Sunday, 8 May 2011

TIBA-TIBA RINDU ............. KAT HARITH


Rasanya lama dah tak berbual-bual dengan Harith.
Rindu pulak kat bujang tu.
Pagi tadi si bujang Firdaus dah balik ke UIA


Yang no 3 dari kanan tu Harith.
Sekarang kat SBP STAR Ipoh .
Tinggal kat asrama.
Comey nyer cikgu Harith..........


Sejak kat STAR jatuh cinta kat Rugby pulak.
Permainan yang ibu paling tak suka jadi minatnya .
Melihat kesungguhannya terpaksa semua keluarga merelakan.
Mewakili sekolah .................. bawah 14 tahun.
Cuti hari pekerja minggu lepas pun tak balik.
Sedih juga tengok anak orang yang tinggal di asrama balik.


Permainan yang lasak jadi minatnya.........
Kenapalah tak minat badminton.
Tak la kotor macam tu


Cuti hari pekerja ke Sek. Sains Selangor.
2 bulan lepas USM Rugby open..........
Sekolahnya mengambil bahagian, dia mewakili sekolah
Walaupun USM tu depan rumah ibu...........
Tak nak bermalam dirumah nak bersama kawan2 & cikgu2nya
Harith......Harith


Game ni masa kat Melaka, cuti hujung tahun lepas


Alangkah indah jika masa ni dapat berulang kembali.
Anak2 sentiasa disisi........
Harith yang baju biru tu...... masa tu baru tahun 1
Gembira bersama sepupu2 kat rumah tok di musim cuti.
Yang baju merah tu adiknya Aina sekarang tahun 6.
Tahun depan ?


IBU GURU MASIH DI SINI................. ESOK HARITH AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MOGA HARITH DAPAT MENJAWAP DENGAN TENANG........ DAN DAPAT BERSAMA MASA CUTI SEKOLAH NANT

4 comments:

missgee said...

Buk,
Nampak sangat adik Harith orangnya
Lasak dan perkasa..
Mewarisi dari bapanya kah???
Hebat!!!! :)

Insan Marhaen said...

masa IM sekolah Raja Chulan tahun 70an lagi STAR memang top dengan rugbi.

ADUN Hulu Kelang pun bekas student STAR.

IM pernah main rugbi sekali je dalam seumur hidup lepas tu tobat tak main dah. kasar!

iBu...gUru said...

missgee............ bapanya tak sehebatnya.... tapi mewakili daerah jugalah dalam football.......

iBu...gUru said...

salam IM ........... zaman 80an dulu masa kat B.Mertajam High School bila ada game rugby ......... jadi pom2 girl jer.... sebab tu BM High selalu menang