Sunday, 27 June 2010

MANSUH UPSR DAN PMR



Kenapa perlu UPSR dan PMR dimansuhkan ? Jika sepanjang 11 tahun pelajar berada di sekolah hanya akan menduduki SPM sahaja, bayangkan apa yang akan berlaku terhadap para pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 4 ? Yakinlah komitmen semua pihak akan berkurangan untuk memberi didikan yang sewajar kepada anak didik ini. Senario sekarang, kebanyakan ibu bapa hanya memberi tuition anak-anak yang akan menduduki peperiksaan awam. Begitu juga sekolah hanya menyediakan kelas-kelas tambahan kepada kelas peperiksaan sahaja. Harapan semoga Kementerian Pelajaran tidak tersalah langkah seperti menghapuskan yuran peperiksaan awam, akhirnya pelajar tidak menghargai peperiksaan. Satu kerugian telah berlaku apabila PPSMI dimansuhkan janganlah dimansuhkan UPSR dan PMR kerugian yang besar akan berlaku sekali lagi. Kita sebenarnya telah memberi perspektif yang salah, kita menjadikan sistem pembelajaran kita berorientasikan peperiksaan. Kita menjadikan ia sebagai sebuah pertandingan peringkat sekolah, daerah dan negeri. Dengan ini banyak pihak akan merasa tertekan, pelajar, guru dan ibubapa. Tak ada salah seandainya kita anggap ia sebagai peperiksaan biasa sekadar untuk mengetahui prestasi anak kita diperingkat nasional. Ia juga akan memberi kita gambaran kemana arah tuju anak kita dan dimana tahap anak kita diperingkat nasional.


IBU GURU MASIH DI SINI ........................... TAK ADA LAGI ANAK YANG NAK AMBIL UPSR, PMR DAN SPM................

8 comments:

Chai Yun said...

Sokong pendapat cikgu.

iBu...gUru said...

hai Chai Yun,
tq follow ibu......

secangkir madu merah said...

sungguh benar ibu...

tahap pembelajaran anak2 lebih kucar kacir tanpa peperiksaan besar seperti UPSR, PMR & SPM...tanpa kita tahu bagaimana peningkatan anak2 dlm pelajaran..

Chai Yun said...

sama-sama.

Acik Erna said...

ibu guru..akak pun fikir perkara yang sama..tak ade pepriksaan..rasanya semangat untuk belajar pun kurang..sebab bila nak periksa..lebih bersungguh..sebab nak cemerlang..dalam peperiksaan..

AYU said...

sangat setuju...bukan apa. kalau dimansuhkan nanti...entah2 budak2 nie...lg byk masa duok melepak, main games & apa2 lg yg x de pekdahnya

hentian said...

rasanya kajian dari pihak kerajaan hanya di sebelah pihak. tidak memikirkan kesan di sudut masa terluang anak, kedai tution yang berselerak dan guru-guru yang membuat part time mengajar.

pak long said...

salam...
la ni banyak yg memandai tapi tak pandai....