Friday 15 January 2010

PESANAN LUQMANUL HAKIM ( 3 )

Buat Tatapan Dan Renungan
Anak-anak ibu & Anak-anak Didik Ibu guru


( 11 )

Hai anak ku,
bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati,
atau hadir majlis perkahwinan
pilihlah untuk menziarahi orang mati,
sebab ia akan mengingatkan kamu kampung akhirat
sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya akan mengingatkan
diri mu kepada duniawi sahaja

(12)

Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan
kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu
adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja

( 13)

Hai anak ku,
janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang
dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu
kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran
dan
pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan

( 14 )

Makanlah makanan mu bersama-sama orang yang bertaqwa
dan
musyawarahlah urusan mu dengan para alim ulama'
dengan cara meminta nasihat daripada mereka

( 15 )

Hai anak ku,
bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.
Hal itu tidak ubah bagaikan orang mencari kayu api,
maka setelah banyak ia tidak mampu pada hal ia masih mahu menambahkannya




IBU GURU MASIH DI SINI........................AKAN SENTIASA SEPERTI BULAN BERKONGSI CAHAYA MENERANGI ORANG LAIN

6 comments:

Unknown said...

Salam cikgu. Nasihat yang baik untuk dijazamkan dalam fikiran...

Maiyah said...

perkara yg kita terlepas pndang.. info yg baik

iBu...gUru said...

salam my babah,
semakin hari semakin takut dgn gejala2 yg sering mendampingi anak2 kita arini

iBu...gUru said...

salm maiyah,
apa khabar. moga dalam perliharaan Nya selalu

Aida Ali said...

Salam ibu guru. Nak copy sebahagian nasihat tu boleh ke?

iBu...gUru said...

salam cik gu aida.
boleh saja. nanti ada sambung lagi tau. ada 2 en3 lagi