Sunday, 15 May 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Selamat Menyambut Hari Guru Buat Rakan-Rakan Guru




GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


IBU GURU MASIH DI SINI ................ BESOK 16 MEI 2011 DI PERHIMPUNAN PAGI SAMA-SAMA KITA NYANYIKAN LAGU KERAMAT KITA............ GURU MALAYSIA






18 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Selamat Hari Guru..

Mulianya tugas guru, tanpa ilmu tiada maknanya. Iman Syafie iaitu pengasas Mazhab Syafie juga memuliakan guru-gurunya sehingga beliau tidak pernah menghalakan kaki ke arah rumah gurunya sewaktu tidur.

Citarasa Rinduan said...

selamat hari guru buat ibu guru..
nanti singgah ke blog ayu ambil kad ucapan ya

Nur Hawa Mohd Zin said...

selamat hari guru ibu guru :)

iBu...gUru said...

W.salam En.Razak ........ tanpa guru siapalah kita. saya sehingga sekarang masih mengingati nama guru2 yang pernah mengajar saya. saya doakan moga guru2 saya sentiasa dalam keberkatan......... yg telah mendahului kita..... saya sedekahkan al fatihah, moga mereka bahagia di sana bersama2 org yg soleh ...amin

iBu...gUru said...

trima kasih ayu ........

iBu...gUru said...

awe .......... trima kasih ye

Pn Kartini said...

Assalamualaikum..

Singgah nak ucap..
SELAMAT HARI GURU
untuk Ibu GUru...

:):):)

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Ibuguru,

Selamat menyambut hari guru, semoga terus cekal dan tabah dalam menghadapi tugas.

Kalau Ibuguru kelapangan jemput ke blog saya ambik kad 'Selamat Hari Guru'

iBu...gUru said...

w.salam Tini........ SELAMAT HARI KITA......... TQ

iBu...gUru said...

w.salam kak ani......... terima kasih kak ani diatas ingatan ikhlas kak ani.........

missgee said...

Buk,
Selamat Hari Guru..
Semoga ilmu yang kita curahkan
diberkati Allah s.w.t

iBu...gUru said...

missgee.......
selamat hari kita.......
insyallah akan diberkati segala usaha baik kita semua.

"amanah yang diberi.....
kami tak persiakan....
apa yang kami janji....
tunai tetap kami tunaikan"

Acik Erna said...

Ibu guru..selamat hari guru..jasa guru tetap dikenang

iBu...gUru said...

Terima kasih kak erna.........

pak long said...

salam buat ibu....
selamat hari guru buat ibu...
moga bertambah berkat...
guru penjana tranformasi kelimuan islam...

iBu...gUru said...

tq pak long
selamat hari kita....
tunai tetap kami tunaikan......

nadz said...

Assallamualaikum cikgu,
Selamat Hari guru juga dari saya.
selamat dalam segalanya insyaallah

iBu...gUru said...

tq nadz......... selamat hari kita