Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke kali,
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun kehati
Dah hampir sebulan ibu guru perhatikan si punai mengeramkan telurnya diatas pokok amra di rumah mak bonda. Cantik bulunya berwarna hijau lumut. Mak bonda kata burung punai. Semalam balik sekolah singgah rumah mak bonda ............... terus ke sarang burung punai tu. Ya Allah ...........cantiknya ibu dan dua ekor anak nya. Pic kat atas tu jer yang sempat snap. Sekali lagi nak snap, makin hampir dengan ibu dan sepasang anak ............... tiba-tiba ketiga-tiganya terus terbang. Dalam masa dua minggu selepas menetas dah boleh terbang. Kali ini si ibu terbang dan tak kembali lagi. Selalu nya bila si ibu terbang keseorangan dia akan kembali lagi kesarang.................. Kata Aliff " Dah lari burung tu......... dia takut kat ibu nak tangkap gambar dia. ".............kini.............. semua penghuni teratak mak bonda akan merindui burung punai yang cantik tu.............
IBU GURU MASIH DI SINI................... BILA MAK BONDA KATA NAMA BURUNG ITU IALAH BURUNG PUNAI, ALIFF YANG DARJAH SATU TU TERSENYUM JER ......... KERANA BAGINYA ISTILAH BURUNG PUNAI IALAH .......................
4 comments:
ibu guru..sayang kan sebab burung tu dah pergi tak kembali
Assalamualaikum IbuGuru,
Naluri seorang ibu, pada binatang pun ada rasa kasih sayang dan sentiasa menjadi pelindung pada anak2nya.
salam buat ibu...
kawasan ada ONG...jarang burunge cam punai bersarang open....
alahai..rindulah sudahnya ...
tentu ternanti2 bila si ibu punai akan kembali..
Post a Comment