Tuesday, 2 November 2010

UNTUK RENUNGAN




KISAH RASULULLAH S.A.W BERTANYA JIBRAIL
TENTANG API NERAKA

Rasulullah s.a.w : " Wahai Jibrail, beritahulah kepada ku tentang api neraka itu ?"

Jibrail : " Ya Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat.
Andaikata api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar lubang jarum
nescaya terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju ahli neraka pula,
kalau baju digantung antara langit dengan bumi nescaya akan mati
semua penduduk bumi disebabkan busuk yang paling dasyat."

Jibrail : " Wahai Muhammad kalau malaikat yang sembilan belas itu turun
ke bumi sudah tentu akan mati akan mati semua penduduk bumi
sebab bentuk mereka amat menggerunkan, dan kalau satu pergelangan
dari rantai neraka itu jatuh ke bumi akan menembus tujuh petalabumi "

Rasulullah : " Hasbi ya Jibrail "

Rasulullah s.a.w menangis dan diiringi tangisan Malaikat Jibrail.
Lalu rasulullah s.a.w
bertanya
Rasulullah : " Wahai Jibrail , mengapa kamu menangis pada hal kamu sangat mulia
di sisi Allah s.w.t ? "

Jibrail : " Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku,
walaupun kedudukanku sangat dekat dengan Allah s.w.t. Kalau
Allah s.w.t hendak merubahkan aku atau hendak menguji ku
sebagaimana Harut dan Marut juga iblis yang terkutuk itu ."

Walaupun kedudukan Malaikat sangat dekat dengan Allah,
ia tetap menangis kerana takut kepada
Allah s.w.t



IBU GURU MASIH DI SINI..........................YA ALLAH BETAPA KERDILNYA AKU DI SISIMU..................... AMPUNILAH SEGALA DOSA2 KU
YA ALLAH JANGANLAH KAU UJI AKU
DENGAN UJIAN YANG TAK MAMPU AKU TANGGUNG..............


6 comments:

hentian said...

oleh kerana kita merasakan duduk jauh dari allah maka kita lebih banyak ketawa dari menangis...

atuk said...

Assalamualaikum Ibu guru

susahnya mata ini untuk menitiskan air mata kerana Allah

Wassalam

Anonymous said...

Salam IbuGuru,

Malaikat menangis takutkan Allah, tapi kita manusia ramai yang terlupakan Allah, jadi bila terlupa dia tak takutkan Allah.

Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayahNYA.

missgee said...

Keinsafan..
Mencari keberkatan hidup dari_NYA

pak long said...

salam buat ibu...
lama hamba tak singgah kat blog ibu..moga ibu terus beroleh keberkatan..

Aida Ali said...

Selamat Bercuti cikgu