Monday, 12 April 2010

KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK

ROKOK

Yang suka berkata harus
Yang benci berkata haram
Yang terpaksa berkata makruh

Yang miskin meminta
Yang sederhana berpada
Yang kaya tak kira masa

Yang bermula sebatang sudah terbatuk
Yang lama sebatang tiada makna
Yang tegar tak makan pun tak apa

Yang berkarya itu sumber inspirasi
Yang berduka itu penenang jiwa
Yang berniaga itu sumber utama

Yang hairan budak pun nak mencuba
Yang pelik tak ada duit sanggup berhutang
Yang ajaib orang tak nak dihulur sebatang

Yang kecil tak tau apa-apa
Yang dewasa fikirlah hari muka
Yang tua tunjukkanlah teladan berguna

Yang ditakuti cukai naik lagi
Yang diimpi manusia berkata sia-sia
Yang diharap manusia kembali kepada agama


Pemandangan biasa di waktu pagi


Pemandangan yang biasa dilihat sepanjang pergi dan balik sekolah. Sambil berbasikal, bermotor atau berjalan kaki rokok ditangan sambil menyedut asap beracun. Tiada segan, tiada silu pada guru pada yang tua. Begitu keadaan anak bangsa kita sekarang. Tak boleh ditegur tak boleh dilarang. Bilakah permasalahan ini dapat diatasi? Kempen hanya tinggal kempen.



IBU GURU MASIH DI SINI...........................TAK PERNAH JEMU MENERANGKAN BAHAYA MEROKOK.....................

Tuesday, 6 April 2010

IBU MASAK APA MALAM NI

Si Bujang Balik Bercuti
Dapur Ibu Kembali berasap
Masak untuk makan malam

MENU

Masa : 7.00 mLm

Kangkung goreng kicap

Asam pedas ikan pari + nenas

Tembikai kuning lonjung
( tak manis langsung)

Sambal bacang kegemaran family

Ulam kegemaran en. suami


Kobis kegemaran Si Bujang



IBI GURU MASIH DI SINI ..........................SIAPKAN HIDANGAN UNTUK FAMILY

Sunday, 4 April 2010

JOM BUAT JERUK MANGGA MUDA


Mangga ini pelajar ibu yang beri. Sebenarnya banyak yang dibawanya.
Tapi sekarang dah tak berapa minat dah mangga muda.
Ibu panjang kan sedekah budak itu kepada kawan2.
Enam biji ini pun rasa dah tak terhabis.
Ada juga bertanya kepada budak tu kenapa tak biarkan hingga masak.
Katanya kalau biarkan masak nanti busuk.
Ibu bayangkan kalau masak sedap nyer........


Nak buat apa hah !
Mangga muda ni elok buat jeruk jer........
Jom kita buat jeruk.


Seelok eloknya kulit buah mangga itu di kupas.
Kalau jeruk yang dijual ada juga yang tidak dikupas kulitnya.
Rasanya lebih enak jika di kupas.
OK ...... kupas ya....... jangan tak kupas


Setelah dikupas p0tong cam ibu buat tu.
Tak mau potong cam tu pun tak pa.
Ikut suka camna nak potong asalkan tak sebijik2
OK ... dah siap potong jangan lupa basuh hilangkan getah2nya.
Masukkan mangga tu dalam mangkuk dan gaul dengan garam.
Biarkan semalam supaya terasa garamnya.
Seeloknya simpan dalam peti sejuk.
Esoknya buangkan air garam dalam mangga muda tu.
Kemudian.....
Masak air gula.......... banyaknya gula, agak2 je lah berpadanan dengan
buah mangga muda tadi.
Biarkan air gula tu sejuk dahulu.


Masukkan mangga tadi dalam bekas yang bertutup.
Ibu gunakan bekas kaca seperti diatas ( bekas milo)
Kemudian masukkan air gula yang disejukkan tadi.
Seperti biasa simpan dalam peti sejuk semalaman.
Lepas tu boleh la dimakan.

Jom ........... cuba buat jeruk sendiri tanpa apa2 pengawet .........



IBU MASIH DI SINI.......................... DULU MASA MUDA MEMANG SUKA BANGAT JERUK............. SEKARANG DAH KURANG

Saturday, 3 April 2010

SUPPER KAT RESTORAN MAMAK


Jam dah pukul 1.00 pagi mata masih lagi tak mengantuk. Nak tengok TV pun, begitu banyak chanel satu pun tak dak berkenan. Rasa lapar pulak. Baru teringat, patutla lapar........ makan pukul 11 pagi tadi jer kat sekolah. Makan siap2 en.suami tak balik tengahari ada urusan opis dia kat Ipoh. Dalam dok pk2 tu en.suami pun cakap dia lapar. Ok......... tak perlu cari makan jauh2, restoran mamak kat Taman Pekaka pun jadilah.


Dua tiga langkah dari rumah sampailah restoran ni. Sebenarnya ada
dua restoran mamak kat taman ni. Ibu pilih yang tepi jalan utama boleh tengok
mat2 rempit starting race kat trafic light depan tu



Walaupun dah pagi masih ramai lagi pelanggan, ini yang didalam
meja2 kat tepi jalan pun penuh juga. Tengok tu budak tu pun tak mengantuk
lagi.

Student2 USM memang ramai kat sini masing2 dengan note book masing2.
Malam bagai siang. Si Bujang pun kalau pulang bercuti di sini tempat lepak
bersama2 kawan2 sekolah dulu. Tambah kalau ada bola.


Bila lapar semuanya sedap. Ibu order roti tissue dengan kopi o.
Sedap nyer.......lama tak supper kat restoran mamak ni


Nah........... en. suami order mee sup tengah2 malam digandingkan
dengan Ali Cefe


Dah kenyang sempat gak tengok mat2 rempit merempit. Memang bukan kaki lepak, tak boleh nak duduk lama2 kat situ. Dua tiga langkah sampai lah ke rumah No 54.


IBU GURU MASIH DI SINI.......................................... PROGRAM DIET TAK PERNAH MENJADI......................

Thursday, 1 April 2010

MASIH DI SINI........................... 22 TAHUN

Hari ini dah masuk bulan April, 1 April 2010. Bukan nak buat en3 pasal April fool tapi ada cerita lain nak kata menarik tak juga. Tapi ianya adalah sejarah hidup ibu guru. Hari ini genap lah 22 tahun ibu guru bertugas di SMK. Antah Berantah ni. Dan merupakan tahun ke 23 di sini maka banyaklah kisah2 pahit dan manis seiringi dengan peredaran masa yang di lalui. Rasanya tak ada sangat yang pahit2, semuanya manis2 belaka. SMK Antah Berantah ni merupakan sekolah kedua sekolah ibu guru bertugas. Bertukar kesini kerana mengikut en.suami. En. suami dah 4 kali bertukar ke Ipoh ke Penang pulau, Penang seberang dan balik kesini tetapi IBU GURU.................. MASIH DI SINI.


ibu bersama kak Zah

Selalu soalan yang sering ditanya oleh kawan2, kenalan dan sedara mara:

1. mengajar kat sekolah tu lagi ke ?

2. tak mau tukar ke ?

3. tak teringin ke nak tukar angin ?

4. tak boring ke kat sekolah tu je ?

5. tak nak sekolah dekat rumah ke ? ( rumah Penang , mengajar kat Perak)

6. tak nak kola RM300 ke ? ( soalan dari adik ibu yg kat JPN Penang)

7. dan soalan cepumas, nak pencen kat situ ke ?


Kawan2 yang seangkatan pun dah tak ramai, ramai dah yang bertukar . Setahu ibu yang dari kaum sejenis ibu ada 2 orang, kak Zah tahun ke 24 dan kak Mas tahun ke 25 dan akan pencen Julai nanti. Yang dah berbelas tahun pun ramai. Apa yang istimewa di sini hanya kami saja yang tahu. Dan pengetua sekarang adalah pengetua yang ke 9 bagi ibu. Bekas anak didik ibu pun dah ramai yang jadi rakan setugas disini. Dan 3 atau 4 orang yang menjadi cikgu matematik seperti ibu. Tapi sekarang ibu bukan cikgu matematik lagi. Kembali pada opsyen. Ada kawan yang mengusik, kalau di susun buku persediaan mengajar sama tinggi dengan ibu.


Melihat kejayaan anak2 didik ibu berasa bangga. Kalau tengok dalam FB ibu, kebanyakan rakan2 adalah ex-student ibu. Kadang2 sampai dah tak ingat. Sering ditanya " cikgu ingat dak lagi saya, SPM tahun 90. " Nak kata apa lagi " ingat mana boleh lupa". Kadang2 tengok gambar pun tak boleh nak recall balik. Bila ada request rasa nak ignore ja, tak sampai hati pula orang dah ingat kita. Sukanya mereka kalau ibu kata ingat mana boleh lupa, budak baik katakan. Bila tengok profile masing2 dah berjaya, sejuk rasa hati...........


IBU GURU MASIH DI SINI...................... SELAGI KHIDMAT DI PERLUKAN AKAN TETAP DI SINI...............



Tuesday, 30 March 2010

DAH TUA............................



Semasa makan kat kantin tadi, banyak juga topik2 yang dibualkan. Ada yang tak puas hati kena relief sampai 2 period Isnin kena Selasa pun. Ramai kawan2 terlibat dengan sukan daerah, jadi banyaklah yang kena relief. Nasib lah.........ibu guru arini pun kena relief tapi seperiod jer. Esok tak tau lah.......... tunggu............. rasa2 cam nak kena jer. Itu bab relief.

Kemudian dapat pula berita sedih mak kaunselor cik gu Wahida kembali kerahmatullah. Pagi tadi tengok Wahida hepy jer. Kesian Wahida tak sempai maknya nak tengok dia naik pelamin cuti Jun nanti. Alfatihah untuk allahyarham moga ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin....

Diikuti dengan bab rumah pulak. Dalam ramai2 tu terdengar, "tak elok kalau rumah tak berpenghuni lama2 nanti ada makhluk lain yang menghuni "

Ibu guru menyampuk " mak KP kata bukan rumah saja, bilik di rumah kita pun jangan dibiar kosong tanpa penghuni dalam jangka masa yang lama. Rumah KP ada 4 bilik, KP akan pastikan kesemua bilik2 itu boleh digunakan untuk rutin harian seperti solat, tidur, membaca dan lain2 lagi aktiviti harian. Maknanya boring bilik 1 pergi bilik 2, boring bilik 2 pergi bilik 3, boring kat tingkat atas turun kat bawah. Selalunya KP dengan en.suami jer kat rumah. Jadi tak sempatlah penghuni lain nak menghuni. "

Tiba2 cikgu muda bertanya " Kerja2 mengemas tu KP ka bibik yang buat ? "


Dalam kelas semasa pelajar2 ibu sedang menyiapkan kerja kayu mereka, ibu terfikir mengapa cikgu muda bertanya begitu. Pada firasat ibu, mungkin dia terfikir mampu kah ibu yang dah berusia begini melakukan kerja2 rumah begitu. Maka tersedarlah ibu dari lamunan............. DAH TUA RUPANYA AKU NI................



IBU GURU MASIH DI SINI................................ KU CERITAKAN PADA EN.SUAMI................................katanya..... TAHU TAK PE...........................








Wednesday, 24 March 2010

TASOH LAKE


Tasoh Lake
Jalan Kaki Bukit Perlis



Lanai Besar gerbang ke lobi Tasoh Lake Resort & Retreat


Singgah kat sini ambil brochure tengok2 apa yang ditawarkan
kat resort ni. Sama ja dengan resort2 lain.


Kawasan lobi

Mana2 mana pergi tempat cam ni mesti singgah dan mesti selesa

Ok juga standard room ini. Survey resort yang ada area2 sini.
Penting masa konvo UUM nanti. Dari pengalaman beberapa tahun lalu
masa adik ibu konvo UUM penginapan sekitar Alor Setar & Kangar full house.
Ibu tak ingat nama resort yang ibu & family bermalam rasanya tak jauh
dari UUM tapi ..... macam teka-teki masa ibu budak2 dulu.
Naik bukit turun bukit jumpa kampung. Naik bukit turun bukit jumpa
ladang getah. Naik bukit turun bukit jumpa sungai. Naik bukit turun
bukit barulah jumpa resort tu.......
En.suami dan sibujang bertolak dari rumah untuk ke UUM sebelum subuh nak singgah
R&R Gurun untuk solat subuh tapi terpaksa solat kat kawasan lapang R&R
kerana suraunya penuh manusia.
Begitulah meriahnya di utara sana masa konvo UUM.
Tahun ini ada lagi adik ibu konvo kat UUM boleh la singgah sini
dan buat family day kat sini
Kalau kat sini tak perlulah bertolak ke UUM sebelum subuh



Kawasan sekitar resort

Bukit dikelilingi tasik.
Indahnya pemandangan nyaman dan tenang


En suami memandang jauh ke tasik.


Atas pemintaan cik gu Lin & cik gu Norma maka ada la satu
pic pemilik blog ini kat Padang Besar




IBU GURU MASIH DI SINI.........................MENDOAKAN SIBUJANG DAPAT MENJAWAB
FINAL EXAM ESOK..........