Saturday, 5 June 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU ...........TEMAN-TEMAN



Ya Allah Ya tuhan Kami "Kami memohon restu Mu berkati majlis ini, limpahkanlah berkat dan rahmat atas pasangan suami isteri ini, jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikan ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat. Sempurnakan lah agama mereka dengan berkat ikatan ini. " - Amin -

Ucapan Selamat Pengantin Baru
Kepada yang melangsungkan hari bersejarah
Pada
5hb Jun 2010
&
6hb Jun 2010

Siti Wahida Razali & Noor Sarizwan
(cikgu sekolah ibu)

Abd. Halim Din & Norhayati Saffie
(cikgu sekolah ibu)

Norita Nayan & Mohd Shahril Saari
(anak jiran terdekat)

Siti Normasliana & Zahrul Anuar Zakaria
(anak kawan ibu)

Suzilawati Nordin & Ahmad Romaizi
(anak kawan En.suami)

Nor Hafizah Hamzah & Mustaffa Midek
(adik kawan ibu)


Hari ini sempat ke rumah Siti Wahida, ramai kawan sekolah ibu yang
hadir meraikan majlis bersejarah Siti Wahida dan pasangan.
Moga Siti Wahida dan pasangan bahagia hingga keakhir hayat.
Insyallah esok akan kerumah pengantin lelaki pulak untuk meraikan
majlis walimah mereka undangan dari mertua Wahida. (bapa mertua Wahida
kawan En. suami)


Wahida dan pasangan

Hati 2 Wahida .....................


Selepas makan di rumah Wahida kita terus ke Taiping

Pusing-pusing bandar Taiping singgah Doli
pekena Koey Teow Goreng

Dalam Restoran Doli ada juga pasangan pengantin yang pekena
koey teow........ tengok tu jadi perhatian ramai



IBU GURU MASIH DI SINI.................... DALAM EN3 BEBERAPA BULAN LEPAS ADA CORETAN IBU MENGENAI KEPULANGAN KERAHMATULLAH IBU KESAYANGAN WAHIDA ......................... TAK SEMPAT MELIHAT HARI BAHAGIA WAHIDA......... MOGA AMAN DI SANA......... ALFATIHAH

14 comments:

pak long said...

salam buat ibu...
amboi gebu nya pengantin pompuan tu...
hai..tak ajak kita makan kotew doli..

hentian said...

Mesti doa Ibu Guru panjang ni sebab ramai raja n permaisuri sehari nak di rai...

Pn Kartini said...

Salam Bu..:):)

Belum pernah tgk pengantin berjamukan koey teow lam kedai..memang kan menarikkk perhatian:):):)

Pe2..Selamat Bercuti..:)

ibuintan said...

selamat bercuti ibu guru..
memang tak dapat memenuhi semua jemputan rasanya,
hari ni ada 3 jemputan majlis kenduri kahwin

atuk said...

Assalamualaikum Ibu guru

tak berasap lee namapaknya dapur
asik makan kenduri jee
jangan makan banyak2 ye
nanti badan....
he he

Wassalam

Maiyah said...

slmt pngntin baru pd pasangan
meriah musim nih..

Nur Hawa Mohd Zin said...

hahah...pengantin tu mesti lapau..nak makan time makan beradab..keba cover..huhu..

iBu...gUru said...

salam pak long
pengantin tu kaunselor our school......... org sg. kepaq dekat tangki ayaq besaq tu........ kulaan pak long pa.

iBu...gUru said...

salam IM
alkisahnya.......... 1 saja yang sempat p. yg lain tu doa dari rmah je lah

iBu...gUru said...

salam cik gu tini
pengantin sekarang ni kan suka buat kelainan.........

iBu...gUru said...

salam ibuhani,
saya hanya sempat pergi satu rmah jer.... x mampu rasa nak pergi smua

iBu...gUru said...

salam atuk Rozali
rmah saya mmg jarang berasap sejak jadi pengantin baru dua tahun ni. bila bujang2 tu balik baru lah berasap...... tu yg risau ni .... kalau kat sek. pantang free......... kantin memanggil-manggil. tak pa kot lagi la ni roomate x kata apa lagi...

iBu...gUru said...

salam maiyah
mmg meriah ....... mengimbau kenangan lalu

iBu...gUru said...

salam awe
awe nanti entah apa2 kelainan pula yang nak dibuat....... ibu cadang makan beradab buat kat R&R, x de org buat lagi.......... mesti meriah