Thursday 1 April 2010

MASIH DI SINI........................... 22 TAHUN

Hari ini dah masuk bulan April, 1 April 2010. Bukan nak buat en3 pasal April fool tapi ada cerita lain nak kata menarik tak juga. Tapi ianya adalah sejarah hidup ibu guru. Hari ini genap lah 22 tahun ibu guru bertugas di SMK. Antah Berantah ni. Dan merupakan tahun ke 23 di sini maka banyaklah kisah2 pahit dan manis seiringi dengan peredaran masa yang di lalui. Rasanya tak ada sangat yang pahit2, semuanya manis2 belaka. SMK Antah Berantah ni merupakan sekolah kedua sekolah ibu guru bertugas. Bertukar kesini kerana mengikut en.suami. En. suami dah 4 kali bertukar ke Ipoh ke Penang pulau, Penang seberang dan balik kesini tetapi IBU GURU.................. MASIH DI SINI.


ibu bersama kak Zah

Selalu soalan yang sering ditanya oleh kawan2, kenalan dan sedara mara:

1. mengajar kat sekolah tu lagi ke ?

2. tak mau tukar ke ?

3. tak teringin ke nak tukar angin ?

4. tak boring ke kat sekolah tu je ?

5. tak nak sekolah dekat rumah ke ? ( rumah Penang , mengajar kat Perak)

6. tak nak kola RM300 ke ? ( soalan dari adik ibu yg kat JPN Penang)

7. dan soalan cepumas, nak pencen kat situ ke ?


Kawan2 yang seangkatan pun dah tak ramai, ramai dah yang bertukar . Setahu ibu yang dari kaum sejenis ibu ada 2 orang, kak Zah tahun ke 24 dan kak Mas tahun ke 25 dan akan pencen Julai nanti. Yang dah berbelas tahun pun ramai. Apa yang istimewa di sini hanya kami saja yang tahu. Dan pengetua sekarang adalah pengetua yang ke 9 bagi ibu. Bekas anak didik ibu pun dah ramai yang jadi rakan setugas disini. Dan 3 atau 4 orang yang menjadi cikgu matematik seperti ibu. Tapi sekarang ibu bukan cikgu matematik lagi. Kembali pada opsyen. Ada kawan yang mengusik, kalau di susun buku persediaan mengajar sama tinggi dengan ibu.


Melihat kejayaan anak2 didik ibu berasa bangga. Kalau tengok dalam FB ibu, kebanyakan rakan2 adalah ex-student ibu. Kadang2 sampai dah tak ingat. Sering ditanya " cikgu ingat dak lagi saya, SPM tahun 90. " Nak kata apa lagi " ingat mana boleh lupa". Kadang2 tengok gambar pun tak boleh nak recall balik. Bila ada request rasa nak ignore ja, tak sampai hati pula orang dah ingat kita. Sukanya mereka kalau ibu kata ingat mana boleh lupa, budak baik katakan. Bila tengok profile masing2 dah berjaya, sejuk rasa hati...........


IBU GURU MASIH DI SINI...................... SELAGI KHIDMAT DI PERLUKAN AKAN TETAP DI SINI...............



17 comments:

pak long said...

salam buat ibu guru...
fuhhh...hebatnya....kira org lama kat smk antah berantah....buat ibu guru...pak long doakan moga terus ceria disamping tugas..kim salam kat akak sebelah tu...

Maiyah said...

mmg rasa masa cpt berlalu, mula le kenangan dlu pasti slalu dtg

Rohani M.U said...

Salam buat ibu guru
Hebat yea ibu guru. Boleh bertahan dalam jangkamasa yang panjang di sesebuah tempat. Tahniah bu guru.Mesti ada tips kan camna nak kekal di sesebuah sekolah. Boleh ibu guru tulis n3 camna nak kekal lama di sesebuah sekolah tanpa ada orang kacau ? Terima kasih ibu guruku.

Wassalam.

Anonymous said...

Salam Ibu guru,

Saya juga seperti ibu guru.

UM lah tempat pertama saya bekerja setelah tamat dari ITM dan tempat saya memilih untuk bersara selepas berkhidmat selama 34 tahun sehingga saya dikurniakan 2 kali sijil khidmat setia.

Banyak suka duka dan air mata gembira dan sedih terjadi disana. Semuanya menjadi kenangan indah.

Kawan2 sebelajar dulu dah kemana-mana, ada yang kerja di bank dan lain-lain badan swata. Saya masih di UM sebab pada saya duit bukan segala2nya. My happiness is more important.

Lin said...

Lain sungguh kita...saya dah sekolah yang ke lapan setelah 22 tahun berkhidmat dan di SMK Seksyen 3 Bdr Kinrara ni yang paling lama iaitu 8 tahun...mungkin pencen kat sini je kut.

iBu...gUru said...

salam pak long,
tahun ni mmg ceria sangat...........beban tugas tak banyak sangat maklumla org lama.tu kak zah, rasa pencen sini gak cause rmah dia pun kat sini org tempatan

iBu...gUru said...

salam maiyah
tu yang blog ni ....IBU GURU MASIH DISINI... http://kenanganjadirinduan.blogspot

iBu...gUru said...

salam roha
pernah juga 2,3 kali isi borang tukar jawapannya " Dukacita sila teruskan perkhidmatan di sekolah sekarang " pas tu malas dah. Maklum balas dari rakan2 yg bertukar ramai yg tak gembira ditempat baru. Insya-allah dlm en3 akan datang........

iBu...gUru said...
This comment has been removed by the author.
iBu...gUru said...

salam kak ani,
kak ani lagi rekod, tak pernah kemana. tapi tak apa kak ani, asalkan kita bahagia. betul duit bukan segalanya. kat sek. saya kola RM100 saja. ada kwn2 kata kalau ke penang lpas dah duit petrol RM200 lebih tapi tak apa RM100 pun hati senang tak tension........

iBu...gUru said...

salam cik gu lin,
23 tahun la kita ngajar & tahun ni tahun ke 24. Ok la tu banyak pengalaman dan ramai kawan. samala kalau x ditukarkan pencen kat sinin kot. Tapi takut juga kalau kat penang yg mana 10 tahun keatas akan ditukarkan dalam daerah. harap2 perak dak kot

Acik Erna said...

ibu guru..kalau kita selesa disitu..tak perlu kita mencari tempat lain kan..aka pulak..mula kerja 18 tahun tak pindah..kemudian pindah lagi..hampir sembilan tahun..ditempat sekarang..hampir empat tahun..tapi rasanya ingin berpindah lagi...suasana ditempat sekarang sungguh tak menyenangkan hati..takut sangt terlibat sama dengan yang salah...walaupun sentiasa berhati2...

ikutsukakoi said...

salam ibu guru,
kalau kita rasa selesa kerja kat sekolah tu, tak ada sebab kita nak tukar. kadang2 bertukar ke sekolah lain akan menimbulkan masalah pulak.

hentian said...

IM dapat rasakan betapa bangganya seorang guru bila melihat anak muridnya berjaya. kemudian datang ucapkan terima kasih kepada guru yang pernah mengajarnya.

Begitu juga apa yang ibu_suri alami...

iBu...gUru said...

salam erna,
rakan sekerja, persekitaran mmg penting utk kita teruskan perkhidmatan kita disatu2 tempat, kalau ok, kerja kita pun ok lah

iBu...gUru said...

salam ikutsukakoi,
ibu sokong 100%. Tapi kadang2 ada juga yang kata utk lebih cemerlang hendak lah keluar dari zon selesa. ini selalu disebut oleh pihak atasan sekolah.

iBu...gUru said...

salam IM,
Guru yang baik dapat menjadikan anak didiknya lebih baik dari dirinya. Bila melihat anak didik berjaya dalam hidup mereka............ itulah yang paling bahagia bagi seorg guru. Terujanya rasa bila baca luahan rasa mereka dlm FB ibu guru