PERGI TAK KEMBALI
Tiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Sebagai pengajaran buat kita terutama diri aku sendiri. Hidup ini umpama roda. Kadangkala kita megah di singgah sana. Ada masanya kita akan ke bawah juga akhirnya. Kesenangan di dunia hanya sementara. Di sana jua lah yang kekal akhirnya. Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Marilah kita banyakkan amal ibadah kita sebelum ajal datang menjemput.
Di kuburan Tn. Ahmad bin Hj. Sulaiman sedang membacakan talkin
untuk arwah adiknya
IBU GURU MASIH DI SINI............................ HARI INI GENAPLAH SEBULAN IBU MERTUAKU KEMBALI RAHMATULLAH................... MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG SOLEH......... AL FATIHAH ............. PALING TERASA TENTUNYA BAPA MERTUA........... 12 TAHUN MENJAGA ISTERINYA YANG SAKIT........... DAN SEMALAM BAPA MERTUAKU SEKALI LAGI DIDUGA DENGAN PERGINYA ADIK KESAYANGANNYA MENURUTI JEJAK ISTERINYA................ DALAM SEBULAN DUA INSAN YANG HAMPIR DENGANNYA PERGI MENYAHUT PANGGILAN ILAHI. WALAUPUN IA KELIHATAN CERIA TAPI TIADA SIAPA DAPAT MENELAH PERASAAN SEBENARNYA.............. DIIMAMNYA SOLAT JENAZAH ADIKNYA..... SEMASA DI KUBURAN SEMALAM , KETIKA BELIAU MEMBACA TALKIN UNTUK ADIKNYA, KU LIHAT TITISAN JERNIH ........... SEKALI SEKALA MENITIS MEMBASAHI PIPINYA ...................... MOGA BAPA MERTUAKU TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI. ALFATIHAH UNTUK ALLAHYAHAM PAK LANG TUAN HJ. ABD. AZIZ BIN HJ. SULAIMAN.......... MOGA BAHAGIA DI SANA DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH .........................AMIN
21 comments:
ibu...kesedihan turut terasa tatkala saya mbaca coretan ini...Al-Fatihah utk arwah...
Salam iBu gUru
Takziah buat iBu gUru sekeluarga.
Al-Fatihah buat semua arwah.
Wslm
yang pergi biarlah pergi. yang masih ada kita ambil peduli...
salam ibu...
ibu apa khabar?lama sy x ke blog ibu...
sama2 lah kita berdoa agar kesemua roh2 org yg telah pergi (org islam) akan di tempatkan dengan org2 yg soleh...
*sy terharu dan sedih bila baca coretan ibu...sy terkenangkan nenek sy yg telah pergi selama 3 tahun...
Ibu guru..takziah..semoga bapa mertua tenang mengahadapi kehilangan insan2 tersayang..dan Al Fatihah buat arwah yang telah pergi..
Assalamualaikum Ibu Guru
Al Fatihah untuk mereka
semoga kubur mereka diteranggi dgn cahaya surga
Wassalam
salam mok long
........ amin.
salam kak su
tima kasih kak su . amin.......
salam IM
yang pergi tetap pergi....... kenangan bersama yang pergi tetap bersemadi ........ yg masih ada sisa2 usia teruskan penghidupan, sementara menunggu dipanggil ke SANA
salam ustaz
tima kasih sudi ziarah..... kita sedekahkan alfatihah moga mereka yg pergi dahulu tenang disana ....... sampai tika dan saat kita akan menyusul........
salam kak erna
tima kasih kak...... ya harapan kami sekeluarga moga beliau tabah..... amin
salam atuk rozali
amin..........
Yang hidup pasti mati. Kita harus meneruskan kehidupan. Biarlah memori indah itu disimpan didalam peti ingatan kita. Takziah dari saya. Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Amin
assalamualaikum Ibu Guru
alfatihah buat semua kaum keluarga,sahabat handai dan seluruh muslimin muslimat yang telah pergi dahulu...
Ketabahan bapa mertua Ibu guru moga diberkati Ilahi selalu,entry ibu guru ini membuatkn saya teringat akan pengorbanan suami saya yang menjaga saya selama ini...
salam saudara arif
ya sesungguhnya mati itu benar ..... dan alam kubur itu benar
salam cikgu ma
tq dtg ziarah ibu............ pengorbanan org2 penting disekeliling kita jangan kita lupakan ....... doakan moga mereka sentiasa diberkati Allah
salam buat ibu...
moga entri dan pernyataan ibu akan memberikan hidayah buat diri ini...
buat IBU..moga terus dirahmati ALLAH
setiap yg bernyawa pasti akan mati...tidak terlambat atau tercepat walau seminit jua...
alfatihah buat arwah dan takziah juga buat ibuguru sekeluarga...
salam pak long
moga dapat memberi hidayah kepada kita semua........
salam smm
sesungguhnya mati itu benar dan alam kubur itu benar........ peringatan utk kita semua
Post a Comment