Saturday 13 February 2010

CUBA RENUNGKAN..........................

Wahai saudara-saudaraku
yang bergelar isteri


Aku telah memberi pesanan kepada puteriku, Ummu Iyyaas bt. Amr bin Muhallam
yang dinikahkan dengan Amr b. Hujru yang antara kandungannya berbunyi,

hormatilah suami mu dengan mengembirakan hati serta memberi kepuasan kepadanya;
turuti perintah suami mu baik-baik;

awasilah hidungnya jangan sampai ia mencium bau,
kecuali bau yang sedap dan nyaman;

awasilah suami mu waktu tidurnya jangan sampai terganggu,
kerana gangguan orang yang sedang tidur itu membawa kemarahan;

awasilah suami mu waktu makannya jangan sampai ia lapar,
kerana gangguan lapar yang berturut-turut itu menimbulkan naik darah;

jagalah harta benda suami mu serta mengatur keluar masuknya dengan sebaik-baiknya;

jagalah anak-anak dan keluarganya serta pembantu- pembantu rumahtangga suami mu,
iaitu dengan mengatur sebaik-baiknya;

janganlah menentang perintah suami mu kerana hal itu dapat menyedihkan hatinya;

janganlah engkau membuka rahsia suami mu,
kerana jika engkau membuka rahsianya engkau tidak akan selamat dari pembalasannya;

kemudian berhati-hatilahlah engkau sampai gembira dihadapannya padahal ia dalam kesedihan,
sebaliknya janganlah engkau bersedih dihadapannya dikala ia sedang gembira


Ummah binti Haris


3 comments:

Maiyah said...

jika semuanya cukup, sempurnalah hubungan hingga ke penghujung

Guru said...

peringatan yang baik
tq

Fizz said...

aduhhh .. tersentap jantungku...umpama meningatkan diri kita nie juga...

kdng2 kita pun terlalai oleh gelombang kehidupan..

yang pasti.. cukup keimanan membawa ke akhir hayat..