Monday, 2 August 2010

BERGURAU



Hari ini ibu betul2 marah dengan seorang pelajar ni........
Betul2 menguji tahap kesabaran .
Pelajar lain mesti hairan, selalunya mereka boleh bergurau
Mengapa hari ini mereka lihat cikgu mereka ini naik tangan kepada seorang rakan mereka.

Hari ini hari pertama mereka menduduki peperiksaan percubaan PMR.
Kertas Bahasa Melayu 2 ...esei
20 minit sebelum masa menjawab tamat,

Cikgu: " Sesiapa yang dah siap boleh ikat kertas masing-masing "
Pelajar: " Benang tak ada cikgu "


Pergi ke meja guru untuk mencari benang.
Selalunya cikgu yang mengedarkan kertas soalan akan dibekal dengan benang.
Memang tidak ada ikatan benang diatas meja

Cikgu: " Fasya............ dah siap ke belum ? "
Fasya pelajar yang boleh diharap sikit dari yang paling hujung ...................
Fasya: " Dah cikgu "
Cikgu: " Tolong cikgu ......... pergi ke bengkel, jumpa cikgu Mimi beritahu cikgu nak benang "

Dah 5 minit tak balik lagi si Fasya ni.
Dalam menunggu Fasya seorang pelajar lelaki.............
Mengangkat tangan menunjukkan ikatan benang.
Mejanya paling hampir dengan meja guru.
Pelajar ini telah mengambil benang tadi dan disoroknya.
Terus ke tempat pelajar lelaki berkenaan....
Terus mengambil benang itu dan................ kena la budak tu.
Nak bergurau tak kena tempat.

Masa mengedar benang kepada pelajar si Fasya sampai .............
Tercungap- cungap beritahu tak jumpa cikgu Mimi, ada kelas.
Melihat keadaan si Fasya yang kepenatan.........



12.30 masa menjawap tamat.
Kertas jawapan dikumpul.


Sebelum keluar sempat juga beri ceramah dekat budak-budak tu.
Hai anak-anak didikku nak bergurau pun tengoklah keadaan.
Bukan tak boleh bergurau........... boleh......



IBU GURU MASIH DI SINI....................... SELALU BOLEH SABAR JER DENGAN BUDAK-BUDAK KELAS HUJUNG NI ............ TAPI HARI INI AKAN MENJADI INGATAN KEPADA MEREKA..............................


3 comments:

secangkir madu merah said...

salam ibuguru, utk menjadi guru yg dihormati dan disayangi, kita kena byk bersabar dan memberi nasihat cara psikologi kpd budak2 ni...budak2 skarang lain benar dari kita dulu....dgn degilnya, dgn melawannya, macam macamlah...tak payah tgk anak orang, anak kita sendiri kat rumah tu pon selalu buat kita hangin setiap hari..
apapapun semoga ibuguru tabah dlm menghadapi tugasan..

Kunang-Kunang said...

Salam Ibu Guru,

Semoga Ibu guru sihat.

Rasa terkilan bila terbaca N3 kali ini. Tapi jerlah saya tak duduk ditempat cikgu jadi mungkin saya tidak merasai apa yang cikgu rasa. Mungkin tahap kesabaran begitu teruji bila anak didik berperangai begitu kan.

Bagaimana kalau dinasihati dulu, tengok respon dia.

kak Erna said...

ibu guru.memang lah hilang sabar sekejapkan..waktu penting ni..walaupun percubaan..tetap juga pepriksaan..tak boleh main2..