Saturday, 10 July 2010

KHASIAT BELIMBING BULUH


Dalam kehidupan seharian, asam ini yang kaya dengan asid oksalik digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan degil di tangan atau kesan karat di pakaian dan kadang-kadang digunakan jugak untuk mencuci barang-barang tembaga atau suasa.

Khasiat perubatannya banayak juga, antaranya ...

1) penawar batuk - daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus,ditapis dan diminum 3 kali sehari.

2) daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk menghalau lalat. Tidak susah , ambil saja duan agak secekak, kibas saja beberapa kali di meja makan. Lalat tidak akan datang lagi kerana dipercayai bau daunnya tidak digemari lalat.

3) merawat darah tinggi. Minuman air rebusan daunnya

4) daunnya yang ditumbuk boleh menghilangkan gatal-gatal, bengkak cantik, reumatik, dan bengkak-bengkak kulit, sakit gigitan serangga

5) daun digosok pada tumit/tapakkaki untuk menghilangkan sakit akibat memakai kasut tumit tinggi.


( Pantang: orang yang mempunyai penyakit angin medu tidak boleh makan buah ini)

IBU GURU MASIH DI SINI.................... BUAT MASAK LEMAK CILI API UDANG JER

16 comments:

Guru said...

penyakit angin medu ni penyakit apa ya?

entri terbaru saya : FIKIRAN TIDAK TAJAM

iBu...gUru said...

salam cikgu normah
kata mak bonda saya angin medu tu penyakit angin senggugut yang terlampau/berlebihan

hentian said...

masa IM kecil dulu pokok ni ada di tanam depan rumah. selalu di campurkan ke dalam gulai lemak.

sekarang seingat IM tak pernah lagi pokok itu di sini.

Acik Erna said...

salam ibu guru..cantik la rumah ibu guru ni..bercahaya..
belimbing buloh ni..memang sedap bila dimasak dengan telur itu..begitu juga daging salai..banyak pulak khasiatnya tu kan...yang akak tau cuma..pucuk dan bunga direbus dan minum airnya untuk ubat darah tinggi..

Lin said...

Salam ibu guru....belimbing buluh ni saya selalu masak atas dapur dengan garam sehingga dia kecut dan hitam dan boleh disimpan lama. Belimbing yg dah hitam ni boleh ditumbuk dengan cili api, bawah merah dan ikan bilis dan kemudian digoreng(minyak sikit je)maka jadilah dia kami panggil sambal tahi cicak...he..he..sedap kegemaran acai. Ini sambal org Pahang area Kuala Lipis...tapi nama dia lain...kalau tak salah sambal belimbing kut.

atuk said...

Assalamualaikum Ibu Guru

banyak khasiat rupanya belimbing buluh ni

yg saya tahu untuk masak lemak
atau buat sambal je
he he

Wassalam

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,
Kalau kat pahang sambal belimbing hitam paaling popular...belimbing hitam itu belimbing buluh yang telah diresua.

Khasiat daun belimbing ini pula kalau ada sesiapa demam campak, ambil daunnya rebus dan buat mandi..

Ateh Nour said...

Maaf..resua=rebus, silap taip.

ibuintan said...

aruah mak suka gulai belimbing buluh yg warna hijau...masak lemak cili api dgn telur itik

iBu...gUru said...

salam IM
mak saya selalu buat masak lemak cili api dengan udang & kerabu ....... jadi saya pandai dua menu je lah ...
lagi sijeruk dan dikeringkan lalu dimasak acar buah

iBu...gUru said...

salam kak erna
rumah lama tu dia hilang sendiri..... dgn telur biasa la masak tapi daging salai tak penah pula......mesti sedapkan.daya dah cuba resepi kak erna yg daging lompap tu ..... mmg sedap dan saya pnjangkan kepada kwn2 kat sekolah . anak2 mmg suka

iBu...gUru said...

salam linda
sambal tahi cicak tu hang ada buat dulu masa kat jln mewah 3.... tapi hang x letak buah belimbing. kalau ltak buah belimbing ni lagi sedapkan.masa kat jln mewah tu lah aku pandai makan tempoyak. ingat x lagi masak lemak keropok yg ani masak....dapat rasa menu jawa lina & kak long ......... nostalgia betul

iBu...gUru said...

salam atuk rozali
sejak kecil lagi mak bonda saya gunakan bunga belimbing buluh utk penawar batuk ....... ambil air nasi yg sedang mendidih rendamkan bersama bunga belimbing tu, sejukkan ...... asingkan bunga tu dan minum. insyallah....

iBu...gUru said...

salam lipislady
buah sedang lebat sekarang nanti saya nak cuba sambal belimbing tu .....resipi cik gu lin kat atas tu. resepi org pahang

iBu...gUru said...

salam ibu intan
saya pun buat juga masak lemak cili api tapi gunakan telur ayam .... susah nak dpt telur itik

Cikgu Yang said...

Terima kasih maklumatnya~~ tentu mendapat pahala menyibarkan kepada orang lain. Salam perkenalan.