah yg di print dari FB my anak menakan Faisal, sampailah kami kesini lebih kurang pukul 11 malam. Boleh diberi pujian untuk my laling dalam kegelapan malam dapat juga mencari tempat ini. Sikit saja silap homestay ini terletak lorong 1, kami terlajak ke lorong 3. Maka bermalamlah kami di homestay ini yang lengkap segalanya.


Sebenarnya...................
Bukan sahaja............ bukan saja, kita kemari.................
Beratus kilometer kami datang dari utara ke Kancung Darat Banting.
Tujuannya untuk menyatukan dua hati teruna dara yang kat atas tu.
Maka pada hari Sabtu bersamaan 1.10.2011, tepat pukul 2 petang
rombongan Che Kiah punbertolaklah dari homestay tu kerumah pujaan hati
my anak menakan Mohd. Faisal iaitu Roziliana. Depa ni sama study kat UIA &
Faisal seorang jurutera, Roziliana baru menerima ijazah undang2 pada konvo
UIA baru2 ini.



Untuk keduanya......
Selamat Bertunang dan moga dipanjangkan jodoh.......
Moga bahagia selalu
Dari Mak Lang & Pak Lang
( panggil dari anak menakan sebelah my laling )


IBU GURU MASIH DI SINI....................... GEMBIRA SANGAT.......... BERTAMBAHLAH AHLI KELUARGA MY FIL...... DAN AKAN BERTAMBAH LAGI TAHUN DEPAN..........

Wednesday 5 October 2011

HARI KEDUA PMR

Hari hari kedua ..............
Aduh boring bangat...............
Pagi..............

Paper English 1 & 2 ..........
Masalah biasa.................. " cikgu saya lupa bawa pen "
" cikgu soalan ni tanya ape "
" cikgu dah siap ....... nak keluar "

" cikgu tak bawa IC"
" cikgu slip peperiksaan tertinggal "
Petang
Paper Geografi ...............
Masalah biasa ................." cikgu nak pergi tandas.......... nak basuh muka....ngantuk "
( aduh tandas nya jauh )
" cikgu nak pinjam protaktor kawan boleh tak "
" cikgu benang tak ada "
" cikgu belum siap ....... tadi saya tertidur "


IBU GURU MASIH DI SINI............... BILA TENGOK CALON MENGANTUK PENGAWAS PUN NGANTUK ............... NASIB BAIK ADA FARHANA BEKAS ANAK MURID SEKARANG DAH JADI CIKGU .......... BOLEH JUGA SOK SEK SOK SEK ............. HILANG LA NGANTUK

........... VERY HEART TOUCHING................







When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
U Asked Me: "What Is It?"
When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
U Blushed.. U Look Down And Smile..
When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..
When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N
Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."
When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."
When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."
When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..
When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..
When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..
When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
I Didn’t Say Anything But Cried.

Ibu Guru Masih disini................
Very touching...Ya Allah..andai suamiku ini adalah pilihan mu di Arash berilah aku kekuatan utk terus bersamanya. Andai suami ku inilah yg akan membimbingku di titian mu kurniakanlh aku sifat kasih sayang dan redha atas segala perbuatannya. Andai suamiku ini adalh bidadara utkku di syurga mu, limpahkanlah aku dgn sifat tawaduk akan segala perintah mu. Andai suamiku ini adalh yg terbaik utkku, peliharalh tgkah laku ku drpd menyakiti perasaannya. Amin, amin.




Monday 3 October 2011

ESOK PMR ....................... SELAMAT MENJAWAB..

Hari ini tak pi sekolah ...............
Ke SMKSK talimat pengawasan PMR...............
Maknenyer seminggu le tak jumpa orang di sana.........
Disana tempat ku mencari sesuap nasi ...............
Yer.............. seminggu la x dapat menternak lemak...............
Pasti merindu suasana dan makanan kantin liza.............
Selamat berguyang kaki cikgu2 form 3 yang ada kat sekolah tu...........
Jelesnyer .............



IBU GURU MASIH DI SINI.......................... MOGA ANAK-ANAK DIDIK IBU SEMUA DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG................IBU DOAKAN MOGA KALIAN BERJAYA DENGAN CEMERLANG

Tuesday 13 September 2011

AINA' SYAHIRAH

MOGA BEROLEH KEJAYAAN ..............


IBU GURU MASIH DI SINI............. IBU UCAPKAN SELAMAT MENJALANI UPSR DAN JUGA IBU IRINGI DOA MOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG..........

Saturday 30 July 2011

MARHABAN YA RAMADHAN


ISTIMEWA UNTUK RAKAN DI ALAM MAYA


Lusa..............

semua umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak
................bersyukur lah kita jika masih diberi peluang bersama-sama orang tersayang untuk memeriahkannya ...............
Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir .........
tentunya kita tidak akan melupakan mereka yang tersayang......... pastinya kita akan menyeru mereka memeriahkan Ramadhan .....
kita buru .......
kita cari ......
satu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan....
Namun ....
tidak akan ada diantara kita yg bakal mengetahui...
apakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir bagi dirinya... yang mampu bagi seseorang hamba itu........
hanyalah berusaha...
bersedia.....
me​minta belasNya ...



IBU GURU MASIH DI SINI.............. KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA............ AGAR DAPAT KU LALUI DENGAN SEMPURNA............. TIAP RAMADHAN KU BERDOA MOGA DIPERTEMUKAN LAGI RAMADHAN DI TAHUN HADAPAN..............................


Thursday 21 July 2011

ANDAI KU TAHU

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


IBU GURU MASIH DI SINI ................. SAYU SEMASA MENONTON BULETIN UTAMA 16 JULAI YANG LALU........ MELIHAT MOTASIKAL DAN BARANG-BARANG KEPUNYAAN PEMILIKNYA BERTABURAN DILEBUH RAYA KARAK BERHAMPIRAN TEROWONG GENTING SEMPAH ................. HASRATNYA UNTUK PULANG KEKAMPUNG UNTUK
BERCUTI SEMESTER DI FELDA ULU JEMPOL TIDAK KESAMPAIAN ........... PENUNTUT SEMESTER 5 UITM SERI ISKANDAR TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA................... DI KALA AKU DAN KELUARGA SEDANG MENONTON BULETIN UTAMA, DISAAT ITU LAH JENAZAH NYA SEDANG DI SEMADIKAN..............DIMALAM PENGHULU SEGALA HARI KU HADIAHKAN AL FATIHAH DAN YAASIN BUAT ANAK SEDARA KU MOHAMAD FIRDAUS SAIDIN .......MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA DAN ALFATIHAH JUGA KU KIRIMKAN BUAT ABANGNYA MOHAMAD SOFIAN SAIDIN YANG MENDAHULUI............. JUGA PERGI SEMASA MENJADI SISWA DI UITM SHAH ALAM 10 TAHUN YANG LALU......................... MOGA ABANG DIN DAN KAK IDAH TABAH MENGHARUNGI NYA...........DariNya kita datang kepadaNya jualah kita akan kembali ...........................

Friday 15 July 2011

KESEMPATAN YANG SEDIKIT CUMA

Menjelma lagi penghulu segala hari................

" mulakanlah harimu dengan memuji Allah,
seiring siulan burung ceria berterbangan,
berzikirlah dengan alunan asma al-husna,
bersyukurlah kita masih dibangkitkan,,
mulakanlah dgn usaha memuji Allah,
pergilah mencari rezeki semai bakti dan budi
carilah nikmat yang banyak berlandaskan syariat
agr hidup kita semua selamat.."


IBU GURU MASIH DI SINI ................... SETIAP ORANG DIBERI 24 JAM...............MENGAPA TAK BERKESEMPAT ............ DAH BERSAWANG BLOG NI...... MESTI MENDALAMI LAGI PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN......


Thursday 30 June 2011

LALAI DAN ALPA ........



Peristiwa Isyrak dan Mikraj
Solat 5 waktu difardukan
Ketika diakhir usia Baginda .............
Diwasiatkan solah......... solah........... solah...........
Tiang agama..................
Andai kata aku terlalai....................

seksa meninggalkan solat fardhu.....
isyak:Allah tdak redha hidup di bumiNya dan menggesa mencari bumi yg lain....
asar:dosanya seperti membunuh 1000 umat islam....
zohor:dosanya seperti meruntuhkan kaabah....
maghrib:dosanya seperti berzina dengan ibunya bg lelaki dan berzina dengan bapanya bagi perempuan....
subuh:akan diseksa selama 60 tahun dalam neraka....

IBU GURU MASIH DI SINI ........................PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI............ KU SEDARI DIRI INI SELALU LALAI DAN ALPA DENGAN DUNIA YANG HANYA SEMENTARA ................

Sunday 19 June 2011

KU UCAPKAN DAN KU TERIMA UCAPAN...............


SELAMAT HARI BAPA

Sungguh menyentuh hati
Sebak rasa di dada
Mengingat pengorbanan seorang ayah
Yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah
Sungguhnya tidak terbalas
Lahirnya kejayaan seorang anak
Senyum seorang ayah
Melihat keringatnya berganti najah


UNTUK SEMUA YANG BERGELAR BAPA

Selamat Hari Bapa


IBU GURU MASIH DI SINI........................KU KIRIMKAN AL-FATIHAH & AYAT-AYAT SUCI BUAT AYAHANDA DI SANA ............. BAHAGIALAH DIKAU DI SANA MOGA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH................... DAN BUAT YANG TERSAYANG AKAN KU UCAP .......... "HAPPY FATHER'S DAY .....................DAN SUDAH TENTU AKAN KU TERIMA UCAPAN ........... HAPPY BIRTHDAY TO YOU DEAR..........



Tuesday 7 June 2011

HANYA 5 MINIT AJE




Sangat menyentuh perasaan dan terkesan...........semoga dapat ambil iktibar dan di jadikan pengajaran kepada kita semua..............
Hanya 5 minit aje...tajuk halaqah hari ini yang dikendalikan oleh Ustaz Roslan Mohamad memberikan kita kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya masa meluangkan masa untuk anak2...kerana anaklah pembela ibu bapa di akhirat kelak..semoga kita dapat memanfaatkn masa 5 minit ini....
Betapa berat amanah ini..Ya Allah jadikan anakku anak yg soleh dan berbakti kepada org tua..dan Ya Allah bimbinglah hambamu ini agar sentiasa berada d jalan Mu.
"Ya Allah, ampunilah kami semua... kami lalai dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.. .ya Allah, pimpinlah kami untuk mnjadi seorang ibu mithali, ibu yg solehah............
Ibu, teruskan lah doamu agar aku menjadi anak yg solehah..dan janganlah engkau jemu denganku. Ya Allah, dan bimbinglah aku untuk membimbing anak2 ku menjadi soleh & solehah, dan janganlah Engkau jemu denganku, dan jauhkan kejemuan dari hatiku..amin.."



IBU GURU MASIH DI SINI................ BELUM PUN BERAKHIR RANCANGAN HALAQAH DAPAT SMS DARI CIKGU RASHID , " AL - FATIHAH. CIKGU WAHAB SAUD MENINGGAL PETANG TADI DAN AKAN DIKEBUMIKAN ESOK PAGI DIKAMPUNG PANDAK PUTIH " MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG2 YANG SOLEH............ REBUTLAH 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA.



Sunday 29 May 2011

29 MEI 38 TAHUN YANG LALU



AL FATIHAH




22 Mac 1929 - 29 Mei 1973
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau.




IBU GURU MASIH DI SINI.......................... BANYAKNYA UNDANGAN HARI NI............ YANG PASTINYA KAT JALAN P.RAMLEE .................. PENANG .............. TUNGGU YER PAK NGAH

Wednesday 18 May 2011

BILA CIKGU MARAH.......................


IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”.

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu.


LANGKAH-LANGKAH SERTA MERTA
YANG MAMPU KU LAKUKAN
APABILA MARAH


  1. Berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  2. Bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah.
  3. Membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.
  4. Apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah.


IBU GURU MASIH DI SINI ..................... HANYA MANUSIA BIASA .......... GURU BIASA BUKAN GURU PENDETA..................



Sunday 15 May 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Selamat Menyambut Hari Guru Buat Rakan-Rakan Guru




GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


IBU GURU MASIH DI SINI ................ BESOK 16 MEI 2011 DI PERHIMPUNAN PAGI SAMA-SAMA KITA NYANYIKAN LAGU KERAMAT KITA............ GURU MALAYSIA






Sunday 8 May 2011

TIBA-TIBA RINDU ............. KAT HARITH


Rasanya lama dah tak berbual-bual dengan Harith.
Rindu pulak kat bujang tu.
Pagi tadi si bujang Firdaus dah balik ke UIA


Yang no 3 dari kanan tu Harith.
Sekarang kat SBP STAR Ipoh .
Tinggal kat asrama.
Comey nyer cikgu Harith..........


Sejak kat STAR jatuh cinta kat Rugby pulak.
Permainan yang ibu paling tak suka jadi minatnya .
Melihat kesungguhannya terpaksa semua keluarga merelakan.
Mewakili sekolah .................. bawah 14 tahun.
Cuti hari pekerja minggu lepas pun tak balik.
Sedih juga tengok anak orang yang tinggal di asrama balik.


Permainan yang lasak jadi minatnya.........
Kenapalah tak minat badminton.
Tak la kotor macam tu


Cuti hari pekerja ke Sek. Sains Selangor.
2 bulan lepas USM Rugby open..........
Sekolahnya mengambil bahagian, dia mewakili sekolah
Walaupun USM tu depan rumah ibu...........
Tak nak bermalam dirumah nak bersama kawan2 & cikgu2nya
Harith......Harith


Game ni masa kat Melaka, cuti hujung tahun lepas


Alangkah indah jika masa ni dapat berulang kembali.
Anak2 sentiasa disisi........
Harith yang baju biru tu...... masa tu baru tahun 1
Gembira bersama sepupu2 kat rumah tok di musim cuti.
Yang baju merah tu adiknya Aina sekarang tahun 6.
Tahun depan ?


IBU GURU MASIH DI SINI................. ESOK HARITH AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MOGA HARITH DAPAT MENJAWAP DENGAN TENANG........ DAN DAPAT BERSAMA MASA CUTI SEKOLAH NANT

Saturday 7 May 2011

SETIAP HARI ADALAH HARI IBU ........


SELAMAT HARI IBU
BUAT RAKAN-RAKAN MAYA
YANG BERGELAR IBU.................





IBU GURU MASIH DI SINI.................... SAMBUTAN HARI IBU MENJELMA LAGI .......BAGI KU SETIAP HARI ADALAH HARI IBU................

Saturday 23 April 2011

RFC KE KFC ? PILIH JANGAN TAK PILIH


My ex-tunang ajak dating kat Sungai Petani.
Ada urusan mengenai kereta nya.
Terus bersiap......... ajak my bujang sekali.
Kalau berdua-duaan tak seronok pulak.
Habis urusannya ..........
My ex-tunang ajak lunch.
Pusing-pusing bandar SP sambil berbual-bual.
Petang.........
My bujang ajak pekena RFC kat Laguna Merbuk.
I & my ex-tunang OK jer..............


Parking kat depan tu.....

Kat luar pun boleh
tapi I, my ex-tunang & my bujang masuk dalam
lebih selesa ada econ..............


Kita order ini .........


........dan ini................


dan ini jer.........
cause dah lunch tadi, tak le lapar sangat.
saja nak bersantai kat dalam tu jer.....


Kenapa I with my ex-tunang datang RFC?

~ dimiliki oleh syarikat HPA .. 100% dimiliki oleh orang Islam
~ mengamalkan prinsip halalan toyyibah dalam semua urusan
~ menggunakan ayam organik iaitu ayam yang bebas daripada bahan kimia
~ rasa yang sedap..setanding malah lebih baik daripada jenama terkenal
~ pelbagai pilihan menu
~ harga yang berpatutan



Bagi yang belum pernah cuba.. carilah kesempatan mencuba RFC..

bersama kita menyokong ekonomi ummah.


IBU GURU MASIH DI SINI.................. JANGAN ADA YANG BERKATA-KATA TAU...... SEBENARNYA MY EX-TUNANG TU SEKARANG DAH JADI MY HUSBAND @ MY LALING.....................................




Monday 18 April 2011

JALAN-JALAN KE FELDA



Dapat undangan majlis perkahwinan dari classmate my laling.
En. Azhari dan Pn. Nurfisah ,melangsungkan perkahwinan puteri sulungnya.
Nur 'Adilla dan pasangannya Ahmad Afifi affiq.
Bertempat:
Dataran Klah Homestay
Felda Sg. Klah
Sungkai, Perak

Menujulah kami ke homestay Sg. Klah.
Dah lama tak masuk felda ......
cantik permandangan yang menghijau.


Pintu masuk Dataran Klah.
Ada replika labu sayung

Dewan tempat makan beradab pengantin dan pelamin.
Disinilah berlakunya reunion my laling dengan kawan2nya.
Pelajar-pelajar dari Sek. Izuddin & Sek Raja Perempuan Taayah
IPOH. ( 1975 - 1979)
Maklumlah dah lama tak jumpa panjang le cerita.
Nasib baik ada my bujang.


Inilah Dataran Klah......... Tempat tetamu menjamu selera.



Pelakon Gerak Khas ni pun ada.
Salah seorang classmate my laling sekarang ni pegawai polis kat IPK Penang.


Hajat nak kesini tak kesampai ..................
Menuju ke Slim River pula 20km dari Felda Sg. Klah.



Inilah tujuan nak ke Slim nak tengok baby baru.
Cucu FIL yang ke 28.
Tahniah buat SIL
Madhihah namanya.
Baru seminggu usianya.
Comel macam Kakaknya Mysarah.


IBU GURU MASIH DI SINI .................. SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA PERAK. BUKAN WARGA PERAK PUN TUMPANG CUTI JUGAK.......................