Thursday 24 June 2010

PETUA MAK BONDA

P
CANTIK DENGAN LIMAU NIP
IS

Mewangikan Rambut

Mungkin ramai tidak tahu limau nipis boleh mewangikan rambut.

Caranya:
  • Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan
  • Kemudian gosokkan keseluruh kepala
  • Biarkan beberapa minit kemudian barulah cuci hingga bersih
Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan
rasa pening serta menyejukkan kepala


Hilangkan Bau Kaki


Untuk mengatasi bau kaki akibat memakai sarung kaki
dan kasut bertutup, limau nipis boleh digunakan.

Caranya:

Ambil limau nipis dan hiriskan kemudian gosok pada kaki
di celah jari biarkan seketika dan cuci


Pulih Kulit Wajah

Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar
kerana cuaca panas
Untuk mengatasinya, limau nipis dapat menolong

Caranya:
  • Potongkan limau nipis dan dapatkan airnya
  • Kemudian campurkan air limau bersama tepung gandum putih telur dan madu
  • Sapukan bancuhan pada keseluruhan muka kecuali muka dan mulut
  • Biarkan ianya kering kemudian cuci dengan air yang bersih

IBU GURU MASIH DI SINI.......................... SELALU AMBIL LIMAU NIPIS KAT RUMAH MAK BONDA JER............ TAK PAYAH BELI

14 comments:

Lin said...

nak buatlah nanti....

Acik Erna said...

ibu guru..akak ni jenis muka cepat hangus..hitam lebam kalau lama terdedah kat cahaya matahari..bolih ikut petua ni..terima kasih...

zulkbo said...

salam..
terima kasih berkongsi
petua..amat berguna ni

iBu...gUru said...

salam linda
leh la suruh bibik gosok kaki skali

iBu...gUru said...

salam kak erna
alhamdulilah kak erna dah muncul

iBu...gUru said...

salam cik zul
kongsi2

atuk said...

Assalamualaikum Ibu Guru

banyak guna limau nipis ni ya

kalau minum air limau nipis apa khasiatnya

Wassalam

iBu...gUru said...

salam atuk rozali
utk menghilangkan batuk campur air limau nipis tu dengan honey........ khasiat yang lebih penting bila minum hilang dahaga........... jus limau nipis

Pn Kartini said...

Salam ibu guru..
itulah hikmat ciptaanNya...
byk manfaatnya...syukur!:)

tq ibuGuru..perkongsian petua:)

hentian said...

Boleh buat produk baru ni. SimplyIbuGuru...

ibuintan said...

Limau nipis juga elok untuk hilangkan kelemumur..

iBu...gUru said...

Salam Tini
Semua ciptaan NYA mempunyai manafaat kepada makhluknya ......

iBu...gUru said...

salam IM
SimplyIbuGuru ........... cadangan yang baik tapi tak sedap nama tu. MySimplySari .... sedap tak, ambik berkat nama sendiri

iBu...gUru said...

salam ibuintan
tima kasih...... satu lagi petua utk di kongsi bersama