Sunday, 17 January 2010

SELAMAT BERHARI SABTU...........................

Selamat berhari Sabtu. Tapi ada aktiviti di sekolah. Tak dapatlah nak meraikan hari sabtu bersama en. suami. Ada aktiviti ko kurikulum , mesyuarat agung unit berunifom, kelab dan persatuan dari 8 pagi hingga pukul 12 tengahari. Seperti biasa siapkan breakfast untuk en. suami sebelum ke sekolah. Senang saja nak sediakan breakfast tu, semangkuk kecil oat, satu mug susu, 1 biji telur separuh masuk dan sekeping roti bakar. Harap2 kenyang sampai tengahari nanti. Kalau lapar ......... cari kat mana-mana kedai sementara ibu balik dan sediakan lunch.
Dah selesai meeting dengan bebudak ahli persatuan KHB, ada kawan ibu guru belanja meehon dan cendol. Sedap........ terima kasih ustazah moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
12.30 sampai di rumah en. suami sedang berehat-rehat sambil tengok tv.

" nak masak dak ? "
" Tak payah kot, rasa kenyang lagi pukul 11 dah makan kat kedai depan tu ? "

Bila dengar ayat tu leganya bolehlah relex sikit. Perut pun dah kenyang makan meehon kat sekolah tadi. Kemas rumah sikit2 sementara tunggu waktu zohor. Buka peti sejuk tengok apa yang boleh di jadikan juadah petang ni..........


Jom ibu guru nak buat CUCUQ JAGUNG

Bawang besar dimayang halus


Jagung buat cam ni


sedikit serbuk jintan manis


serbuk cili / cili blend pun tak pe...


udang fresh kalau tak ada tak sedap


untuk variasi warna masukkan cili merah & daun bawang



telur untuk melembutkan adunan cucuq jagung

Bahan utama tepung gandum digaul bersama gula dan garam
secukup rasa. Masukkan kesemua bahan di atas tadi bersama air
jangan terlalu cair dan jangan terlalu keras.
Nak goreng terus pun boleh.
Ibu guru selalunya simpan dulu dalam peti sejuk sebelum digoreng



Ok ibu guru nak solat zohor dulu nanti lepas asar
boleh la goreng dimakan bersama milo panas



IBU GURU MASIH DI SINI.....................AKAN MENYEDIAKAN JUADAH2 KEGEMARAN KELUARGA IBU GURU UNTUK DINIKMATI BERSAMA

8 comments:

Maiyah said...

wah ibu.. mntak kit hehe

Lin said...

hari itu masa pergi rumah mak mertua adik saya kat Parit Buntar tu dia buat cucok mcm hang buat ni...tapi anak aku plak tak minat...aku suka best. Anak-anak aku suka cucok org nogori letak cili api...he..he..

Unknown said...

Salam Ibu Guru. Telur 2 biji je ke?

iBu...gUru said...

salam maiyah.
kalau dekat mmg sampai kat maiyah

iBu...gUru said...

hang mmg la suka cucuq tu bcoze susurgalur hang kan org semanggol, anak hang waris kuat nogori mmg mesti cari cili api. en3 hang nanti bagi la resepi yg anak hang suka tu

iBu...gUru said...

salam my babah,
aik......... 2 biji tu ja yg ada, maklumlah hujung minggu stok dlm peti sejuk smua dah krang

Unknown said...

Wahh mak ngah..baru tgk bahan dah terliur..hehehe

AmeerKaromi said...

tengok cucoq udang ibu buat ni,tringat plk kat mama dgn ayah..2 bulan tak balik dok di UIa..sdih2