Saturday 29 January 2011

ZIARAH ORANG SAKIT.....................



Nabi Muhammad bersabda " Sesiapa yang melawat orang sakit, bererti dia duduk di taman-taman syurga. Apabila dia berdiri, ditugaskan 70,000 malaikat mendoakannya hingga waktu malam"

Petang Jumaat..............
Mata hampir terlelap.......... Telefon di bawah berdering.........
Sampai berhenti berdering .....masih terbaring.
Handphone di sisi berbunyi...........
" Rumah Mak bonda "
Terus menjawab salam mak bonda......
" Ada sekolah tak petang ni "
" Hari ni free..... tak aktiviti apa-apa pun hari ini, ........... ada apa mak? "
" Jom kita pi tengok Pak Musa (sepupu mak bonda), dua hari dah balik dari hospital......
tak pi tengok pun lagi........... malam tadi orang baca yasin ."
Kata mak ......... semalam mak su telefon ,mak su pergi ziarah ............ di tanya mak su............... mak bonda kenapa tak datang ziarah lama dia tak jumpa mak bonda.
Sebab tu lah mak bonda beria nak pergi ziarah ...................
Terus bersiap............. ke rumah mak bonda.
Rumah sepupu mak bonda tak la berapa jauh dari rumah rumah mak bonda.
Sampai di sana kakak mak bonda... mak njang and my cousin ( Jan & Ilah ) pun ada disitu.
Tersenyum Pak Musa walaupun terbaring sakit tengok mak bonda datang.............

Lebih kurang setengah jam .............
Datang rombongan Datuk YB untuk ziarah pak Musa
Kurang selesa ramai sangat dalam rumah,
Ibu bersama Jan dan Ilah keluar dan jalan-keliling rumah.
Dah lama kami tak datang menjenguk saudara mara kat situ.
Zaman kanak-kanak dulu semasa arwah moyang ada selalu juga kami datang...
Main sampan di sungai sambil makan buah-buah kampung
(Moyang ............. Ibu Guru -> Mak Bonda -> Tok -> Nenek (moyang).
Kami generasi ke empat dari moyang
Tengok tapak rumah moyang hati jadi sayu ........ teringat arwah tok dan nenek.
Nenek meninggal dalam tahun 1983 pada usia 115 tahun............. dan tok pula pergi pada
tahun 2005 dalam usia 101 tahun........... kedua-dua mempunyai ingatan yang baik sehingga
akhir hayat mereka...............
Nenek sangat baik melayan kami cicit-cicitnya........


Termasuklah buah nipah ni yang jadi makanan kami
kalau ke rumah nenek. Nenek buat sirap dan masukkan isi
buah nipah



Bila rombongan datuk YB beredar kami masuk semula kerumah pak Musa.
Sempat juga dia bertanya ..........berapa orang anak, kerja kat mana tinggal kat mana......
Nampak kegembiraan di wajahnya.



IBU GURU MASIH DI SINI..................... MOGA PAK MUSA DAN KELUARGA TABAH DAN SABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN INI...................


Wednesday 26 January 2011

MENGENALPASTI MASALAH


DIY


Hari ini Rabu.
Hanya dua kelas empat waktu.
11.20 kelas dah tamat.
Sementara nak menunggu 1.05.
Mengemas bengkel ada amali kerja kayu hari ini.
Sayang melihat lebihan bahan pelajar.
Ada benda yang boleh dimanafaatkan dari bahan lebihan.
Maka hari ini jadilah seperti di dalam gambar diatas.
Walaupun tak cantik dapat menyelesaikan masalah.
Selalunya pelajar yang dikehendaki........

MENGENALPASTI MASALAH UNTUK MENYELESAIKAN
KERJA KURSUS MODUL 4
PMR


MASALAH

" Keronsang saya selalu berselerak di atas meja solek saya.
Keadaan ini selalu menyebabkan suami saya membebel.
Untuk mengelakkan suami saya terus membebel saya pun merekacipta
"jewel box " saya sendiri untuk mengatasi masalah tersebut.

( kalau ada anak-anak nak ambil idea ibu ni boleh juga)

<>
<><>
<><><>
<><><><>
<><><><><>


Maka inilah hasilnya.
Dapatlah menyelesaikan sedikit masalah
keronsang yang sering berselerakan.
Nanti esok boleh cuba lagi membuat
JEWEL BOX
untuk mengatasi sepenuh masalah keronsang yang berselerakan.





IBU GURU MASIH DI SINI................... EN3 INI BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK P&P BAGI KELAS-KELAS SETERUSNYA.

Monday 24 January 2011

MALAM AMAL SETULUS KASIH BERSAMA MAHER ZAIN






Ambil kesempatan semasa cuti Thaipusam pergi melawat my bujang kat UIA.
Jumaat ambil CRK, terus sambung dengan hari Sabtu.
Dapatlah bersama my bujang selama 3 hari.

Pagi Jumaat selepas sarapan keluar jalan2 sementara menunggu solat Jumaat.
" Ibu kawan2 sms............ gambar Dus masuk paper utusan dalam ruangan Mega "
Awal2 pagi my bujang dah tengok paper utusan, tapi tak perasan pun.

Hampir sebulan dah my bujang terlibat dengan program Malam Amal Setulus Kasih Bersama Maher Zain bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid MALAYSIA.
Tiga hari my bujang dapat bersama Maher Zain..............
Dapatla juga mengajar Maher Zain beberapa patah perkataan Bahasa Melayu.
" Artis2 pun kena jumpa Dus dulu nak bergambar dengan Maher Zain " kata my Bujang dengan bangganya...............

Jom kita layan pic ni...................

" Insyallah................. insyallah.............

..............yang kanan tu, patut la boleh jadi body guard Maher Zain.........
....
tersenyum.........

tengok apaa tu hah..........

......... keletihan...................

Selamat malam...... mungkin itu katanya

.........................turut terlibat.........................

....................bersama Maher Zain..................

........... ada sapa2 yang tak happy tak..............

..............beza rope orang Malaysia dengan Maher Zain........




IBU GURU MASIH DI SINI......... MY BUJANG AJAK JUGA KE SUMMIT UNTUK MENONTON............ KATANYA DIA ADA KAD VVIP. MALAS NAK PERGI, KEBETULAN NAK TENGOK BOLASEPAK , MALAYSIA VS INDONESIA .......... SEKARANG RASA MENYESAL PULAK, BUKAN SENANG NAK JUMPA MAHER ZAIN.