Semasa makan kat kantin tadi, banyak juga topik2 yang dibualkan. Ada yang tak puas hati kena relief sampai 2 period Isnin kena Selasa pun. Ramai kawan2 terlibat dengan sukan daerah, jadi banyaklah yang kena relief. Nasib lah.........ibu guru arini pun kena relief tapi seperiod jer. Esok tak tau lah.......... tunggu............. rasa2 cam nak kena jer. Itu bab relief.
Kemudian dapat pula berita sedih mak kaunselor cik gu Wahida kembali kerahmatullah. Pagi tadi tengok Wahida hepy jer. Kesian Wahida tak sempai maknya nak tengok dia naik pelamin cuti Jun nanti. Alfatihah untuk allahyarham moga ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin....
Diikuti dengan bab rumah pulak. Dalam ramai2 tu terdengar, "tak elok kalau rumah tak berpenghuni lama2 nanti ada makhluk lain yang menghuni "
Ibu guru menyampuk " mak KP kata bukan rumah saja, bilik di rumah kita pun jangan dibiar kosong tanpa penghuni dalam jangka masa yang lama. Rumah KP ada 4 bilik, KP akan pastikan kesemua bilik2 itu boleh digunakan untuk rutin harian seperti solat, tidur, membaca dan lain2 lagi aktiviti harian. Maknanya boring bilik 1 pergi bilik 2, boring bilik 2 pergi bilik 3, boring kat tingkat atas turun kat bawah. Selalunya KP dengan en.suami jer kat rumah. Jadi tak sempatlah penghuni lain nak menghuni. "
Tiba2 cikgu muda bertanya " Kerja2 mengemas tu KP ka bibik yang buat ? "
Dalam kelas semasa pelajar2 ibu sedang menyiapkan kerja kayu mereka, ibu terfikir mengapa cikgu muda bertanya begitu. Pada firasat ibu, mungkin dia terfikir mampu kah ibu yang dah berusia begini melakukan kerja2 rumah begitu. Maka tersedarlah ibu dari lamunan............. DAH TUA RUPANYA AKU NI................
IBU GURU MASIH DI SINI................................ KU CERITAKAN PADA EN.SUAMI................................katanya..... TAHU TAK PE...........................