Monday, 22 March 2010

DAPUR DAH BERASAP

Hari ini Isnin, bermula bertugas selepas seminggu bercuti.
Ajak en.suami berpuasa sunat.
Disebabkan aktiviti yang padat pada masa cuti,
rasanya sepanjang cuti hanya sekali dapur ibu berasap
untuk hidangan tengahari.
Itu pun semasa si bujang bercuti hujung minggu lepas.
Alasan pulang bercuti kerana keseluruhan kampus dan kawasan sekitar
BLACK-OUT

Setelah seminggu berlalu
barulah berasap semula dapur ibu.
En suami teringin nak merasa masakan dari air tangan isterinya


JUADAH BERBUKA PUASA HARI INI

Kuih cara
beli kat sekolah tadi


Dadih kegemaran keluarga memang sentiasa ada dalam peti sejuk


Acar timun paling senang disediakan


Sambal belacan


Kari bawal
minggu lepas kari senangin
minggu depan entah kari apa pula
kegemaran en suami
taste orang utara kot


Pasangan sambal belacan, ulam pucuk gajus
balik sekolah singgah rumah mak bonda dapatlah ulam ni.
Selain pucuk gajus ni banyak lagi lain-lain ulam yang boleh dipetik
dengan percuma seperti ulam raja, kacang botor, selom dll
Rasanya minggu depan boleh ambil lagi.

Maka selamatlah ibu guru dan en suami berbuka tadi dengan nikmat
yang tidak terhingga bagi orang yang berpuasa.
Alhamdulillah.


IBU GURU MASIH DI SINI.........................................MOGA DITERIMA YANG MAHA ESA

12 comments:

pak long said...

salam buat ibu guru...
fuhh...suka semua tu...kita punya pebret la tu...kira selera kita serupa la...

iBu...gUru said...

salam pak long
dah org kot ni gak pak long........
pi mai pi mai cam tu gak...
kari.. kari...

iBu...gUru said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Wah bestnya pucuk gajus tu cicah budu.

Akak pulak sejak tinggal berdua ni jarang2 jugak dapor berasap.

Acik Erna said...

ibu guru..sedap tu..buat buka puasa..akak pulak..kalau buka tak bolih makan nasi..kena makan..berat juga..ganti dengan mee ke..bee hoon..nasi dari dulu memang tak bolih..sakit perut..

Lin said...

Wah..bestnya..sedap tu.

iBu...gUru said...

salam kak ani
ibu guru bukan jarang2 kadang2 je
masak

iBu...gUru said...

salam erna
dah cuba masakan nogori tu ari ahad
lpas kat rumah mak bonda. memang
sedap lompap tu.kebetulan ada tamu....trus dia minta resipi

iBu...gUru said...

salam linda
nak makan mai la.

Cikgu Yang said...

Salam !!! Bestnyer.

iBu...gUru said...

salam linda
lupa nak habaq dadih tu dibuat ari sal & pak din mai rumah, lama gak sembang2
......... jangan jeles

iBu...gUru said...

salam cik gu Yang
masa berbuka smuanya nya sedap........itu la nikmat tuhan