Tuesday 30 March 2010

DAH TUA............................



Semasa makan kat kantin tadi, banyak juga topik2 yang dibualkan. Ada yang tak puas hati kena relief sampai 2 period Isnin kena Selasa pun. Ramai kawan2 terlibat dengan sukan daerah, jadi banyaklah yang kena relief. Nasib lah.........ibu guru arini pun kena relief tapi seperiod jer. Esok tak tau lah.......... tunggu............. rasa2 cam nak kena jer. Itu bab relief.

Kemudian dapat pula berita sedih mak kaunselor cik gu Wahida kembali kerahmatullah. Pagi tadi tengok Wahida hepy jer. Kesian Wahida tak sempai maknya nak tengok dia naik pelamin cuti Jun nanti. Alfatihah untuk allahyarham moga ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin....

Diikuti dengan bab rumah pulak. Dalam ramai2 tu terdengar, "tak elok kalau rumah tak berpenghuni lama2 nanti ada makhluk lain yang menghuni "

Ibu guru menyampuk " mak KP kata bukan rumah saja, bilik di rumah kita pun jangan dibiar kosong tanpa penghuni dalam jangka masa yang lama. Rumah KP ada 4 bilik, KP akan pastikan kesemua bilik2 itu boleh digunakan untuk rutin harian seperti solat, tidur, membaca dan lain2 lagi aktiviti harian. Maknanya boring bilik 1 pergi bilik 2, boring bilik 2 pergi bilik 3, boring kat tingkat atas turun kat bawah. Selalunya KP dengan en.suami jer kat rumah. Jadi tak sempatlah penghuni lain nak menghuni. "

Tiba2 cikgu muda bertanya " Kerja2 mengemas tu KP ka bibik yang buat ? "


Dalam kelas semasa pelajar2 ibu sedang menyiapkan kerja kayu mereka, ibu terfikir mengapa cikgu muda bertanya begitu. Pada firasat ibu, mungkin dia terfikir mampu kah ibu yang dah berusia begini melakukan kerja2 rumah begitu. Maka tersedarlah ibu dari lamunan............. DAH TUA RUPANYA AKU NI................



IBU GURU MASIH DI SINI................................ KU CERITAKAN PADA EN.SUAMI................................katanya..... TAHU TAK PE...........................








12 comments:

Shieda said...

saya suka hijau background ni...nnt bleh la ibu guru ajarkan cara nak import ni....hehe
owh..ibu pada cikgu Wahida tu sakit apa...salam takziah untuk dia.

Maiyah said...

hehe.. jgn tua2 kan diri, masih muda tu
al fatihah pd allahyarham

pak long said...

salam buat ibuguru..
bukan tua...tapi lama...ehem-ehem

Acik Erna said...

ibu guru..nak buat camana kan..bibik tak de..larat tak larat..kena buat sendiri..tapi rumah akak kecik je..senang nak kemas...nak kemas kai baju je susah sikit..lelaki je..tau je la...

hentian said...

jangan lupa, ada rumah kecil bertiang dua sedang rindu menanti kita..

Anonymous said...

Takziah untuk cikgu wahida dan Alfatihah untuk roh ibunya.

Dalam usia akak sekarang pun, pergerakan akak terbatas, tapi buat juga walaupun lambat.

Biar usia yang meningkat tapi kesihatan terus mantap.

iBu...gUru said...

salam shieda,
klik je kat scrappinblogspot.com kat atas tu, hijau ,kuning , merah smua ada. oh ya.. cikgu wahida tu org sg.kepar smanggol.teacher lin pernah tunjuk rumah atuk u all, area2 tu rmah cikgu wahida. mak dia mmg sakit tapi ari tu nampak shat so wahida pun pergi sek...............

iBu...gUru said...

salam maiyah,
dah tua la maiyah banding ngan u

iBu...gUru said...

salam pak long
mmg lama sungguh pak long

iBu...gUru said...

salam erna
btul buat setakat yg mampu, rumah kita..............

iBu...gUru said...

salam IM
mmg x penah lupa rmah bertiang 2 tu tapi sebagai manusia kadang2 kita alpa dan lalai. tq kerana mengingatkan..........

iBu...gUru said...

salam kak ani,
Amin............
betul kak ani......... nikmat kesihatan tiada nilainya. nikmat itu mesti dijaga dgn sebaiknya sebelum diambil semula oleh pemiliknya