Friday, 1 January 2010

PESANAN LUQMANUL HAKIM ( 2)

Buat Tatapan Dan Renungan
Anak-anak Ibu & Anak-anak didik ibu guru



(6)
Dan selalulah berharap pada Allah
tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah
dengan sebenar-benar taqwa,
tentulah engkau akan terlepas daripada daripada
sifat berputus asa

(7)
Hai anakku,
seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya
kerana tidak dipercayai orang
dan
seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan
hal-hal yang tidak benar

(8)
Hai anakku
engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar
dan besi yang amat berat,
tetapi akan lebih lagi daripada semua itu
adalah bila mana engkau mempunyai jiran yang jahat

(9)

Hai anakku
janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.
Maka bila tiada orang yang cerdik,
sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan

(10)

Jauhilah sifat dusta kerana dusta itu mudah dilakukan,
bagaikan memakan daging burung,
pada hal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya



IBU GURU MASIH DISINI............AKAN SENTIASA SEPERTI BULAN BERKONGSI CAHAYA MENERANGI ORANG LAIN

1 comment:

Guru said...

peringatan yang baik, utk kita semua