Wednesday 13 January 2010

SEMBANG-SEMBANG SAMBIL MINUM PETANG


minum petang cempedak goreng dengan tea o panas.....




ini bukanlah helmet peragut tu. helmet ini kepunyaan anak ibu guru..
study kat uia. sejak ada kereta kebal hitam helmet dah jadi
bahan pemeran kat rumah




SEMBANG-SEMBANG PETANG - IBU GURU DAN EN. SUAMI

Dua tiga hari lepas ibu guru menyaksi dan mendengar cerita mengenai kejadian ragut.
Kedua-dua yang jadi mangsa seperti selalu adalah wanita. Sejenis dgn ibu guru.
Kejadian pertama depan pintu masuk utama pasaraya econsave. waktu tengahari,
tak ramai sangat pelanggan. seorang amoi muda bergaya seorang diri baru keluar dari
Camry barunya. hanya beberapa langkah dari pintu masuk pasaraya tu, semasa ibu guru
dan En. Suami berpusing2 mencari parking yang dekat dengan pintu masuk kejadian itu berlaku
dengan pantas .Dua penonggang motosikal, memakai helmet full face tu menolak amoi tu dan mengambil handbagnya. amoi tu jatuh dan cedera. muka dan kepalanya berdarah.
Tapi .............. yang hairan lama amoi tu lama kat situ tak diangkat ketepi atau ketempat teduh.
menangis dan tak terkata apa2. Ada seorang lelaki india bertanya mana kereta. itu pun dia
terpinga-pinga. Kebetulan keretanya disebelah kereta ibu guru. keluar dari kereta rasa macam nak snap gambar amoi tu, tapi En. Suami tak kasi. Katanya kalau pergi tolong tak pa juga.
Ibu guru terus masuk pasaraya. Bila keluar lebih kurang 30 minit barulah polis sampai.

Kejadian kedua, adik ibu guru yang satu bidang kerja dengan ibu guru menceritakan seorang kawannya bekerja di bidang yang sama juga hampir menjadi mangsa ragut juga. Sama macam amoi tadi ke stesen minyak memandu Camry baru, cantik dan bergaya. Selesai mengisi minyak, bila masuk ke dalam kereta, peragut pun masuk sama. berlakulah pergelutan antara mereka berdua tarik menarik hand bag. Kawan adik ibu guru menjerit menarik perhatian orang ramai. akhir peragut lari belum sempat mendapat habuan apa-apa.

Semasa minum petang tadi, sambil menjamah cempedak goreng ibu guru dan En. suami berbual mengenai topik ragut tu. En suami seperti selalu akan menyalahkan kaum sejenis ibu guru dalam hal ragut meragut ni. Selalu memberi peluang kepada peragut2 untuk menjalankan aktiviti dengan lebih mudah. Memberi contoh2 tertentu, berkereta mewah bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Dan beberapa lagi contoh yang selalu ibu guru dengar dari mulut En. suami. Ibu berdehem- dehem........... sama2 faham. Serentak berkata SIARAN ULANGAN. Itulah peringatan yang selalu En.suami ulang2kan .......................... bila memandu bersendirian, jangan buka tingkap, pastikan semua pintu berkunci, jangan pakai barang kemas dan lain-lain yang merupakan siaran ulangan. Apapun ibu tahu En. suami sayang ibu guru........


IBU GURU MASIH DI SINI .......................... TERSENYUM TERINGAT KATA2 EN. SUAMI "SEBAB TU ABANG TAK NAK BELI CAMRY"......... KALAU TAK MAMPU TU..................... CAKAP JA TAK MAMPU

8 comments:

Unknown said...

Sedapnyer... mkn cucok cempedak panas ngn teh o panas...amboii mak ngah nak camry yerk..hehehe

rerama salju said...

heheh...nasib baik kita takde Camry kan bu guru,...hehhehe

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Lin said...

Sebab itulah saya selalu pujuk anak-anak menemani saya ke mana-mana..kalau tak adik yang temankan....en suami selalu tak dpt menemani kerana sibuk sokmo....

iBu...gUru said...

Ida,
mak ngah tgk dlm facebook posing sakan nampak. bila ida p Aussie tu.
Nak rasa naik camry ida la.

iBu...gUru said...

rerama salju,
kita serupa......... kita serupa...

iBu...gUru said...

linda.
baca kat fb merc. azami accident. ye ke

pak long said...

salam ibu guru..
amboi sedapnya cucuq cempedak tu...