Tuesday 19 January 2010

OPAH DAN TOK WAN YANG TELAH TIADA...

Semalam 18hb Januari hari ulangtahun perkahwinan ibu guru yang ke 22. Apabila wujudnya ikatan perkahwinan maka penyatuan dua keluarga telah berlaku.
Dan bertambahlah sanak saudara dan kaum kerabat kita.
Diawal perkahwinan, ibu berasa bahagia dengan ikatan ini kerana bertambah insan istimewa
dalam hidup ibu guru.
Kalau sebelum ini ibu hanya ada 2 orang opah tapi setelah berkahwin ibu dah ada 4 orang opah
dan 2 orang tok wan.
Tapi itu dulu....................... 22 tahun yang lalu.
Tapi hari ini 19hb Januari 2010 kesemua insan2 istimewa telah tiada lagi disisi ibu guru.
Kesemua telah pergi menyahut panggilan ilahi.
Meninggalkan orang2 yang menyayangi mereka.
Hari ini menjelang subuh En. suami dapat panggilan telefon........................ opah Taiping dah sampai hukumnya.
Perginya mengejut.......... dua tiga sebelum tu, menurut mak long hanya demam2 biasa ja.
Ahad petang di bawa ke hospital dari wad kecemasan terus ke ICU.
Selasa menjelang subuh ...................... opah dah menemui Nya.
Opah disenangi semua orang kampung, jiran2 dan sesiapa yang mengenalinya.
Mungkin kerana profesyen yang ceburinya.......... tukang urut bagi kes2 seperti terseliuh, lenguh2 badan dan satu bidang yang tak ramai orang ceburi ialah tukang mandi dan kafan jenazah.
Opah pernah kata dia bersyukur sangat Allah beri kekuatan padanya untuk menunaikan fardu kifayah ini.
Bermacam2 jenis jenazah pernah dimandikan.
Tapi hari ini............................. opah pula dimandikan orang........... dan orang2 itu adalah anak2 didiknya
Opah seboleh2nya tidak mahu menyusahkan sesiapa sahaja anak2 atau saudara mara.

Dan pagi tadi menurut mak long mereka telah menjumpai satu bungkusan dalam bilik opah.
Dan isinya ialah kain kafan yang telah siap dan boleh di gunakan dan banyak sampul surat berisi wang.
Opah menyiapkan kain kafannya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Opah telah bersedia......................seolah-olah telah mengetahui masanya akan tiba dalam masa terdekat.

Selepas di kafan jenazah opah di bawa ke masjid dan disembahyangkan selepas zohor dan disemadikan sebelah pusara tok wan.

Moga ke enam2 orang kesayangan ibu guru dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang soleh. Amin

ALFATIHAH.



IBU GURU MASIH DISINI..........................MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA IBU GURU DUNIA DAN AKHIRAT

5 comments:

Maiyah said...

al fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat

rerama salju said...

Al-fatihah...
the only nenek (embah) saya pun di wad sekarang...nak pergi tengok lah ptg ni.....

Unknown said...

Takziah... al fatihah ...semoga opah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..aminnn

Lin said...

Takziah...al fatihah..keempat-empat opah saya pun telah tiada...opah sebelah suami saya tak sempat berjumpa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan digolong dlm kalangan org2 yang beriman.

mustaqim danish said...

al-fatihah utk semua yg telah pergi...semoga roh2 mereka dicucuri rahmat...

ameennnn