Thursday, 27 May 2010

ESOK CUTI....................HARI WESAK

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Sunyi sepi tak macam selalu.................
Pelajar2 sedang menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun
Patut la sunyi sepi
Bermula minggu ini hingga 4hb Jun



Tekun melukis
Kertas Pendidikan Seni 2
7.30 - 10.00
(Kena mengawasi dari 7.30 - 8.40 jer )


Kelas 3R7 ( kelas ke 7 dari 8 kelas)
Biasala kelas macam ni tak ramai guru yg minat nak masuk
Minta tukar suka sama suka dengan guru kelas sendiri pun tak nak
Tapi tak apa dah biasa dengan bebudak ni
Amoi2 tu memang pandai mewarna menggunakan pensil


8.40 - 10.00
Cikgu Aziz masuk menggantikan


Giliran mengawas yg kedua 10.20 - 11.40
Semak semula jadual peperiksaan
Ya Allah ......
Ni yang minat ni, tiada kertas peperiksaan
Hanya mengawasi pelajar2
Peperiksaan hanya akan bermula 11.45 - 1.00
Kelas 3R5 dimana pelajar2nya sering menjadi bualan guru2
Terutama beberapa orang pelajar
Jumlah pelajarnya 40 orang
Bila masuk kelas ini mesti ada persediaan kalau tidak.....
Macam pasar.........
Pertama kali berhadapan dengan pelajar2
Saya sediakan soalan latihan subjek yang saya mengajar
Mulanya mereka tekun menjawab
Bila saya beritahu ini adalah latihan suasana kelas terus berubah
11.30 soalan dikumpulkan................

Mereka mula bertanya soalan2 semasa

Pelajar A: cikgu besok cuti Hari Wesak kan

Pelajar B: Wesak tu apa cikgu

Cikgu : Hari wesak tu, perayaan agama bagi penganut agama Buddha
disambut untuk mengingati kelahiran dan kematian Gautama
juga hari Gautama mendapat ilham menjadi Buddha

Pelajar B: Apa yang mereka buat pada hari wesak cikgu

Cikgu : Mereka pergi kekuil sembahyang, beri makan orang miskin dan
melepaskan burung merpati( itu yg ada dalam minda mengenai wesak)

Pelajar A : Cikgu , kenapa kita cuti ? Kita orang Islam, kalau cuti tu
maknanya kita meraikan agama Buddha, boleh ke?

Cikgu : Kita bercuti bukan bermakna kita meraikan agama buddha,
kenapa? kamu tak suka cuti ke, boleh saya buat
kelas tambahan esok......... nak tak ?

Pelajar A: Tak mau lah cikgu nak cuti.




IBU GURU MASIH DI SINI.................NAMPAKNYA TAK TERJAWABLAH SOALAN
SI AMIRUL NI, PELAJAR YANG DIKATAKAN BERMASALAH OLEH RAMAI GURU2........ SEBAGAI GURU BANYAK PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI DAN DIAMBIL TAHU UNTUK MENGHADAPI PELAJAR2 ZAMAN SEKARANG.........



16 comments:

ibuintan said...

salam ibu guru,
sek men. time periksa memang suasana pereksa, senyap sunyi
tp kalau sek rendah pula, mintak maaflah,
tahap satu tetap cam ngajar juga sepuluh minit je senyapnya,
tahun satu lagilah.....

atuk said...

Assalamualaikum Ibu Guru

saya biasa dengar
rungutan cikgu2 yg mengajar kelas last2 ni
sabor je le cikgu
he he

Wassalam

mustaqim danish said...

salam ibu...

kita sebagai pendidik memang nak kena tau banyak perkara...kadang2 pelajar tanya pon perkara yg x terlintas di fikiran kita...memang kita kene pandai jawablah...kadang2
pening juga dgn soalan pelajar2 ni...ada je nak di tanya...

Cikgu Yang said...

Assalamualaikum Wbh. Eh!! seronok ya esok cuti bolehlah cikgu berihat panjang sedikit. Dah jadi kenangan saja, bila dah pencen nih!!! kesian kelas2 belakangkan cikgu... tapi bersyukur sekurang2 nye ada yang masih sayang pada mereka!! Semuanya anak murid kita tak kira pandai atau lemah!!!

Acik Erna said...

salam ibu guru.selamat bercuti..bercuti bukan bermakna kita meraikan merekan...cuma kita ikut kebiasaan diberi cuti umum kita cuti..anak sulong akak..kerja syarikat melayu..bos tak bagi cuti..katanya..bila ada perayaan macam tu..kalau cuti maal hijrah ke apa ke berkaitan islam bolih..katanya..akak kata ngan anak..tak pe la..abang kerja lah...ikut arahan..

Anonymous said...

Salam Ibu Guru,

Susah juga yer sekarang, nak main sebut2 sebarang, takut salah pulak dari segi akidahnya, walaupun nawaitu kita tak sama ertinya dengan apa yang kita sebut atau buat.

Seperti sambutan Hari Ibu, ada yang berpendapat kita tidak sepatutnya meyambut Hari Ibu bertepatan Tarikh Hari Ibu yang diwar-warkan tu. menurut mereka hari Ibu itu ialah hari orang Kristian rujuk kepada Hari Ibu Teresa (minta maaf ejaan tak tau betul ker tidak).

Jadi kalau kita nak juga wish mak-mak kita atau anak kita nak wish Hari Ibu pada kita, katakan 'Hari Jadi Ibu" dan menyambutnya sehari selepas tarikh yang telah ditetapkan untuk "Hari Ibu" yang secara rasminya tu.

Selamat menduduki peperiksaan pada semua yang sedang periksa, semoga berjaya dengan cemerlang.

iBu...gUru said...

salam ibuhani
sek men lain plak masalahnya.....time rehat tu kalau terleka je... pergi kat toilet mesti bau asap rokok ... ada juga yg terlepas bawa ........dlm kita dok jaga2 tu..........

iBu...gUru said...

salam atuk rozali
nasib cikgu2 kat sek harian.... dah la pelajar sampai 40 org, perangai plak macam2......... yg x menguasai 3m pun ada.... tapi nak buat camna rezeki disitu. selagi boleh sabar....sabar jer lah.........apa pun kna sabar

iBu...gUru said...

salam ustaz
tu la ustaz kadang2 soalan2 yg ditanya x disangka2. nak jawab kna hati2 takut tersalah plak.

iBu...gUru said...

salam Cikgu Cik Yang
saya rasa bersyukur pihak pentadbiran beri kelas terbaik, sederhana dan tercorot kpd saya (1, 2, 4, 6, 7, 8). semua tu memerlukan pndekatan yang berlainan....smua pengalaman tu x boleh dijual beli....... apa pun saya suka dgan tugas saya sekarang

iBu...gUru said...

salam kak erna
saya pun x sangka budak nak tanya soalan tu........ kat penang ni byk juga kilang2 yg x cuti

iBu...gUru said...

salam kak ani
itu yg saya potong siap2 tu...... x berani juga nak cakap jer. nanti salah plak.......Hari ibu entah brapa kali disambut setahun. asal ramai kat rumah mak........mak lah yg diraikan,
minggu depan cuti sekolah, anak cucu ramai balik kampung sambut lagi hari ibu dgan aktiviti makan2 & jln2

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

salam singgah dan slmt bercuti...bengkel UPSR tetap berlangsung juga walaupun bercuti....

iBu...gUru said...

salam tokan
sek ibu pun sama, minggu pertama cuti penuh dgn extra-class utk calon pmr, spm &stpm

nadz said...

Assallamualaikum ibu,
Sekolah mama kat Kedah cuti hari Ahad. Serupalah minggu pereksa.
Mama mengawas pelajar T6. Sunyi sepi menjawab..dah besar2 dan lagi satu paper 3 jam..ambik ko..jaga sampai nak lali.

Selamat bercuti.

iBu...gUru said...

salam nadz
3 jam........,kalau sek ibu SU siap ltak 2 org, sorang 1 jam setengah, tak boring sangat ..... kalau tidak mata pun nak tertutup jer....... kalau boleh buka FB x la ngantuk