Tuesday 3 August 2010

DOA QUNUT


Pada mulanya hanya 3 orang pelajar perempuan meminta ibu
mengajar membaca dan menghafal qunut 30 minit selepas waktu sekolah.
Sehingga hari ini selama sebulan dah ada 15 orang pelajar perempuan
dan 4 orang pelajar lelaki dari kelas yang paling lemah.
Hari ini semasa mengawasi peperiksaan percubaan mereka ,
seorang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan
memberitahu mereka dah boleh menghafal doa qunut.

Pelajar A :" Cikgu dah boleh hafal doa qunut yang cikgu ajar tu "
Cikgu : " Ye ke ........ alhamdulillah , tak susahkan ..hendak seribu daya "
Pelajar B : " Nanti cikgu dengar ye "
Pelajar C : " Saya dah boleh baca dalam sembahyang subuh cikgu"
Cikgu : " Ok pukul 1 nanti datang ke bengkel saya "
Pelajar A : " Cikgu nanti cikgu ajar ayat kursi pula ye "


IBU GURU MASIH DI SINI ....................... PERCAYA BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGI TAJAM. TAPI KENA BANYAK SABAR DENGAN MEREKA INI ......BERHASIL JUGA USAHA MEREKA.....


8 comments:

Acik Erna said...

ibu guru..akak dulu.masa anak2 darjah satu..tu la yang paling susah nak dihafalnya..hari2 ajar..nak bagi hafal..kalau tidak nanti solat subuh tak dibacanya pulak.

Lin said...

Alhamdulillah....banyak pahala ibu guru....

Ibuhani said...

alhamdulillah.....setiap kali dia org baca nanti, ibu guru juga akan dpt pahalanya :)

atuk said...

Assalamualaikum Ibu Guru

Saya nak masuk bengkel cikgu bolehhh

he he

Wassalam

Ariffuddin Sani said...

Wah, mulia sungguh hati Ibu Guru. Selagi pelajar itu membaca doa qunutnya pasti saham pahala Ibu Guru semakin bertambah.

Anonymous said...

Salam IbuGuru,

Satu usaha yang sangat besar pahalanya dengan ilmu yang cikgu ajar tu.

Kak ani pernah bertanya pada seseorang kenapa dia tak sholat subuh sebab akan nampak dia buat sholat yang lagi 4 tu.

Dia jawab tak tau baca doa qunut. Jadi akak cakap dengan dia, tak aper jangan kerana doa qunut kita tak sholat subuh, buat sholat subuh dan tak payah baca qunut tapi buat sujud sahwi. Sambil tu cuba belajar menghafal bacaan qunut.

Aida Ali said...

Menguasai bacaan solat ni memang perlukan IQ. Tahniah kerana dapat membantu mereka dengan pendekatan humanistik cikgu.

hentian said...

IG umpama sedang menanam benih pokok buah. Hari ini susah payah menyiram satu demi satu. esok IG cuma mengutip hasilnya yang tak terkira banyaknya.

beruntung jadi guru jika ikhlas dan sabar dalam mendidik...