Monday, 1 February 2010

TETAMU TAK DI UNDANG.....................


Ini salah satu faktor yang mengundang tetamu yang tidak di undang
(Balik sekolah tadi ada lori Indah Water parking depan rumah..........
lebih kurang 1 jam.......... pergi tengok rupanya driver tu tidor)



Pagi tadi sewaktu rehat sambil makan sempat berbual-bual dengan kawan ibu guru cik gu Kasmawaty. Katanya rumah Is, kawan anak ibu guru dimasuki pencuri, menurutnya kejadian itu berlaku waktu awal pagi, pukul 2 pagi. Tapi kejadian itu disedari oleh jiran sebelah, apabila anjingnya menyalak memberi signal bahawa ada tetamu tidak diundang sedang mengumpil pintu belakang rumah mereka. Jiran yang perihatin itu terus menelefon mak Is, kebetulan abang Is tidur di ruang tamu maka tak kesampaianlah hajat sipencuri itu. Selalunya waktu-waktu macam tulah sipencuri samada amatur atau profesional akan menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.

Petang tadi lebih kurang 5.30 petang, ibu guru sempat melayari internet dan melihat facebook kawan-kawan ibu guru dan menyiapkan satu en3 di blog ibu. Tiba-tiba ibu terdengar jeritan yang kuat pencuri....... ! pencuri..........! pencuri....... ! tolong.............. tolong............ tolong. Ibu guru meluru turun ke bawah dan meninjau-ninjau keluar. Ibu guru kenal ......... itu suara jiran selang sebuah rumah dari rumah ibu guru loghatnya bukan loghat utara. Dia menyewa disini, mencari rezeki untuk anak-anaknya......... seorang ibu tunggal yang gigih bersama lorinya berniaga di pasar malam. Kebetulan En. Suami balik beberapa minit selepas itu, terus ibu dan en. suami kerumahnya. Katanya arini dia tak berniaga, sedang rehat-rehat terus terlelap. Terjaga ...........terus terlihat tetamu yang tak diundang. Terus menjerit. Pencuri tu selamba ja keluar dari rumahnya. Dapatlah juga habuan si pencuri tu sebuah handphone.

Kalau di rumah Is tadi kejadian berlaku waktu gelap gelita tapi di kawasan perumahan ibu di siang hari waktu terang benderang. Bahaya...........bahaya........


IBU GURU MASIH DI SINI........................... MEMIKIRKAN KECURIAN, JENAYAH AKAN BERLAKU TAK KIRA MASA DAN TEMPAT. IA SENTIASA BERADA DI KELILING KITA........DAN MENUNGGU MASA AKAN TERJADI APABILA KITA LALAI DAN LEKA

MESYUARAT POSTMORTEM PMR 2009

Tarikh: 1hb Februari 2010
Tempat: Bilik Gerakan
Masa: 12.30 Tengahari



Walaupun kejadian ragut sering berlaku tetapi wanita dan hand bagnya
tidak mungkin dapat di pisahkan.........




Fokusnya ..
Post mortem PMR
dihadiri oleh
Puan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM
dan Penolong Kanan Petang
serta guru-guru tingkatan 1, 2 dan 3

( 1 )
Ucapan Puan Pengetua
Keputusan PMR Daerah dan kedudukan sekolah
Target sekolah PMR 2010
Peningkatan dari segi kualiti & kuantiti

( 2 )
Pembentangan yang menyeluruh oleh Penolong Kanan Pentadbiran
dari semua aspek yang menyumbang ke arah peningkatan
PMR 2010
langkah-langkah untuk meningkatkan pencapaian dalamBahasa Inggeris
Program-program peningkatan untuk meningkatkan
kualiti dan kuantiti PMR 2010 bagi semua panitia
untuk semua subjek PMR




IBU GURU MASIH DI SINI.......................SETIAP TAHUN MENGHARAP DAN BERDOA UNTUK KEJAYAAN ANAK-ANAK DIDIK DALAM PMR ......................




Tuesday, 26 January 2010

CERMIN

Dua minggu awal persekolahan ngajar tajuk
" Tempat Kediaman "
Teringat pula nak bagi tip ini.




TIP
MEMELIHARA CERMIN HIASAN





( 1 )

Elakkan meletakkan cermin hiasan di atas meja sekiranya anda memiliki anak
kecil. Selain itu, menggantung cermin berhampiran aksesori lain kerana ia mampu
mencacatkan penataan
yang dipilih.

( 2 )
Lap cermin sekurang-kurangnya seminggu sekali tetapi lap cermin setiap hari
adalah lebih baik agar sentiasa bersih.




( 3 )

Bagi cermin hiasan yang berwarna, jangan dicuci dalam tempoh seminggu selepas
pemasangan. Sebaliknya, lap dengan menggunakan kain lembut atau penyapu bulu
ayam.


( 4 )
Bagi cermin hiasan berbingkai atau bercorak, penjagaannya perlu lebih teliti. Pastikan
debu yang terdapat dicelah-celah bingkai dicuci bersih.


IBU GURU MASIH DI SINI................................ TIDAK PERNAH LUPA CERMIN DIRI

Monday, 25 January 2010

TELATAH PELAJAR 3R7 DALAM P&P

Ini adalah kelas ibu guru waktu pertama dan kedua.
Majoriti pelajar-pelajarnya terdiri daripada kaum tionghua.
Tidak seorang pun fasih berbahasa melayu.
Untuk berkomunikasi dengan mereka terpaksa menggunakan lenggok bahasa mereka.
Ibu terpaksa mempelajari perkataan2 bahasa mereka untuk memudahkan P&P.
Hari ini saja untuk menerangkan maksud pencahayaan mengambil masa 10 minit.
Permaidani ....... ta tau......... carpet ...... ta tau.
Aduhhhhhh.............
Nasib baik dalam bengkel ada alas kaki jenis carpet.
Sambil menunjuk alas kaki.........
" Ini........ besar punya..... cantik .... dalam lumah punya....."
Sambil mendengar, mereka mengangguk.
" Faham"
Jenis2 lantai..................mozek.... tau ka ?
Geleng kepala.............
Kadang2 letih.......... kadang2 terhibur..............
Tetapi hari ini memang meletihkan.
Kerana ada 2 kelas macam ni.
Satu kelas majoriti melayu, satu kelas majoriti cina.
Diakhir P&P apabila diberi latihan, mereka dapat menjawab dengan betul.
Latihan....... kemas tulisannya, nota yang dibuat cantik.

8.40 pagi P & P tamat.

" Mangun............. Telima kasih cik gu "



IBU GURU MASIH DI SINI....................MEMIKIRKAN SABAN TAHUN ANAK DIDIK IBU GURU INI TAK PERNAH GAGAL DALAM SUBJEK IBU GURU WALAUPUN TIDAK FASIH BERBAHASA KEBANGSAAN.

Saturday, 23 January 2010

PESANAN LUQMANUL HAKIM ( 4 )

Buat Tatapan Dan Renungan
Anak-anak Ibu & Anak-anak Didik
Ibu Guru



(16)
Hai anakku
bila mana engkau mahu mencari kawan sejati
maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah
Bila mana dengan kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu
maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.
Bila tidak demikian, berhati-hatilah


(17)
Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu
serta maniskan wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi
sukanya seseorang terhadap orang lain
yang pernah memberikan barang yang berharga


(18)

Hai anak ku
apabila engkau berteman,
tempatkan lah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapdaripadanya
Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu


(19)

Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai seorang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak
yang akan mendatangkan cela pada diri mu


(20)

Hai anakku,
janganlah engkau condong kepada urusan dunia
dan
hatimu disusahkan oleh dunia sahaja
kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya


IBU GURU MASIH DI SINI............................ AKAN SENTIASA SEPERTI BULAN BERKONGSI CAHAYA MENERANGI ORANG LAIN

Tuesday, 19 January 2010

OPAH DAN TOK WAN YANG TELAH TIADA...

Semalam 18hb Januari hari ulangtahun perkahwinan ibu guru yang ke 22. Apabila wujudnya ikatan perkahwinan maka penyatuan dua keluarga telah berlaku.
Dan bertambahlah sanak saudara dan kaum kerabat kita.
Diawal perkahwinan, ibu berasa bahagia dengan ikatan ini kerana bertambah insan istimewa
dalam hidup ibu guru.
Kalau sebelum ini ibu hanya ada 2 orang opah tapi setelah berkahwin ibu dah ada 4 orang opah
dan 2 orang tok wan.
Tapi itu dulu....................... 22 tahun yang lalu.
Tapi hari ini 19hb Januari 2010 kesemua insan2 istimewa telah tiada lagi disisi ibu guru.
Kesemua telah pergi menyahut panggilan ilahi.
Meninggalkan orang2 yang menyayangi mereka.
Hari ini menjelang subuh En. suami dapat panggilan telefon........................ opah Taiping dah sampai hukumnya.
Perginya mengejut.......... dua tiga sebelum tu, menurut mak long hanya demam2 biasa ja.
Ahad petang di bawa ke hospital dari wad kecemasan terus ke ICU.
Selasa menjelang subuh ...................... opah dah menemui Nya.
Opah disenangi semua orang kampung, jiran2 dan sesiapa yang mengenalinya.
Mungkin kerana profesyen yang ceburinya.......... tukang urut bagi kes2 seperti terseliuh, lenguh2 badan dan satu bidang yang tak ramai orang ceburi ialah tukang mandi dan kafan jenazah.
Opah pernah kata dia bersyukur sangat Allah beri kekuatan padanya untuk menunaikan fardu kifayah ini.
Bermacam2 jenis jenazah pernah dimandikan.
Tapi hari ini............................. opah pula dimandikan orang........... dan orang2 itu adalah anak2 didiknya
Opah seboleh2nya tidak mahu menyusahkan sesiapa sahaja anak2 atau saudara mara.

Dan pagi tadi menurut mak long mereka telah menjumpai satu bungkusan dalam bilik opah.
Dan isinya ialah kain kafan yang telah siap dan boleh di gunakan dan banyak sampul surat berisi wang.
Opah menyiapkan kain kafannya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Opah telah bersedia......................seolah-olah telah mengetahui masanya akan tiba dalam masa terdekat.

Selepas di kafan jenazah opah di bawa ke masjid dan disembahyangkan selepas zohor dan disemadikan sebelah pusara tok wan.

Moga ke enam2 orang kesayangan ibu guru dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang soleh. Amin

ALFATIHAH.



IBU GURU MASIH DISINI..........................MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA IBU GURU DUNIA DAN AKHIRAT

Sunday, 17 January 2010

SELAMAT BERHARI SABTU...........................

Selamat berhari Sabtu. Tapi ada aktiviti di sekolah. Tak dapatlah nak meraikan hari sabtu bersama en. suami. Ada aktiviti ko kurikulum , mesyuarat agung unit berunifom, kelab dan persatuan dari 8 pagi hingga pukul 12 tengahari. Seperti biasa siapkan breakfast untuk en. suami sebelum ke sekolah. Senang saja nak sediakan breakfast tu, semangkuk kecil oat, satu mug susu, 1 biji telur separuh masuk dan sekeping roti bakar. Harap2 kenyang sampai tengahari nanti. Kalau lapar ......... cari kat mana-mana kedai sementara ibu balik dan sediakan lunch.
Dah selesai meeting dengan bebudak ahli persatuan KHB, ada kawan ibu guru belanja meehon dan cendol. Sedap........ terima kasih ustazah moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
12.30 sampai di rumah en. suami sedang berehat-rehat sambil tengok tv.

" nak masak dak ? "
" Tak payah kot, rasa kenyang lagi pukul 11 dah makan kat kedai depan tu ? "

Bila dengar ayat tu leganya bolehlah relex sikit. Perut pun dah kenyang makan meehon kat sekolah tadi. Kemas rumah sikit2 sementara tunggu waktu zohor. Buka peti sejuk tengok apa yang boleh di jadikan juadah petang ni..........


Jom ibu guru nak buat CUCUQ JAGUNG

Bawang besar dimayang halus


Jagung buat cam ni


sedikit serbuk jintan manis


serbuk cili / cili blend pun tak pe...


udang fresh kalau tak ada tak sedap


untuk variasi warna masukkan cili merah & daun bawang



telur untuk melembutkan adunan cucuq jagung

Bahan utama tepung gandum digaul bersama gula dan garam
secukup rasa. Masukkan kesemua bahan di atas tadi bersama air
jangan terlalu cair dan jangan terlalu keras.
Nak goreng terus pun boleh.
Ibu guru selalunya simpan dulu dalam peti sejuk sebelum digoreng



Ok ibu guru nak solat zohor dulu nanti lepas asar
boleh la goreng dimakan bersama milo panas



IBU GURU MASIH DI SINI.....................AKAN MENYEDIAKAN JUADAH2 KEGEMARAN KELUARGA IBU GURU UNTUK DINIKMATI BERSAMA