Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia.Setiap hari menyimpan rahsia-rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria, yang muram semuanya adalah hari.
Hari apakah saudara dan saudari dilahirkan ke dunia ini. Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama saudara dan saudari menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia.
Hari Jumaat
Nabi Adam berkahwin dengan Hawa
Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha
Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib
Nabi Sulaiman berkahwin dengan Balqis
Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah dan Juga Aisyah
Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah
Belum cuti sekolah dah banyak jemputan walimah yang diterima. Ramai yang mengambil cuti hari buruh untuk melangsungkan majlis yang bersejarah. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NASRUL HAFIZA DAN PASANGANNYA PADA 1 MEI 2010. Nasrul merupakan bekas anak murid ibu guru dan sekarang mengajar satu sekolah dengan ibu guru dan menjadi rakan setugas.. Tahun depan insyallah kalau ada rezeki Nasrul, dapatlah ibu guru menimang cucu murid. Dan cuti sekolah nanti ada seorang lagi bekas anak murid ibu guru juga merupakan rakan setugas di sekolah ibu akan menamatkan zaman bujang. Nanti ibu akan ceritakan pada entri akan datang.
IBU GURU MASIH DI SINI................................. EN. SUAMI MELAMAR DULU HARI JUMAAT.............. AKADNYA PADA HARI SABTU
6 comments:
salam jumaat ibu guru..semoga kita selamat..begitu juga hari2 seterusnya..
akak juga dah dapat jemputan..mingu kejemputan yang jauh sikit..di kuala selangor..
Muga-muga jika ditakdirkan kita mati pun kelak, biarlah pada hari Jumaat.
salam jumaat ibu, moga kita suma diberkati
salam kak erna
sama2 lah kita berdoa moga dalam perliharaan Allah
salam IM
ya.... insyallah.sama2 kita berdoa...sesungguhnya mati itu benar dan alam kubur itu benar........ sentiasa berdoa moga dipermudahkan
salam maiyah,
mudahan sihat balik dari bercuti...... ceria2 selalu ya maiyah
Post a Comment